15 Aktiviti Motor Halus Untuk Kanak-Kanak Yang Menarik

Aktiviti motor halus ini boleh merangsang perkembangan kemahiran anak anda supaya mereka akan membesar dengan kemahiran yang diperlukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah penguasaan kemahiran motor halus dalam kalangan kanak-kanak sememangnya merisaukan kerana ia boleh mengganggu perkembangan mereka. Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa aktiviti menarik yang akan merangsang penguasaan kemahiran motor halus.

Apa Itu Kemahiran Motor Halus

Kemahiran motor halus (FMS) merujuk kepada koordinasi otot-otot kecil di tangan, jari, dan pergelangan tangan yang membolehkan pergerakan dan kawalan yang tepat.

Kemahiran ini penting bagi kerana anak anda memerlukan kekuatan, koordinasi tangan-mata, kawalan motor halus, deria sentuhan dan ketangkasan yang baik.

Kepentingan Mengembangkan Kemahiran Motor Halus

Kemahiran motor halus ini penting untuk dikembangkan terutama bagi anak kecil. Ini kerana kemahiran ini membantu mereka melaksanakan tugas seperti menulis, melukis, membutang pakaian, menggunakan peralatan dan mengganggam objek kecil.

Selain daripada membantu kehidupan dan perkembangan anak anda, kemahiran motor halus juga dapat memupuk kebebasan, keyakinan diri serta kebolehan menjaga diri.

Kemahiran motor halus juga dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan. Pergerakan tangan dan maklumat visual penting untuk tugasan seperti menangkap bola atau memasang objek.

Ia juga meningkatkan kemahiran tulisan tangan anak yang mana mereka boleh menghasilkan tulisan yang lebih kemas dan konsisten dengan meningkatkan kekuatan tangan, kawalan jari serta koordinasi tangan dan mata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam pada itu, ia turut menyokong perkembangan kognitif anak dengan meningkatkan tumpuan, perhatian kepada perincian, kemahiran menyelesaikan masalah dan kesedaran ruang.

Kemahiran motor halus juga mampu memupuk sikap berdikari dan menjaga diri. Ia membolehkan kanak-kanak melakukan tugasan penjagaan diri secara bebas seperti berpakaian sendiri, mengikat tali kasut dan membutang pakaian.

Tahap perkembangan motor halus Mengikut Usia Anak

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana anda tahu sekiranya anak anda mempunyai masalah penguasaan kemahiran motor halus ataupun tidak.

Berikut merupakan tahap-tahap penguasaan kemahiran motor halus mengikut umur anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Umur Kemahiran motor halus
6 minggu
  • Tetap dan boleh bergerak ke 90 darjah
3 bulan
  • Mula menjejak objek secara visual menggunakan mata, mengikutinya dari sisi ke sisi dalam julat kira-kira 180 darjah
  • Tangan dipegang longgar
  • Pegang objek yang diletakkan terus ke tangan mereka
  • Tidak aktif menjangkau untuk mengambil objek
5 bulan
  • Mencapai objek
  • Bermain dengan jari kaki
6 bulan
  • Memegang kiub menggunakan telapak tangan
  • Fokus pada ulnar (jari kelingking)
  • Menggerakkan kepala dan mata ke semua arah
  • Tidak juling selepas empat bulan
7 bulan
  • Mampu menyuap biskut sendiri
  • Memindahkan objek dari tangan ke tangan
9 bulan
  • Pegangan jari sepit yang kecil
10 bulan
  • Menggunakan jari telunjuk untuk mencucuk
  • Lepaskan objek ke tangan orang dewasa atas permintaan
1 tahun
  • Pegangan sepit yang kecil
  • Mampu melepaskan dan mengambil semula objek
13 bulan
  • Membina menara 2 kiub
  • Contengan spontan
18 bulan
  • Membina menara 3 kiub
  • Ujian visual: carta gambar
2 tahun
  • Membina menara 6 kiub
  • Meniru lukisan garis lurus
  • Meniru membina kiub kereta api tanpa cerobong
2.5 tahun
  • Membina menara 8 kiub
  • Meniru membina kiub kereta api dengan cerobong asap
  • Pegang pensel dengan baik
3 tahun
  • Membina menara 9 kiub
  • Meniru membina jambatan dengan kiub
  •  

15 aktiviti untuk perkembangan kemahiran motor halus

Untuk membantu perkembangan motor halus anak, anda boleh melakukan beberapa aktiviti ini bersama mereka. Tapi, gunakan bahan mesra kanak-kanak dan awasi anak anda semasa melakukan aktiviti ini.

Memotong Dan Menampal Pelekat

Memotong pelekat melibatkan penggunaan otot kecil di jari manakala menampal pelekat pada buku atau dinding memerlukan koordinasi tangan dan mata.

Aktiviti ini juga meningkatkan tumpuan, kemahiran persepsi visual dan mengukuhkan cengkaman kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan lupa untuk awasi anak anda kerana mereka akan menggunakan alat untuk memotong pelekat itu.

Meletupkan Buih

Kanak-kanak boleh berlatih mengesan buih secara visual dan cuba menangkapnya sebelum ia terapung. Aktiviti ini juga boleh memperhalusi kemahiran motor halus dengan menggunakan jari mereka untuk mencucuk buih itu.

