Alat Pintar Untuk Selamatkan Anak Kecil Mati Kepanasan Dalam Kereta - Hasil Rekaan Kanak-Kanak 10 Tahun

Seorang budak lelaki berumur 10 tahun telah mencipta peranti untuk memantau suhu dalam kereta dan juga mengelakkan kematian anak kecil akibat kepanasan kerana terkunci dalam kereta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut statistik, sejak tahun 1998, sekitar 712 kanak-kanak dipercayai telah meninggal akibat serangan panas di Amerika Syarikat selepas ditinggalkan di dalam kenderaan panas.

Tetapi, terima kasih kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang bernama Bishop Curry dari McKinney, Texas, kematian tragis ini boleh dicegah tidak lama lagi.

Gambar dipetik daripada Bored Panda.

Pelajar gred lima ini telah mencipta sesuatu yang dipanggil Oasis, sebuah alat kecil pintar yang memantau suhu di dalam kereta.

Sebaik sahaja ia sampai ke tahap tertentu, peranti itu mengeluarkan udara sejuk sambil memberi amaran kepada ibu bapa dan pihak berkuasa melalui antena.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar dipetik daripada Bored Panda.

Inspirasi idea hebat rekaan Bishop

Idea untuk Oasis datang kepada Bishop selepas dia mengetahui bahawa bayi berusia 6 bulan yang juga adalah jirannya telah mati kerana berada di dalam kereta yang terlalu panas.

Dan, walaupun dia hanya memiliki model tanah liat 3-D pada masa ini, dia dan ayahnya setakat ini berjaya mengumpul lebih $ 24,000 untuk ciptaan mereka di GoFundMe. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar dipetik daripada Bored Panda.

Dana untuk membangunkan alat pintar Bishop

Wang tersebut akan digunakan untuk membuat peranti dan juga mendapatkan paten untuk peranti tersebut.

Jadi, jika anda belum menderma, teruskan ke halaman pengumpulan dana mereka dan membantu untuk merealisasikan projek cemerlang ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rencana diterjemahkan daripada Bored Panda

Semua gambar-gambar dipetik daripada Bored Panda

Untuk menderma: GoFundMe.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh