Bahaya Perancang IUD Bergerak Hingga Ke Pundi Kencing, Ibu Ini Terkena Jangkitan

Alat perancang IUD memang selamat, namun ia tak terlepas dari sebarang bahaya. Ikuti kisah ibu ini yang terkena jangkitan saluran kencing kerana IUD.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alat perancang keluarga IUD 

IUD atau intrauterine device adalah sejenis alat perancang keluarga yang berbentuk T dan kecil saja.

Peranti ini akan dimasukkan ke dalam rahim wanita untuk mengelak berlakunya kehamilan.

Ramai wanita memilih alat perancang IUD kerana ia bersifat jangka masa panjang dan ia boleh dikeluarkan, jika wanita itu ingin hamil.

Kredit gambar: Healthline

Namun, walaupun alat perancang IUD telah digunakan secara meluas dan dianggap selamat, ia tak bermaksud alat perancang IUD tidak mencetuskan sebarang risiko dan bahaya.

Salah satu bahaya IUD adalah apabila peranti ini berubah daripada kedudukan asal, sama seperti  kes wanita ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang terjadi ini adalah salah satu contoh kes uterine perforation. Ia hanya berlaku sekali pada 1000 wanita.

Kisah benar tentang bahaya alat perancang keluarga IUD

Seorang wanita yang berusia 26 tahun dari China telah dilaporkan mengalami sakit perut yang teruk sejak 5 tahun lalu.

Akhirnya, doktor mengambil keputusan untuk memeriksa punca mengapa beliau sakit perut dengan teruk itu.

Alangkah terkejutnya doktor apabila mereka mengenalpasti punca kesakitannya adalah kerana IUD beliau telah berubah kedudukan dan kini masuk ke dalam pundi kencingnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbalik kepada sejarah penggunaan peranti IUD, wanita tersebut pernah menanam alat perancang IUD pada tahun 2011.

Namun, beliau masih hamil dan selamat melahirkan bayinya pada Februari 2012. Bayinya itu dilahirkan dengan pembedahan c-section.

Selepas sembuh dari luka bersalin, beliau menanam satu lagi alat IUD dalam rahimnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes beliau telah disiarkan dalam Medical Journal. Menurut laporan, wanita itu mengalami sakit perut yang teruk, beserta darah dalam air kencingnya.

Malah, beliau juga semakin kerap rasa untuk membuang air kecil.

Kerana tidak tahan dengan penderitaan yang dialami, beliau berunding dengan doktor di Hospital of Jilin University. 

Doktor pakar telah menjalani pemeriksaan X-ray padanya dan menjumpai sesuatu yang mengejutkan.

X-ray menunjukkan peranti IUD yang beliau tanam telah menembusi rahim dan kini berada di pundi kencing!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Flickr

Walaupun kejadian ini jarang berlaku, namun ia masih boleh terjadi, jelas doktor pakar. 

Yang pasti, apabila peranti IUD telah berubah kedudukan, ia bebas bergerak ke mana saja. Ia tak semestinya bergerak ke kawasan rongga pelvis saja.

Jika IUD bergerak ke rongga abdomen, wanita itu boleh mengalami jangkitan saluran kencing (UTI), sama seperti kes yang dialami wanita ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan sampingan akibat IUD berubah kedudukan

Dalam kes-kes yang lebih teruk, kejadian seperti ini mampu menyebabkan:

  • radang perut atau pelvik yang teruk
  • penembusan organ-organ lain
  • usus terhalang
  • risiko jangkitan di tiub fallopian
  • risiko penyakit yang menyebabkan ketidaksuburan
  • risiko IUD terlekat di dinding rahim
  • risiko pendarahan dalaman

Tanda-tanda amaran yang perlu diperhatikan

Menggunakan alat perancang IUD adalah selamat, namun kes kecelakaan seperti ini boleh juga berlaku. 

The Medicine Report menyarankan setiap doktor pakar membuat follow up dengan pesakit yang memasang IUD sebagai langkah berjaga-jaga.

Kredit gambar: TheHealthSite.com

Ini untuk memastikan alat perancang itu masih berada di tempat yang sepatutnya.

Para wanita pula haruslah lebih peka dengan kesihatan diri dan perhati tanda-tanda ini sebelum berjumpa doktor dengan segera:

  • keluar lendiran aneh dari vagina
  • demam dan menggigil
  • sakit ketika bersetubuh atau membuang air kecil
  • berdarah ketika berhubungan seks
  • keluar darah walaupun selepas habis haid
  • pening dan muntah
  • sakit di kawasan pelvik
  • sakit ketika menekan perut

Tak semua alat perancang IUD yang telah ditanam akan berubah kedudukan dan mencetuskan bahaya, tapi jangan ambil mudah risiko ini. 

Kalau kejadian seperti ini berlaku, peranti IUD akan dikeluarkan untuk mengelak risiko kerosakan organ dan komplikasi lain.

Sumber rujukan: Channel News Asia dan Options for Women

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperancang-jenis-implan/

Penulis

Ayu Idris