Mudah Tugas Ibu Dengan Adanya Bottle Sterilizer Di Rumah. Ini 8 Pilihan Terbaik Yang Selamat Dan Berbaloi

Salah satu keperluan buat parents yang ada si manja menyusu botol adalah sterilizer botol. Ini senarai alat sterilisasi terbaik untuk anda!

Kalau parents memilih untuk mensterilkan botol bayi, ada 2 cara untuk melakukannya: sama ada dengan mendidihkannya di dalam air panas selama 5 minit, atau dengan menggunakan bottle sterilizer.

Ia satu langkah yang praktikal untuk mewujudkan persekitaran bebas kuman untuk bayi anda. Dengan mensterilkan peralatan makan si manja,  parents dapat mengurangkan risiko semasa si manja berada pada usia yang rapuh.

Mungkin ada yang menganggap pensterilisasi agak sia-sia sebab bayi sering memasukkan pelbagai benda ke dalam mulutnya. Walau bagaimanapun, parents kena tahu yang sistem imun bayi kecil masih berkembang dan mudah baginya untuk mendapat  jangkitan. Pepijat yang melekat pada dadih susu di dalam botol yang tidak dibersihkan dengan baik adalah sangat berbahaya.

Selepas si manja bayi berumur satu tahun, dia akan mula menghasilkan antibodi sendiri dan lebih tahan terhadap kuman berbahaya. Walau bagaimanapun, parents masih boleh teruskan langkah mensteril botol serta puting sehinggalah bayi anda tidak menggunakannya lagi. 

Pilihan Tambahan Mensterilisasi Botol Bayi

Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan dalam mensteril botol susu bayi dan alatan lain yang bayi gemar memasukkan ke dalam mulutnya. Ini termasuklah merebus, sterilisasi pengewapan, dan mensterilisasi secara UV.

1. Sterilisasi Air Panas

Kaedah rebusan memerlukan usaha yang lebih dan yang paling mengambil masa. Ini kerana selepas membiarkan seperiuk air mendidih, anda masih perlu memastikan yang botol-botol susu serta bahagian lain telah pun secara penuhnya diliputi tengan air, dan didihkannya sekurang-kurangnya selama 10 minit.

Selain itu, anda juga mestilah memastikan yang anda tetap berada di sisi periuk dan tidak lupa untuk menutup api setelah ia selesai. 

Tidak semua botol bayi dan botol susu adalah selamat untuk dididihkan. Kaedah ini juga biasanya cenderung untuk merosakkan putingnya dengan lebih cepat jadi ia mungkin boleh jadi yang tidak menjimatkan kos dalam jangka masa panjang. 

2. Sterilasi Pengewapan

Mensterilisasi dengan wap melibatkan penggunaan wap untuk membersihkan dan memastikan botol bayi bebas kuman. Ia merupakan kaedah yang mudah berbanding merebus dan yang kebanyakkan alat pensterilan elektrik di pasaran pada lari ini memastikan botol dan puting disterilasikan sehingga 12 jam sebaik peralatan itu dimulakan dan kekal tidak dibuka penutupnya. 

3. Sterilisasi UV

Sterilisasi UV menggunakan cahaya UV untuk membunuh kuman, bakteria, dan virus yang mana boleh membawa kepada penyakit dan jangkitan. Menggunakan sterilisasi UV dilihat seakan lebih praktikal terutama sekali sekarang ini yang mana kita hidup di kala pandemik, dan perlu lebih berhati-hati pabila ia menyentuh bab kesihatan dan keselamatan akan keluarga kita.

Memilih Bottle Sterilizer Terbaik

Sebelum mendapatkan bottle sterilizer, pastikan produk yang dibeli mengikut kehendak anda juga ya. Perhatikan beberapa ciri seperti di bawah:

