Selalu kita tengok zaman sekarang ini kanak-kanak sudah dibiasakan dengan gajet sentiasa. Bukan tidak boleh, tetapi ada masanya yang boleh dan tidak, seperti apabila pulang ke kampung, seeloknya mereka disibukkan dengan aktiviti yang ibu ayah boleh ajak mereka untuk lakukan bersama ini.
Sudah menjadi lumrah atau kebiasaan sekarang ini apabila anak kecil sudah melekat dengan gajet pintar, almaklum kehidupan di kota dengan ibu ayah yang sibuk mencari nafkah bersama tidak dapat meluangkan sebanyak masa dengan anak, jadi gajet juga menjadi peneman untuk menghiburkan mereka.
Namun, janganlah perkara ini berlanjutan atau menjadi lebih serius sehinggakan anak tersebut membesar dan jadi seseorang yang introvert atau sukar untuk bergaul dan melakukan aktiviti bersama ahli keluarga.
View this post on Instagram
Ada beberapa cara untuk ayah pastikan anak sibuk ketika pulang ke kampung, juga boleh dipraktikkan di rumah sendiri. Menurut sebuah entri perkongsian seorang pengguna Instagram, Syamil Afif Shahdan, ada 6 cara yang ibu ayah boleh ajar anak lakukan sampai mereka lupa akan gajet.
- Galakkan anak untuk berbual atau beraktiviti dengan saudara mara. Itulah tujuan utama balik kampung, ziarah menziarahi.
- Main air. Boleh kata anak kecil ini boleh main air dari pagi sampai malam. Ibu ayah patut beri mereka peluang untuk lakukan perkara ini di kampung. Belikan pistol air pun sudah dapat menggembirakan anak untuk tidak bermain gajet semata.
- Kenali peralatan tradisional. Dalam masa yang sama ibu ayah pun boleh mempelajarinya sebagai contoh parut kelapa. Di kampung sudah pastinya terdapat pelbagai alatan tradisional untuk kita eksplor.
- Kenali sayur-sayuran di sekitar halaman kampung. Kebiasaannya anak-anak hanya melihat sayur-sayuran ini di kedai sahaja, apa salahnya sesekali kala pulang ke kampung ajar anak untuk menuai hasil tanaman yang ada.
- Bagi peluang untuk bermain bunga api. Pada masa yang sama ibu ayah boleh bagi pencerahan tentang bahayanya api.
- Main bunga api. Bermain bunga api pun setahun sekali sahaja. Ini sesuai dengan umur.
Jelas menerusi perkongsian ini antara sedikit sebanyak nasihat untuk ibu ayah praktikkan pada anak ketika membawa mereka pulang ke kampung.
Sekurang-kurangnya tiadalah mereka melekat dengan gajet 24 jam.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Baca juga:
Baca juga: