7 aktiviti menarik untuk anak anda ketika cuti sekolah minggu ini: 5-10 Disember 2017

Buat ibu bapa yang mencari aktiviti menarik cuti sekolah 2017 ini, jangan lepaskan peluang ke 7 acara yang bagus buat anak anda minggu 5-9 Disember ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti menarik cuti sekolah 2017

Cuti sekolah datang lagi. Untuk ibu bapa, anda pasti tertanya-tanya aktiviti menarik apa yang ada untuk cuti sekolah tahun ini. Ha… hari ini kami akan membawakan kepada anda 7 aktiviti menarik cuti sekolah 2017 yang akan berlangsung minggu ini (5 hingga 10 Disember 2017).

Jom tengok ada tak aktiviti menarik yang anda berminat dan boleh bawa anak-anak sekali!

1. Jualan buku Big Bad Wolf 

Big bad wolf datang lagi! Untuk ibu bapa yang nak mencari buku kanak-kanak yang menarik buat anak anda, waktu inilah anda patut datang ke acara Big Bad Wolf. Berikut antara butiran penting yang anda perlu tahu:

Bila: 8 – 18 Disember 2017

Di mana: MIECC, Seri Kembangan (Mines Mall)

Yang seronoknya, ibu bapa boleh pilih hampir 4 juta buku yang ada. Harga pula bermula serendah RM5. Jadi jangan lepaskan peluang ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. KL Zine Fest

KL Zine Fest pula adalah sebuah acara yang mengangkat pengkarya dan penghasil seni kreatif seperti pemuzik, pemuisi dan penulis zine. Ibu bapa yang kreatif pasti akan terhibur membawa anak-anak ke acara ini.

Ada pelbagai barangan yang akan dijual oleh artis-artis indie. Selain itu, anak-anak kecil juga boleh enjoy melihat persembahan dari artis. Masuk free pula! Antara butiran yang anda perlukan adalah:

Bila: 9 Disember 2017 (Sabtu)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di mana: ATAS by Bijan FX, Kelana Jaya

3. Honestbee’s Christmas Pop Up Store

Sambutan Krismas kan sudah makin hampir. Maka, makin banyaklah lambakan acara untuk shopping dalam minggu ini. 

Contohnya seperti event Honestbee’s Christmas Pop Up Store ini. Ia akan membawakan kepada anda pelbagai barangan online shopping yang pasti akan buat anda rambang mata!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah ada banyak aktiviti dan hadiah menarik untuk para keluarga juga. Sambil membeli-belah, anda juga boleh menikmati pelbagai hidangan menarik yang disediakan.

Bila: 7 Disember 2017 (Khamis)

Waktu: 10 pagi hingga 1 tengahari

Di mana: Lot 10, Kuala Lumpur

4. Kuala Lumpur Karate Classes

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang kita dengar macam-macam jenayah terhadap anak-anak ada. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa risau tentang keselamatan anak kita. 

Sebab itu acara Kuala Lumpur Karate Classes ini menarik untuk dicuba anda sekeluarga. Ia dibawa oleh Dojo Seiken, pakar dalam seni mempertahankan diri karate. Sebuah program telah direka untuk kanak-kanak belajar seni karate ini. 

Kalau anda berminat, ini butirannya:

Bila: 9 Disember 2017 (Sabtu)

Di mana: Pudu Sentral (Puduraya)

5. Lego Robotics Holiday Program

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk anak-anak yang menggemari sains dan robotik, ini program menarik yang patut mereka sertainya. Semua program ini menggunakan set LEGO Mindstorms Robotics yang terbukti berkesan untuk kanak-kanak.

Ibu bapa tak sepatutnya melepaskan peluang ini!

Bila: 6 – 7 Disember 2017

Di mana: Gakken Classroom Cheras

Waktu: 8.30 pagi hingga 5.30 petang

Yuran: RM450 | RM800

6. Dinosaurs Alive

Jom bawa anak-anak kita belajar dan alami sendiri pengalaman ketika zaman pra-sejarah! Dengan pameran Dinosaurs Alive ini, anak anda berpeluang untuk tengok dinosaurs dan belajar tentangnya!

Ada juga acara mewarna dan lawatan sambil belajar yang boleh dilakukan oleh anak anda. Mereka pasti seronok!

Bila: 9 Disember 2017 sampai 14 Januari 2018

Di mana: MaTIC (Malaysia Tourism Centre) KL

Yuran: RM 30 (dewasa) dan RM 25 (kanak-kanak)

7. Lego Serious Play

 

Ini merupakan acara sambil belajar yang bagus untuk anak anda. Mereka selalu asyik berkepit dengan telefon dan ipad mereka kan?

Sudah tiba masanya anda meningkatkan kemahiran memori, kreativiti dan penyelesaian masalah mereka.

Dengan Lego Serious Play, anda dan ibu bapa lain boleh belajar bagaimana ingin memahami dunia anak-anak dan menggalakkan mereka untuk memahami persekitaran. 

Bila: 9 Disember 2017 (Sabtu)

Di mana: Akan diumumkan kelak

Mari sama-sama menceriakan cuti sekolah anak-anak anda dengan pelbagai aktiviti menarik lagi bermanfaat untuk mereka seperti apa yang kami senaraikan di atas. 

Kalau ada lagi event yang best akan datang nanti, kongsikan ia dengan kami, ya!

 

Sumber rujukan: Timeout KL dan Eventbrite

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comaktiviti-cuti-sekolah-2017/

Penulis

Ayu Idris