  • Kaedah pensterilisasi : Cari bottle sterilizer yang mengikut pilihan anda sama ada menggunakan wap, sinar ultraviolet atau  
  • Tempoh steril: Beberapa model dapat melakukan tugas mereka hanya dalam waktu dua minit, yang lain mungkin memerlukan masa sehingga 30 minit.
  • Boleh keringkan botol: Sebilangan bottle sterilizer machine juga akan mengeringkan barang setelah mensterilkannya, yang mungkin berguna oleh ibu bapa yang sibuk. 
  • Boleh dikekalkan dalam alat sterilisasi: Model tertentu juga mempunyai fitur “menahan", jadi setelah kitaran berakhir, mereka mungkin dapat tetap steril di dalam sehingga 24 jam selagi penutupnya ditutup.
  • Fungsi off secara automatik: Ibu bapa baru yang kurang tidur sering menghargai ciri keselamatan ini pada model elektrik.
  • Saiz: Sebilangan besar bottle sterilizer machine boleh mengisi antara 4 dan 6 botol, dan mungkin juga mempunyai ruang tambahan untuk bahagian pam dan alat pacu.
  • Keserasian: Pastikan bottle sterilizer yang dibeli serasi dengan botol susu anak anda.
  • Serba-guna: Alat penstrilan serba guna adalah pilihan yang terbaik masa kini kerana terdapat banyak produk yang tidak hanya mensterilasikan botol semata. Ketahuilah yang mana kita boleh mensteril permainan bayi dan malah juga alatan kegunaan kita seperti kunci, telefon, dań dompet, akan memberikan kita satu ketenangan. Untuk mengelakkan bau atau pembiakan kulat, satu alat pensterilan juga mengering secara berkesan. Malah, ia juga berfungsi untuk menjadi satu tempat untuk menyimpan produk atau alatan bayi anda, jadi ia dapat mengurangkan masalah berhabuk.

8 Bottle Sterilizer Terbaik di Pasaran

Kami senaraikan 8 alat sterilisasi yang bagus di pasaran, jom kita semak.

Bottle Sterilizer Terbaik
Philips Avent Microwave Steam Sterilizer
Bottle Sterilizers Terbaik Jenis Pengewapan
Beli di Shopee
Tommee Tippee Electric Bottle Steam Sterilizer
Bottle Sterilizers Terbaik Rekaan Kompak
Beli di Shopee
Boboduck 5 in 1 UV Sterilizer Dryer 
Bottle Sterilizers Terbaik Dengan Ruang Besar
Beli di Shopee
Little Bean Digital Bottle Sterilizer
Bottle Sterilizers Terbaik Jimat Elektrik
Beli di Shopee
Upang Plus UV Baby Bottle Sterilizer
Bottle Sterilizers Terbaik Mesra Eko
Beli di Shopee
Haenim Smart Classic UVC-LED Electric Sterilizer
Bottle Sterilizers Terbaik Dengan Lampu UVC-LED
Beli di Shopee
Supermama UV House Sterilizer
Bottle Sterilizers Terbaik Dengan Panel Kaca LCD Penuh
Beli di Shopee
Samu Giken UV Box Waterless Germs Sterilizer
Bottle Sterilizers Terbaik Dengan Operasi Senyap
Beli di Shopee

Philips Avent Microwave Steam Sterilizer

Terbaik Jenis Pengewapan

Unit Avent sterilizer dengan harga berpatutan ini dapat mensterilkan botol hanya dalam 2 minit dalam ketuhar mikro dengan kekuatan gelombang mikro antara 1200 dan 1850 watt.

Produk ini boleh memuatkan hingga 4 botol dalam satu masa, termasuk  bahagian pam juga. Selagi penutup alat ini kekal ditutup, botol dan barangan pam lain akan tetap disteril sehingga 24 jam!

Apa yang kami suka?

  • Pemegang tidak panas dan selamat walaupun dikeluarkan dari ketuhar mikro.
  • Steril yang pantas
  • Saiz kecil dan ringan
  • Sesuai dengan semua botol Avent sterelizer

Tommee Tippee Electric Bottle Steam Sterilizer

Terbaik Rekaan Kompak

 

Dengan menekan satu butang, alat pensterilan ini membersihkan 5 botol dalam 5 minit sahaja! Oleh kerana reka bentuknya yang ringkas, ia tidak akan mengganggu ruang di meja dapur anda.

Tips: Cuba letakkan barangan kecil seperti puting di rak atas untuk lebih mudah memasang bahagiaan botol selepas proses steril berakhir.

Apa yang kami suka?

  • Sesuai dengan kebanyakan botol, alat pacu dan aksesori pam payudara
  • 100% wap semulajadi menyelimuti setiap permukaan dan membunuh 99.9% kuman berbahaya
  •  Dulang yang boleh ditumpuk 2 tingkat juga boleh digunakan sebagai rak pengeringan
  •  Kandungan kekal steril selama 24 jam  dengan penutup ditutup
  •  Satu butang bermula dan padam secara automatik untuk keselamatan

Boboduck 5 in 1 UV Sterilizer Dryer

Terbaik Dengan Ruang Besar

 

Alat sterilisasi ini mempunyai pelbagai fungsi seperti steril pengeringan, menyimpan,membuat yogurt malah membuat buah kering!

