Alat bantu seks (sex toy) dalam badan selama 10 tahun!
Ramai pakar yang melarang kita dari memasukkan bendasing ke dalam badan. Tapi, ramai juga yang tak mengendahkan amaran tersebut. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan alat bantu seks atau sex toy.
Sex toy atau alat bantu seks memang selamat untuk digunakan (dan dimasukkan ke dalam badan), tapi bukan selama 10 tahun.
Itulah yang terjadi dalam kes mendebarkan ini! Seorang pakar baru-baru ini telah menjumpai alat bantu seks dalam badan seorang wanita.
Yang menakutkan ialah sex toy itu sudah berada selama 10 tahun lebih dalam wanita ini!
Menurut berita New York Post, doktor sedang merawat seorang wanita berumur 38 tahun kerana kehilangan berat badan.
Mangsa dilaporkan ke hospital apabila kerap kali rasa lesu, tidak bersemangat dan mengalami penurunan berat badan yang banyak.
Namun selepas doktor melakukan pemeriksaan, hasilnya amat menggemparkan!
Alat bantu seks akhirnya ditemui!
Kredit gambar: Journal of Sexual Medicine
Doktor menemui alat bantu seks sepanjang lima inci dalam vagina wanita ini dan ia telah tersekat di dalamnya selama 10 tahun!
Doktor mengesahkan alat bantu seks itu boleh membunuhnya dengan mudah. Salah satu kesan sampingan jika sex toys berada dalam badan anda (selama 10 tahun) ialah ia akan membuatkan anda lesu dan hilang berat badan.
Malah, wanita ini juga mengaku dia sukar untuk membuang air kecil.
Beliau akhirnya didiagnosis dengan penyakit vesicovaginal fistula, sejenis keadaan di mana air kencing mengalir masuk semula ke dalam vagina. Ouch!
Menurut wanita ini, alat bantu seks itu mungkin digunakannya pada satu malam yang tidak diingatinya. Sebab itu dia lupa untuk mengeluarkan sex toy tersebut!
Bahaya alat bantu seks
Selepas pakar bedah mengeluarkan permainan seks sepanjang lima inci itu dari farajnya, beliau telah sembuh sepenuhnya.
Kes ini turut dilaporkan dalam Journal of Sexual Medicine. Apa yang dipetik dari jurnal tersebut ialah –
“Kes seperti ini jarang berlaku. Namun, ia boleh mengancam nyawa. Kes ini menambah salah-satu risiko yang menyebabkan penyakit vesicovaginal fistula.”
Jurnal itu turut menyenaraikan lebih 40 bendasing yang berbahaya. Ini termasuklah alat kontrasepsi berbentuk cap yang dimasukkan dalam faraj!
Tip untuk guna sex toy dengan selamat
Berasmara dengan pasangan, sambil mendapatkan khidmat alat bantu seks memang menyeronokkan. Tapi, anda juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
Antara tip keselamatan yang wajib anda ikut ialah:
- Basuh sex toy setiap kali selepas guna
- Pilih alat bantu seks yang tiada bahan-bahan berliang
- Jika anda menggunakan sex toy pada dubur, basuh dulu sebelum gunakan ia pada faraj pula
- Beli dari syarikat yang dipercayai
- JANGAN PERNAH tinggalkan sex toy dalam badan anda!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Artikel ini ditulis oleh Sarah Voon dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga:
Pasangan Suami Isteri Yang Guna Alat Mainan Seks Terbukti Lebih 'Bahagia'. Pernah Cuba?