Memiliki anak lelaki menjadi impian bagi setiap bapa, mereka mengharapkan untuk berkongsi minat yang sama terutama sekali dari segi sukan dan aktiviti. Tak lupa juga berkongsi pasukan bola sepak yang sama!
Samalah seperti ibu-ibu, impian untuk memiliki anak perempuan tu boleh kata wujud sejak mereka di usia remaja lagi. Malah mereka sudah memiliki pilihan nama anak perempuan sejak di alam persekolahan tau! Tak percaya bacalah diari mereka.
Namun itu semua tidak menjadi isu sebaik ibu dikhabarkan hamil, mereka tidak kisah mengenai jantina bayi, yang penting kandungan mereka sihat belaka.
Tapi pernah tak ibu terfikir, sewaktu anak anda masih di peringkat bayi, ibu tiada masalah untuk berinteraksi dengan anak lelaki. Namun apabila mereka meningkat usia kanak-kanak, ibu mula terkesan kerana anak lelaki lebih suka untuk bergaul dengan rakan sebaya atau bersama bapa.
Jangan risau ya ibu-ibu semua, anda sebenarnya tidak ketinggalan. Ia adalah proses perkembangan anak-anak lelaki yang normal. Ada banyak sebenarnya cara yang anda boleh lakukan untuk ‘bonding’ bersama anak lelaki. Antaranya ialah:
Cara bonding ibu dan anak, aktiviti untuk anak lelaki
#1. Bermain permainan video
Boleh dikatakan semua anak lelaki memang sukakan permainan video, kalau anak anda tidak menunjuk minta, percayalah akan tiba masanya.
Satu lumrah anak lelaki ini adalah daya bersaing mereka sangatlah tinggi. Apatah lagi bila mereka menang dalam sesuatu perlawanan. Dan jika anda inginkan mereka untuk lebih ‘seronok’ bermain dan meluangkan masa bersama anda ketika bermain permainan video ini, anda kenalah bagi mereka menang. Bukanlah setiap masa, tetapi kebanyakannya.
#2. Bermain frisbee
Seronok tau bermain frisbee ini. Bagi mak-mak yang tak berapa terer main permainan video bolehlah cuba aktiviti ini. Mudah malah membuat anak lelaki anda cukup teruja membaling. Carilah padang yang luas, dan lakukan aktiviti ini seminggu sekali. Tentu anak lelaki anda tidak sabar bila menjelang saja hujung minggu! Dia tahu akan meluangkan masa bersama ibu tersayang.
#3. Menemani mereka ke perlawanan bola sepak
Jika anak anda menunjukkan minat yang mendalam pada permainan bola sepak, daftarkanlah mereka ke persatuan bola sepak kanak-kanak. Apabila mereka mempunyai perlawanan, temanlah mereka dan tonton sepanjang perlawanan itu. Meraka akan rasa lebih teruja untuk bermain dan merasakan ia sesuatu yang sangat penting. Mereka juga bangga untuk tunjuk kepada kawan-kawan mereka yang ibunya cukup menyokong minatnya itu.
#4. Bermain laser tag
Tahukah anda akan permainan ini. Ia permainan menembak laser yang cukup menyeronokkan. Tidak semestinya dia perlu pergi bermain dengan bapanya saja tau. Anda juga perlu join the fun untuk menunjukkan pada anak lelaki anda yang anda boleh berkongsi minat dengannya.
#5. Main di luar
Apabila anak lelaki menginjak usia 7 tahun mereka mungkin lebih suka meluangkan masa bersama rakan-rakan sebaya mereka. Tapi anda perlu pandai ‘pancing’ anak anda untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dengan membawa mereka bermain di luar. Lakukan senaman atau berjogging, bermain basikal dan bermain di taman permainan. Mereka bukan macam kanak-kanak perempuan, dapat set permainan masak-masak pun dah puas, anak lelaki ni tak boleh duduk diam tau.
Jadi anda perlu bijak tackle anak lelaki ini. Banyak aktiviti lain yang boleh difikirkan sebenarnya, namun itu pun terpulang kepada minat anak-anak anda juga. Kalau dia sukakan A kita ajak buat B pun tidak menjadi juga. Jadi sentiasa peka dengan apa minat anak-anak ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
5 Nasihat Untuk Anak Lelaki Sebelum Usia Remaja, Barulah Layak Jadi Lelaki Hebat!