X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

8 ayat yang suami tak patut sebut pada isteri mengandung

3 min bacaan
8 ayat yang suami tak patut sebut pada isteri mengandung

Anda mungkin teruja apabila isteri mengandung, tapi ada 8 ayat suami jangan sebut pada isteri kalau anda tidak mahu buruk padahnya, percayalah....

Bakal-bakal bapa, anda mungkin teruja dengan isteri anda yang sedang mengandung. Tapi ingat, ada 8 perkara yang anda tak boleh sebut pada mereka! Kalau terlepas ayat suami jangan sebut ini, maka buruk padahnya…

Jadi jom tengok apa ayat yang anda tak patut sebut ketika isteri mengandung ini supaya anda bersiap sedia dengan ilmu di dada.

1. “Bukan awak baru makan ke tadi?”

ayat suami jangan sebut

Lebih baik mereka makan dari mereka tidak boleh makan langsung bukan? jadi, berikannya makanan yang sihat. Foto ehsan todays’ parent

Jangan sesekali komen tentang selera makan isteri anda semasa dia sedang mengandung.

Mereka akan rasa tidak selesa dan marah pada masa yang sama!

Tidak perlu komen tentang selera makan merka, anda hanya perlu menyediakan makanan yang sihat untuk mereka kerana mereka makan untuk si kecil anda juga.

2. “Saya faham apa yang awak rasa”

Melainkan anda pernah mengandung selama 9 bulan, barulah anda boleh berkata demikian!

Sebaliknya anda boleh berkata “Saya tak tahu apa yang awak rasa, tapi saya cuba tolong apa yang mampu“, atau “Apa yang saya boleh buat untuk awak, sayang?”.

Ha… bila isteri dengar ayat macam ini baru sejuk sikit hatinya. Bapa-bapa tak tahu bagaimana emosi isteri hamil sering bercelaru. Sudahlah kami kena menanggung sakit pinggang dan sebagainya.

Jadi, cuba jaga percakapan anda pada kami, ya?

3. “Tak boleh ke awak bawa bertenang?”

ayat suami jangan sebut

Mengandung memang kadang-kala sangat mendatangkan stress

Kehamilan boleh menjadi sangat stres dan anda tidak boleh menyalahkan isteri anda untuk berasa begitu.

Cubalah untuk berada di sampingnya untuk mengurangkan stres tersebut. Kasihanilah isteri dan ibu kepada anak-anak anda ini, mereka hanya memerlukan anda untuk menenangkan keresahan mereka.

4. “Kenapa awak menangis?”

Wanita mengandung memang lebih emosi kerana hormon badan mereka yang berubah. Jika anda tidak suka isteri anda anda asyik menangis, cuba tenangkan mereka.

Atau tanya apa yang boleh membantu merea berhenti menangis. Aiskrim mungkin? Layan saja kerenah dan emosinya.

5. “Saya tidur nyenyak malam tadi!”

ayat suami jangan sebut

Bukan mudah untuk tidur dengan selesa semasa mengandung

Semasa mengandung, tidur juga adalah mencabar. Mencari posisi yang selesa dan tidak sakit bukan mudah.

Dan bila anda bercerita tentang waktu tidur anda yang selesa, sudah tentu si isteri akan merajuk atau marah.

6. “Seronoknya kalau dapat anak setiap tahun”

Anda harus berbincang dengan isteri anda sebelum membuat keputusan. Mengandung bukanlah perkara yang mudah dan anda tidak melaluinya cabaran dan rasa sakitnya sama ada semasa mengandung atau ketika bersalin.

Biarlah isteri anda bersalin dulu sebelum berbincang tentang anak seterusnya. Pastikan tubuh badan isteri sudah kembali sihat dan mampu mengandung sebelum anda betul-betul nak merancang untuk menambah anak.

7. “Agak-agak berapa lama awak akan kurus balik?”

Ok, ini soalan maut! Jangan sesekali terfikir pun hendak bertanya soalan sensitif ini.

Isteri anda telah mengorbankan badannya untuk zuriat anda, utamakan kesihatannya dulu. Bukannya bentuk badannya.

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain

Bentuk badannya itu pun merupakan pengorbanan seorang ibu yang mengandung. Takkan anda hanya pandang isteri dengan bentuk tubuhnya saja?

8. “Saya lupa bagitahu awak, saya ajak kawan-kawan masuk dalam bilik bersalin!”

8 ayat yang suami tak patut sebut pada isteri mengandung

Waktu bersalin adalah waktu intim

Bagi bilik bersalin swasta memang ada yang membenarkan orang luar masuk ke bilik bersalin atas kebenaran waris (suami).

Tetapi yang suami pun, bincanglah dengan isteri anda dahulu. Fikirkan tentang aurat dan keselesaan mereka! 

Lagipun, bawa masuk orang ramai-ramai ke dalam bilik bersalin buat apa? Nanti isteri lagi stres.

 

 

 

Sumber: theAsianparent Philippine,  familyshare.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comwanita-hamil-dan-mood-swing/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 8 ayat yang suami tak patut sebut pada isteri mengandung
Kongsikan:
  • Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

    Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

  • 10 Ayat Anda Tak Patut Sebut Ketika Berintiman Di Ranjang!

    10 Ayat Anda Tak Patut Sebut Ketika Berintiman Di Ranjang!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

    Perkara Yang Wajib Suami Lakukan Sewaktu Isteri Mengandung

  • 10 Ayat Anda Tak Patut Sebut Ketika Berintiman Di Ranjang!

    10 Ayat Anda Tak Patut Sebut Ketika Berintiman Di Ranjang!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.