Tambah menarik lagi, produk ini sangat luas dan boleh memuatkan sehingga 12 botol sekaligus. Pastinya satu pelaburan yang hebat dan sesuai untuk keluarga yang mempunyai keluarga yang besar.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu tanggalkan beberapa bahagian rak untuk mendapatkan ruang yang lebih banyak!

Apa yang kami suka:

  • Fungsi steril panas dan sejuk
  • Tutup secara automatik setelah 60 minit dan mula fungsi penyimpanan
  • Pembasmian kuman secara automatik dan pengeringan setiap 3 jam selama 24 jam
  • Sesuai untuk pelbagai produk : Botol / Dot / Peralatan Makan, Tuala / Pakaian / Topeng, Telefon / Perhiasan, Plastik / Mainan
  • Teknologi pantulan cermin 8K Pensterilan komprehensif 360 °
  • 19 L boleh menyimpan sehingga 12 botol sekali gus

Little Bean Digital Bottle Sterilizer

Terbaik Jimat Elektrik

Litttle Bean merupakan salah satu pengeluar barangan bayi yang dipercayai di Malaysia. Little Bean Digital Bottle Sterilizer menggunakan teknologi wap cekap tinggi yang dikendalikan oleh pemproses pusat komputer mikro.

Pengesanan sentuhan cap jari memberikan akses yang mudah dan selamat. Ini adalah cara yang selamat, cepat dan mudah untuk membasmi kuman botol dan aksesori dalam masa kitaran sekitar 6 minit!

Apa yang kami suka?

  • Pengesanan sentuhan jari
  • Disterilkan secepat 6 minit dengan kawalan sistem komputer mikro
  • Paparan dan undur pemasa LED
  • Sesuai dengan 6 botol leher lebar
  • Penjimatan tenaga
  • Amaran bunyi bip
  • Bebas BPA 

Upang Plus UV Baby Bottle Sterilizer

Terbaik Mesra Eko

Pertama kali ia diperkenalkan di Korea pada tahun 2008, Upang menghasilkan satu alatan pensterilan botol bayi yang cukup berseni dan mesra-eko yang bekerja dengan sinaran UV. Ia juga terbukti mampu membunuh 99.9% bakteria merbahaya termasuklah selesema H1N1_A dan candida. 

Ia telah didaftar dennen FDA sebagai satu peralatan medikal, mesin ini boleh mensteril lebih daripada botol. Dengan pensterilan all-in-one ini, anda boleh mengering, mensteril, dan menghapuskan bau daripada apa sahaja hanya dengan satu sentuhan butang. 

Mesin pensterilan ini direka untuk parents yang sibuk dengan tugas harian, jadi mesin Upang ini menjanjikan untuk menguruskan setiap tugas mensteril sempurna buat botol bayi dan peralatan bayi anda dengan penuh cekap. 

Apa yang kami suka? 

  • Mesra-eko -tanpa air dan bebas bahan kimia
  • Lampu UV dual yang berpusing
  • Fungsi serba-guna all-in-one
  • Paparan LED matrix dot pada bahagian luar pintu
  • Direka dengan pintu dua kali ganda pada bahagian dalam dan luar
  • Pengeringan shut rendah inframerah
  • Rekaan yang luas mampu menampung lebih 16 biji botol
  • Ia cutup versatil – mensteril botol, permainan, berus mekap dan lebih lagi
  • 120V/60HZ
  • Berdaftar dengan FDA

Haenim Smart Classic UVC-LED Electric Sterilizer

Terbaik Dengan Lampu UVC-LED

Merupakan haenim UV sterilizer terlaris di Asia Tenggara, ia mempunyai masa pengeringan yang paling cekap dan fungsi penyimpanan yang mudah.

Menghapuskan 99.9 peratus virus dan bakteria berbahaya, kecekapan diuji dan diperakui oleh makmal di KOREA, JEPUN dan Berdaftar FDA, mesin ini mempunyai empat fungsi utama iaitu auto, kering, LED UV, penyimpanan dan beberapa fungsi tambahan baharu seperti Turbo, Pintar, Amaran bersih, sensor kerosakan LED UV, rak boleh laras, dengan dulang air.

Haenim UV sterilizer ini tiada bau ozon semasa proses pensterilan, malah barangan bertukar kekuningan lebih perlahan berbanding mensteril dengan lampu UV.

Apa yang kami suka?

  • Mudah dicuci
  • Butang sentuh baru, tiada lagi kebimbangan tentang jari basah merosakkan mesin.
  • Ruang besar boleh memuatkan sehingga 16 botol susu.
  • Kos penyelenggaraan rendah, tiada lagi masalah lampu UV yang perlu ditukar setiap tahun.

