Ivana Trump, bekas isteri Donald Trump hamil 3 anak ketika masih pakai IUD?

Alat perancang kehamilan IUD masih buat bekas isteri Donald Trump ini mengandung 3 orang anak? Bagaimana ia boleh terjadi? Ikuti apa kata doktor pakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alat perancang kehamilan IUD masih buat Ivana Trump mengandung?

Ramai wanita memilih alat perancang kehamilan IUD yang ditanam dalam rahim untuk mengelak kehamilan dan merancang keluarga kerana 99% keberkesanannya. Namun, kisah Ivana Trump, bekas isteri pertama Donald Trump (Mr President) ini mungkin akan mengejutkan anda. 

Dalam buku memoir Raising Trump, Ivana - bekas isteri pertama Presiden Donald Trump telah menceritakan bagaimana beliau hamil dan membesarkan ketiga-tiga anaknya. Ivana adalah seorang model fesyen Czech yang berkahwin dengan Trump pada 1977.

Kredit: Wedded Wonderland

Mereka mempunyai 3 orang anak iaitu Donald Trump Jr, Ivanka dan Eric. Ketiga-tiga anak Trump ini sekarang menggalas jawatan sebagai naib presiden eksekutif di Trump Organization. 

Menurut Ivana dalam autobiografi itu, beliau mengandung 3 anaknya itu walaupun ketika masih memakai alat perancang kehamilan IUD! 

Semuanya bermula begini...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: SFGate

Alat perancang kehamilan IUD masih tak mencegah kehamilan Ivana

Ivana dipetik mengatakan - 

 "Sebenarnya, saya mengandung ketika bulan madu. Ajaib sungguh! Kenapa ajaib? Sebab ketika itu, saya telah memasang IUD dalam rahim. Tak mungkin saya boleh hamil. Saya anggap mungkin saya wanita yang hamil satu-dalam-sejuta.

Itu kejadian pertama. Selepas 3 tahun, Ivana sekali lagi hamil dengan anak kedua pula, walaupun ketika masih lagi memakai alat perancang kehamilan IUD! Ivana menjelaskan beliau memilih IUD kerana beliau takut terlupa jika mengambil pil perancang keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau ingat dengan alat perancang kehamilan IUD tertanam dalam rahim, beliau akan "selamat". Lagipun, Mr President Donald Trump tidak suka memakai kondom. 

Selepas masih hamil walaupun memakai alat perancang kehamilan tersebut, Ivana akhirnya menukar alat perancang itu dan memakai IUD yang baru. Doktor mengesahkan semuanya akan kembali normal dan beliau takkan hamil lagi. 

Kredit: Us Weekly

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi satu tahun setengah selepas itu, beliau sekali lagi hamil dengan anak ketiga! Nampaknya ketiga-tiga anak besar Donald Trump ini tetap lahir walaupun ibu mereka cuba "menutup kilang"!

Jika anda memakai alat perancang kehamilan IUD, pasti anda ketakutan dan tertanya-tanya, bagaimana kes seperti ini terjadi? Mari kita baca apa pandangan doktor pakar tentang hal ini. 

Kegagalan alat perancang kehamilan IUD

Menurut Dr. Jen Gunter - seorang pakar OB-GYN, apa yang dilalui oleh Ivana Trump itu boleh berlaku, namun ia tak mungkin berlaku lagi sekarang, kerana pengubahsuaian yang telah dilakukan pada alat pencegah kehamilan IUD moden. 

Dr Gunter menjelaskan lagi -

"Memang alat pencegah kehamilan IUD tak sempurna, ia juga ada peratusan untuk gagal. Tapi, IUD pada era 80-an (seperti yang dipakai Ivana Trump) mungkin ada 2% untuk gagal."

Ini bermaksud hampir 8 daripada 1 juta wanita yang memakai alat pencegah kehamilan IUD (era 80-an) itu masih boleh mengandung. Tapi alat perancang kehamilan IUD versi terkini telah menurunkan kadar kegagalan dengan lebih rendah, iaitu sebanyak 0.8% saja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, kes seperti Ivana ini mungkin tidak akan berlaku lagi sekarang. 

[caption id="attachment_128736" align="aligncenter" width="600"] 3 anak Ivana dan pasangan mereka
Kredit: Heavy.com[/caption]

Penting memastikan alat perancang kehamilan IUD berfungsi

Satu lagi penjelasan mengapa Ivana masih boleh hamil walaupun ketika memakai IUD adalah kerana alat perancang itu mungkin tidak berfungsi dengan betul. Biasanya, wanita akan perasan IUD itu tidak berfungsi selepas beberapa kali hamil secara "tidak sengaja".

Doktor mengaitkan ia dengan kegagalan fungsi fizikal seorang wanita: contohnya mungkin kerana masalah fibroid, tumor atau lekuk pada rahim "menendang" IUD yang ditanam. 

Jadi, wanita-wanita di luar sana yang menggunakan alat perancang kehamilan IUD tidaklah usah terlalu bimbang. Kebarangkalian untuk perancang keluarga itu gagal adalah sebanyak 0.8% saja. Dan kejadian seperti kes Ivana Trump yang hamil 3 anak walaupun memakai IUD ini mungkin tak akan berlaku lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda pernah mengalami kejadian seakan sama seperti bekas isteri Donald Trump ini?

 

 

 

Sumber rujukan: Slate

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

 

Penulis

Ayu Idris