Menyambung Titik

Aktiviti ini membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta kawalan pensel anak anda. Oleh itu, anda boleh sediakan lembaran kerja menyambung titik buat anak anda.

Suai Gambar Dan Lego

Aktiviti ini membantu meningkatkan genggaman pengepit dan putaran pergelangan tangan kanak-kanak, melatih koordinasi mata dan tangan yang baik, persepsi visual dan kedalaman serta fokus.

Permaainan Lego pula membantu anak mengembangkan otot tangan dan kesedaran ruang. Anak anda boleh menyusun, mengisih dan mencipta struktur menggunakan blok dengan saiz berbeza

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dempul Atau Tanah Liat (Playdoh)

Menggunakan gumpalan yang lembut dan licin boleh memberikan maklum balas deria kepada otak dan meningkatkan pemahaman tekstur menggunakan kulit tangan.

Ia juga membantu meningkatkaan persepsi visual dan kemahiran mengasingkan jari saambil mengukuhkan ketepatan genggaman dan lengkungan tangan.

Memilih Barang Dengan Penyepit

Dengan menggunakan penyepit mesra kanak-kanak, anak anda boleh belajar mengambil objek kecil seperti bola kapas atau gumpalan kertas.

Aktiviti ini boleh meningkatkan kekuatan dan ketepatan tangan dalam mengambil barang menggunakan alatan.

Mewarna Dan Melukis

Aktiviti ini boleh meningkatkan kekuatan tangan, cengkaman pensel dan ketepatan anak anda. Anda boleh menggunakan teknik pewarnaan yang sesuai dengan umur mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mencipta Seni Menggunakan Picagari Dan Penitis

Aktiviti ini membantu meningkatkan koordinasi otot antara kumpulan otot yang berbeza di tangan dan pergelangan tangan anak anda.

Anda boleh gunakan picaragari atau penitis yang mesra kanak-kanak untuk mencipta seni menggunakan warna air pada kertas biasa.

Memasukkan Bebenang

Aktiviti ini meningkatkan koordinasi tangan dan mata serta manipulasi jari bagi memperhalusi otot tangan dan pergelangan tangan.

Untuk anak yang lebih dewasa, sediakan manik besar, butang atau pasta dengan lubang dan minta mereka mengikat item ini pada tali atau tali kasut.

Memasukkan Manik Dan Membuat Rantaian

Seperti aktiviti memasukkan bebenang, kanak-kanak boleh mencipta rantai, gelang atau reka bentuk lain menggunakan manik.

Aktiviti ini akan membantu meningkatkan koordinasi tangan dan mata, kemahiran motor halus dan tumpuan.

Bermain Dengan Permainan Memasak

Aktiviti seperti memotong, mengacau, menggunakan alatan dapur seperti sudip, senduk dan kuali, dan membuka atau menutup periuk dan oven menggalakkan penggunaan otot tangan dan jari yang baik.

Mengoyak, Melipat Dan Menggumpal Kertas

Dengan menggunakan kertas dan gam, anak anda mampu menguatkan otot tangan, jari dan kemahiran motor halus mereka.

Mengoyakkan kertas memerlukan latihan yang cukup. Jadi alang-alang dah koyakkan kertas, berikan gam kepada anak anda dan bimbing mereka untuk mencipta kolaj.

Sisa-sisa kertas yang tidak digunakan boleh digumpal dan jadikan permainan baru seperti membalingnya ke bakul sampah. Permainan ini pasti akan membantu koordinasi tangan dan mata anak anda.

Span Dan Air

Untuk aktiviti ini, sediakan dua mangguk dan satu span. Isi satu mangkuk dengan air dan biarkan mangkuk yang satu lagi kosong

Minta anak anda rendam span itu ke dalam air kemudian perah span itu ke dalam mangkuk yang kosong.

Aktiviti mudah dan menyeronokkan ini dapat membantu menguatkan tangan dan lengan bawah anak anda.

Berkebun Dan Bercucuk Tanam

Aktiviti ini mungkin lebih bersesuaian untuk kemahiran motor kasar namun ia turut memerlukan kawalan otot kecil.

Sebagai contoh, memindahkan anak benih ke dalam bekas tanaman memerlukan kemahiran koordinasi tangan dan mata. Ini kerana mereka perlu membawa tumbuhan lebih kecil ke lubang baharu dengan selamat.

Menyusunkan objek kecil 

Objek kecil seperti klip kertas, pemadam atau penutup botol pelbagai warna boleh membantu si kecil untuk menajamkan kemahiran untuk mengasingkan barang. Anda boleh mengajar anak anda untuk mengira dan menyusunkan guli seperti permainan congkak supaya anak anda akan menjadi lebih peka.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tingkat Sensori Anak Dengan Aktiviti DIY Di Rumah Tanpa Mengeluarkan Bajet Besar!

Baca juga: Alat Muzik Untuk Pupuk Perkembangan Minda & Kreativiti Anak

Baca juga: Jenis Aktiviti Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun, Merangsang Daya Sensori & Otak Si Manja

Penulis

Anis