Aktiviti menarik cuti sekolah 2017 - 4 acara minggu 25-31 Disember

Apa lagi aktiviti menarik cuti sekolah 2017 yang tinggal untuk tahun ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti cuti sekolah 2017 yang menarik

Cuti sekolah tinggal beberapa hari lagi! Jangan bimbang, anda masih sempat lagi nak merancang sebarang aktiviti cuti sekolah 2017 yang menarik untuk anak-anak.

Anda masih berpeluang untuk membawa atau meluangkan masa bersama anak dengan aktiviti cuti sekolah 2017.

Di sini kami kumpulkan aktiviti cuti sekolah 2017 yang menarik untuk dijadikan sebagai penutup buat tahun ini sebelum anak anda mula bersekolah di tahun yang baru. 

1. Putrajaya LAMPU

Sepanjang 4 malam Festival Lampu ini, bangunan dan jalan-jalan di Putrajaya akan dihias dengan lampu berwarna-warni yang pasti akan buat anda sekeluarga terpana.

Penyertaan adalah PERCUMA dan festival akan diadakan secara terbuka. Anak pasti terhibur melihat lampu yang berwarna-warni dan merupakan aktiviti yang menarik sebagai penutup tahun ini.

Jadi bawalah kawan dan keluarga untuk menikmatinya bersama!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti menarik cuti sekolah 2017: LAMPU, Putrajaya. Sumber gambar: The Star

Bila: 28 Disember 2017 – 01 Januari 2018

Masa: 7.30 pm – 12.30 am 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di mana: Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya 

Web: Putrajaya LAMPU

2. Kelab Cicak di Camp 5

Aktiviti menarik cuti sekolah 2017: Sertailah kelab cicak! Sumber gambar: Camp 5

Ibu bapa ingin aktiviti yang lebih lasak untuk kanak-kanak yang aktif? Kenapa tak cuba rock climbing?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak memang suka memanjat dan aktiviti rock climbing banyak faedahnya! Ia boleh mengajar anak tentang koordinasi, mengembangkan kemahiran motor serta membantu pembangunan otot yang seimbang.

Tapi ganjaran yang paling besar adalah dorongan serta keyakinan diri apabila mereka berjaya mengatasi setiap cabaran.

Yuran Penyertaan: RM100 * Dapat kemeja-T Cicak Club
1 Sesi: RM65
10 Sesi: RM510
20 Sesi: RM810

Masa: Isnin dan Jumaat, 5 – 6:30 petang
Umur: 8 hingga 14 Tahun

Untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun ibu bapa boleh cuba program ini.

3. Between The City & Stars oleh Lightbox

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk ibu bapa yang gemar Instagram atau suka update media sosial, inilah tempatnya yang anda patut pergi! Tempat ini sangat… apa kata orang?  “Instagram-worthy“.

Anda boleh menangkap gambar-gambar menarik bersama dengan lampu-lampu menarik yang ada di sini!

Aktiviti menarik cuti sekolah 2017: Tangkaplah gambar-gambar menarik ahli keluarga di Lightbox! Sumber gambar: sofeaasjad di Instagram

Biarpun nampak gelap, ada banyak lampu-lampu moden yang pasti akan menarik perhatian ibu bapa jurugambar DLSR amatur. Siapa lagi model terbaik kalau bukan anak dan isteri?

Bila: Nov 24, 2017 – Jan 1, 2018 

Di mana: Lightbox,  Sungai Buloh, Selangor, Malaysia.
Bayaran: dalam anggaran RM30 (jika dibeli secara online)
Web: Lightbox 

4. Aktiviti cuti sekolah yang menarik di Lara’s Place

Aktiviti menarik cuti sekolah 2017: Lara’s place masih menjalankan akitivit cuti sekolah sehingga 29 Disember 2017. Sumber gambar: Lara’s Place

Ibu bapa nak anak melukis dan belajar seni? Atau belajar untuk membuat App Andriod untuk telefon pintar? Ataupun anak minat melukis comic atau anime? Ibu bapa bolehlah rujuk laman web Lara’s Place untuk melihat aktiviti-aktiviti menarik yang telah disediakan.

Mereka masih menjalankan aktiviti cuti sekolah sehingga ke 29 Disember 2017 dan semua aktiviti mereka terbuka kepada kanak-kanak dan orang dewasa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara aktiviti yang masih dijalankan termasuk:

Di mana: Petaling Jaya, Selangor (dekat Kanna Curry House)

Waktu Pembukaan untuk Pertanyaan: Isnin hingga Sabtu (9.30 pagi – 6 petang)
Tutup pada hari Ahad dan semua cuti umum Negara & Selangor

Semoga ibu bapa dapat membina pengalaman manis bersama anak-anak semua. Ibu bapa ada cadangan lain? Kongsi dengan kami di ruang komen di bawah!

 

 

 

Baca juga:

8 Aktiviti Belajar Best Yang Anda Patut Cuba Dengan Anak-Anak

Penulis

Rosanna Chio