Bercintalah selalu dengan alam, kerana alam merupakan sesuatu yang menyamankan. Tambahan lagi, alam ciptaan Tuhan ini merupakan nikmat terbesar dalam kehidupan kita. Rugi jika kita menggunakannya dengan baik.
Luangkanlah masa bersama keluarga tercinta dengan melihat panorama indah ini setelah sibuk dengan rutin harian setiap hari. Tempat-tempat seperti sungai, hutan dan juga pantai merupakan tempat yang boleh menghilangkan rasa penat kita.
Hujung minggu merupakan masa yang perlu kita ganti bersama anak-anak. Aktiviti mandi sungai merupakan aktiviti yang semestinya disukai oleh anak-anak kita. Kita juga yang dewasa ini nampak sahaja air terus rasa teruja kan?
Namun sebelum kita sampai ke tempat tersebut, haruslah terlebih dahulu kita membuat persiapan serta merancang aktiviti yang boleh diadakan di sana. Selain daripada mandi sungai, kita juga boleh mengadakan aktiviti BBQ bersama dengan tersayang. Membawa segala peralatan daripada rumah seperti tempat bakar, arang dan juga peralatan untuk membakar adalah digalakkan kerana tidak semua sungai yang kita pergi mempunyai kemudahan yang cukup. Jadi adalah lebih mudah segala peralatan tersebut dibawa daripada rumah agar mudah untuk kita apabila tiba di tempat tersebut.
Seterusnya, kita juga boleh bermain permainan perlawanan bola tampar bersama anak-anak kita di dalam sungai. Hal ini dapat membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan disamping menjadikan suasana akan bertambah meriah. Aktiviti sebegini memang amat menyeronokkan dan keluarga saya sendiri begitu gembira sewaktu aktiviti ini dijalankan. Perlu diingatkan juga tentang keselamatan anak-anak kita sewaktu bermain kerana batu-batu sungai ada yang permukaanya begitu licin.
Selain daripada itu, aktiviti yang boleh dilakukan juga ialah merendamkan kaki ke dalam sungai. Seronok dapat memijak batu-batu sungai yang mana ada saiz besar dan saiz kecil. Selain menjadi hiasan sungai, batu sungai juga turut membantu sebagai tunku kerana kebolehannya yang menyerap panas dan haba dalam waktu yang lama dengan cara membakarnya di atas api kecil selama 15 – 30 minit mengikut ketebalan batu dan kebesarannya.
Akhir sekali sewaktu tiba untuk pulang ke rumah, aktiviti mengemas perkakas juga boleh dilakukan bersama-sama dengan keluarga. Hal ini sekaligus melatih anak-anak kita untuk mempunyai sikap suka membantu sejak dari kecil. Seperti kata pepatah, “melentur buluh biarlah daripada rebubgnya”.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat semua yang membaca pengalaman berharga saya dan juga keluarga saya.