Amaran Buat Ibu Bapa: Lihat Dulu Alas Tukar Lampin Bayi Di Tandas Awam Atau Jadi Begini...

Selepas amaran dari kejadian ini, ibu bapa pasti mahu memeriksa pelapik atau changing mat sebelum tukar lampin bayi di tandas awam dulu. Hati-hati, ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahaya alas tukar lampin bayi

Pasti ramai ibu bapa yang menggunakan meja tukar lampin bayi dalam tandas awam untuk menukar lampin, kan?

Ini biasanya terjadi jika anda keluar ke shopping mall. Nasib baiklah dapat jumpa tandas awam dengan kelengkapan meja tukar lampin pun!

Tapi selepas membaca amaran ini, anda sebagai ibu bapa mungkin perlu lebih berhati-hati dengan meja tukar lampin dan pelapik getah untuk alas tukar lampin bayi itu (changing mat).

Seorang ibu dari United Kingdom yang memberikan amaran ini untuk semua ibu bapa tidak menyangka bahaya sebenar yang menimpa bayinya kerana alas tukar lampin tersebut.

Ceritanya begini...

Hayley Turner ingin menukar lampin anaknya, Samuel di sebuah tandas awam. Ketika meletakkan Samuel di atas alas tukar lampin itu, Samuel tiba-tiba menangis dan menjerit tanpa henti!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hayley menyangka anaknya itu hanya kepenatan. Jadi, dia pantas menukar lampin Samuel untuk segera memeluk dan memujuknya.

Selepas mendukung Samuel, Hayley tersentak melihat badan belakang Samuel kemerah-merahan dan seakan bertompok.

Kredit: Facebook Hayley Turner

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syak alas tukar lampin tersebut mungkin ada sesuatu, Hayley terus memeriksa changing mat tersebut.

Alangkah terkejutnya Hayley apabila mendapati alas tukar lampin terbabit ada paku payung kecil yang sengaja dicucuk di bawahnya!

Ibu bapa perlu periksa alas tukar lampin bayi di tandas awam

Menurut Little Things, ini bukan kali pertama bayi tercedera kerana terkena paku payung di alas tukar lampin bayi. 

Malah tindakan itu sebenarnya adalah satu helah prank yang sengaja dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab untuk "mengenakan" ibu bapa.

Inilah alas tukar lampin bayi yang sengaja diletak paku itu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai bayi tercedera di kampung Oxfordshire kerana sebab yang sama. 

Hayley dalam post amaran yang ditulis di Facebook mengatakan -

"Saya jarang menulis di Facebook. Tapi kejadian ini benar-benar menakutkan saya. Ia juga boleh terjadi pada orang lain.

Jadi ibu bapa, mari elak ia dari berulang. Periksa alas tukar lampin bayi sebelum meletakkan bayi anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya fikir tandas awam yang ada changing mat adalah tempat yang selamat. Sebab itu apabila Samuel menangis dengan kuat, saya ingat dia hanya grumpy dan kepenatan. 

Tapi saya tak sangka ada orang akan sanggup "prank" bayi tak bersalah dengan cara ini!

Dan oleh sebab Samuel masih tak mampu memberitahu saya yang dia sakit, dia hanya menangis. Ada 5 paku payung di alas tukar lampin bayi itu!"

Marah dan kasihan semuanya bercampur-aduk. Kasihan bayi itu yang tercucuk pin paku payung. Mesti sakit hingga mereka menangis dengan kuat!!!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang penting sekarang adalah tugas ibu bapa untuk melindungi anak-anak.

Ibu bapa, jangan lupa untuk periksa dulu changing mats atau meja di mana-mana tandas awam. Tindakan yang lebih bagus adalah dengan membawa changing mats sendiri dalam beg lampin anda.

Moga kejadian seperti ini tidak lagi berulang. Mari sama-sama kita menyebarkan amaran ini untuk ibu bapa dan rakan-rakan yang lain.

Sumber rujukan: Little Things

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penulis

Ayu Idris