Layanan Suami Lain Semasa Isteri Hamil, Ini 8 Alasan Mengapa Suami Berubah Sikap
Orang perempuan kalau mengandung daya tarikan dia lain macam, ini sebab mengapa suami suka bila isteri hamil
Aku hamil – inilah perkataan yang keluar dari mulut wanita yang baru tahu dirinya kini sedang berbadan dua.
Semestinya semasa kehamilan ini menjadi momen berharga bagi setiap pasangan suami isteri. Malah khabar bahagia ini bukan hanya disambut oleh isteri namun juga suami tercinta.
Malah semasa ini juga suami menjadi gemar melihat tubuh isterinya berbanding sewaktu belum mengandung itu.
Namun inilah antara alasan mengapa suami suka melihat penampilan isterinya tatkala sedang berbadan dua. Semak ulasannya di sini.
Aku hamil – 8 Alasan Mengapa Lelaki Menyukai Isteri Yang Sedang Hamil
Ini antara beberapa alasan mengapa suami suka melihat isterinya semasa mengandung. Boleh dikatakan inilah masanya untuk isteri melihat cinta agung suami dalam melayaninya berbanding sebelum hamil dahulu.
#1. Kulit menjadi lebih cantik
Pertama sekali adalah kulit isteri berubah menjadi lebih cantik dan berseri. Perubahan ini berlaku disebabkan kulit ibu semakin lembut dan suami suka menyentuhnya kerana ia seolah-olah sama seperti kulit bayi baru lahir.
#2. Merasa sebahagian daripadanya
Disebabkan terlalu bahagia suami akan meluahkan rasa gembira itu dengan kata-kata mahupun perbuatan.
Malah dia akan sering menghabiskan masa yang ada bersama isterinya di rumah dan si jantung hati yang kini masih berada di dalam kandungan ibu.
#3. Wajahnya lebih bersinar
Ibu yang sedang sarat mengandung ini biasanya wajahnya lebih bersinar dan hangat semasa dipandang.
Wanita mungkin tidak menyedarinya tapi suami sering memilih untuk menatap wajah isterinya yang tercinta terutamanya sewaktu sedang hamil.
#4. Berjaya menjadi seorang suami
Bila dapat tahu isteri hamil, sesungguhnya suami akan rasa itu adalah satu kebanggaan yang tersendiri pada suami.
Apatah lagi, itu adalah kehamilan yang pertama dan ditunggu-tunggu oleh semua. Pastinya kebanggaan ini menjadi sesuatu yang istimewa. Inilah salah satu sebab mengapa suami teruja bila tahu isteri berbadan dua.
#5. Suka lihat lekuk tubuh isteri
Kebanyakan wanita akan rasa tidak selesa dengan postur atau bentuk tubuh semasa mengandung. Mereka akan rasa gemuk dan menggelebeh.
Namun ia berbeza dengan tanggapan daripada lelaki di mana mereka menyukai dengan postur tubuh isteri yang sebegini.
Hal ini kerana, postur tubuh isteri akan lebih jelas kelihatan malah ada beberapa bahagian badan yang membesar dan membuatkan mata suami terarah ke bahagian tersebut.
#6. Semangat melakukan hubungan intim
Apabila sudah hamil, suami akan lebih bersemangat untuk melakukan hubungan intim kerana tidak perlu takut jika isteri termengandung atau sebagainya. Malah keintiman akan jadi seronok sewaktu sedang hamil ini.
#7. Membelai anda lebih lama
Kegiatan ini akan membuatkan suami menyukai untuk membelai isterinya. Ini juga disebabkan faktor kulit isteri yang lembut dan halus.
Peranannya juga penting sewaktu ini kerana perlu mengurut kaki isterinya dan mengajak janin dalam kandungan bersembang.
#8. Hormon tak seimbang
Semasa hamil, orang perempuan biasanya akan mengalami perubahan hormon yang tidak seimbang. Malah dia lebih sensitif, mudah marah, mudah menangis dan lain-lain. Jadi sewaktu ini mereka lebih memerlukan anda di sampingnya.
Kehamilan menjadi salah satu momen yang membuatkan pasangan suami isteri lebih bahagia. Bukan hanya pada ibu, namun ayah juga akan merasai bahagia kerana dapat berdekatan dengan isterinya yang tercinta.
Walaubagaimanapun, tidak kira isteri sedang mengandung atau tidak, suami harus melayan mereka dengan sepenuh kasih dan sayang kerana anda adalah insan yang paling dekat dengan mereka.
Seusai isteri selamat melahirkan cahaya mata buat kalian, raikannya semasa berpantang dan membantu menjaga anak yang baru lahir itu serta memberikan semangat kepada isteri untuk penyusuan.
Ini kerana, berpantang dan penyusuan merupakan satu tempoh yang sukar dihadapi oleh isteri jadi suami perlu berada di samping mereka bersama anak yang baru lahir itu.
Kongikan dan tag artikel ini bersama suami anda selepas anda umumkan “aku hamil!”.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 8 ayat yang suami tak patut sebut pada isteri mengandung
Baca juga: Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung
Baca juga: Bukan Setakat Ibu Hamil, Gaya Hidup Ayah Pun Boleh Pengaruhi Kandungan! Ini 5 Cara Yang Salah