Aktiviti pembelajaran untuk otak si manja
Aktiviti belajar atau pembelajaran bukan berlaku di sekolah saja. Ia sebenarnya satu proses yang berterusan dan perlu dilakukan di mana-mana sahaja.
Terutamanya dengan ibu bapa.
Tapi ibu bapa kadang-kala mesti buntu, aktiviti apa yang baik lagi best untuk anak-anak?
Jangan risau, perkongsian kali ini ialah tentang aktiviti yang boleh anda lakukan untuk membantu pembelajaran anak anda. Berikut adalah perkongsian dari Yahoo;
8 Aktiviti Best Yang Patut Anda Cuba Dengan Anak-Anak
1 – Mencipta dengan lego
Anda pasti kagum melihat kemampuan mereka mencipta dengan lego. Anak-anak ini seronok main Lego sebab mereka boleh berimaginasi.
Lego bukan sahaja merangsang dan kreativiti mereka, malah ia juga merangsang motor mereka untuk memasang butir-butir lego tersebut.
2 – Mula berkebun
Bermain dengan tanah! Semua kanak-kanak gemarkannya.
Takpa, biar saja mereka kotor dengan tanah sebab ini membantu mereka bereksperimen dengan tanah dan menguatkan imun sistem mereka.
Ajar mereka berbakti dengan tanah. Mereka pasti akan teruja melihat pokok yang semakin hari semakin besar, berbunga dan berbuah. Beri mereka menikmati hasil tanaman mereka!
3 – Buat kraf
Ini mungkin kedengaran biasa dan terlalu am.
Tapi sebenarnya banyak kraf yang anda boleh lakukan dengan guna barang kitar semula saja! Contohnya membuat pasu bunga menggunakan botol air yang sudah tidak digunakan.
Kebanyakan hasil kraf tersebut juga boleh dijadikan barangan yang digunakan harian. Mereka pasti teruja dan rasa dihargai, serta pasti mahu berkraf lagi.
4 – Berkelah atau berkhemah
Ini antara aktiviti yang sangat bagus untuk keluarga. Ia bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan. Malah, anda dengan anak-anak pun dapat menghirup udara segar dengan aktiviti luar.
Jika berkesempatan, berkhemah dengan anak-anak anda dan beri mereka merasai dunia luar di waktu malam. Psst! anda tidak perlu pergi jauh, berkhemah di halaman rumah juga boleh. Dan mereka pasti suka.
5 – Bereksperimen di dapur
Bunyi macam memenatkan, tapi ia amat menyeronokkan, percayalah!
Pilih resipi mudah untuk dilakukan bersama anak-anak. Contohnya kuih tradisional onde-onde; bahan yang mudah didapati dan tekstur doh seperti tanah liat pasti membuatkan mereka seronok!
6 – Pergi ke muzium, pusat sains atau perpustakaan
Bawa anak-anak menjelajahi ilmu baru dengan suasana berbeza di muzium, pusat sains atau perpustakaan.
Di sana juga ada pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak. Mereka pasti teruja dengan teknologi yang digunakan di sana, malah penerangan setiap aktiviti mereka dipasangkan dengan jelas.
7 – Misi memburu ‘harta karun’
Ingat tak satu ketika dulu permainan ini sangat popular?
Ini adalah aktiviti kegemaran saya juga. Pergi dari satu lokasi ke satu lokasi di dalam rumah memburu ‘nota’ kecil hingga ke ‘hadiah’ utama.
Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan mereka untuk bergerak ke sana sini, malah, ia menguji pemikiran dengan kuiz atau teka-teki yang menyeronokkan!
8 – Pergi ke pantai atau laut
Sesekali bawa anak-anak ke pantai bermain dengan pasir dan hidupan laut yang ada. Kumpul cengkerang dan jadikan sebagai cenderamata di rumah. Letakkan di dalam balang, atau lekatkan di bingkai gambar.
Siapa kata belajar itu membosankan? Lihat sahaja aktiviti yang boleh dilakukan bersama mereka di atas. Ia bukan sahaja menyeronokan malah memberi mereka peluang untuk berfikiran lebih kritis dan kreatif.
Jom cuba bila anda free bebila! Jangan lupa simpan artikel ini dalam telefon bimbit anda! Nanti senang nak cari.
Baca juga:
Bantu Anak Jadi Lebih Berani & Yakin, Ini Senarai Lokasi Rock Climbing Mesra Kanak-Kanak