Supermama UV House Sterilizer

Terbaik Dengan Panel Kaca LCD Penuh

Cara paling biasa untuk membersihkan botol bayi ialah mengukus dan menggunakan gelombang mikro namun suhu tinggi boleh merosakkan botol plastik dan boleh meleding lebih cepat malah membiarkannya di bawah persekitaran lembap boleh menarik semula bakteria.

SuperMama sterilizer Lab memperkenalkan ibu ayah kepada UV House 16L Sterilizer pada harga yang sangat berpatutan yang menggunakan panel kaca LCD penuh dengan kemasan matte penebat tinggi untuk pengudaraan haba yang lebih besar.

Supermama sterilizer menggunakan cahaya UV-C kaya dengan tenaga dengan panjang gelombang 100-280 nanometer (nm) dan ia adalah pembunuh kuman. Cahaya UV akan membunuh 99.9% bakteria dan mengeringkan barangan bayi anda supaya ia bersedia untuk kegunaan seterusnya, tanpa sebarang bahan kimia lain.

Manakala Penapis Udara NanoFibre akan menghalang habuk halus dan sebarang zarah yang masuk untuk memastikan sifar bau.

Apa yang kami suka?

  • Keluli tahan karat gred makanan dengan SuperMamaLab Super Mirror Design yang memaksimumkan kelenturan cahaya UV di seluruh unit dengan semua zon.
  • Jaminan 1 tahun.
  • Rekaan minimalis yang menjimatkan ruang di dapur.

Samu Giken UV Box Waterless Germs Sterilizer

Terbaik Dengan Operasi Senyap

Rekaan yang sleek tanpa sebarang butang tekan, bottle sterilizers ini juga menggunakan LCD penuh dengan warna sebenar yang disalut dengan kemasan penebat akhir tinggi bersama teknologi UV berkembar termaju yang berkuasa.

Tindakan UV berganda dengan tiub UV Philips dapat menangkap dan membasmi 99.9 peratus kuman dan bakteria.

Teknologi pengeringan PTC haba rendah pula memastikan ianya selamat untuk semua jenis barangan menyusu, mainan, dan peralatan makan bayi.

Apa yang kami suka?

  • Tak bising ketika beroperasi
  • Tiada risiko terbakar
  • Jimat elektrik
  • Jaminan 2 tahun

Perbandingan Harga Bottle Sterilizer Terbaik

Produk Harga
Philips Avent Microwave Steam Sterilizer RM159.00
Tommee Tippee Electric Bottle Steam Sterilizer RM269.90
Boboduck 5 in 1 UV Sterilizer Dryer RM370.00
Little Bean Digital Bottle Sterilizer RM149.00
Upang Plus UV Baby Bottle Sterilizer RM1097.39
Haenim Smart Classic UVC-LED Electric Sterilizer RM1599.00
Supermama UV House Sterilizer RM469.00
Samu Giken UV Box Waterless Germs Eliminator/Sterilizer RM389.00

Cara Memilih Di Antara Pensterilisasi UV vs Wap

Bagaimana caranya untuk anda memilih di antara pensterilan wap atau UV berikutan ia adalah secara sama rata berkesan dalam membunuh kuman (kebanyakkan produk mempunyai kadar mengenyahkuman sebanyak 99.9%).

Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang anda patut pertimbangkan pabila ingin membuat keputusan di antara mesin pensterilan UV atau wap.

Kelebihan Pensterilan UV

  • Sterilasi hebat. Sterilisasi UV menggunakan denyutan sinaran UV-C yang kuat yang cukup hebat untuk mengenyahkan mikroorganisme (kuman, bakteria dan virus). Teknologi ini adalah biasa digunakan untuk tujuan membasmi kuman dan penyucian air. 
  • Mesra alam sekitar. Pensterilisasi UV tidak memerlukan air dan memerlukan kurang sumber tenaga berbanding dengan pensterilan wap, ia adalah mesra alam.
  • Padat dan moden. Kebanyak pensterilan UV mempunyai rekaan yang padat dan kemas yang dua kali ganda penstoran. Tidak hanya mesin pensterilan anda akan nampak gah di dapur, ia juga membantu untuk mengurangkan masalah bersepah.
  • Selamat dek kerana ia tidak melibatkan pemanasan. Pensterilan wap menggunakan suhu yang tinggi dalam pengewapan yang mana boleh berpotensi membuatkan anda melecur jika anda tidak berhati-hati. 

Kelemahan Pensterilan UV

  • Mahal. Biarpun banyak kelebihan mesin pensterilan UV, ia hadir dengan satu tag harga yang agak besar. Jenama-jenama yang lebih terminal dan mewah biasanya menawarkan kos lebih tiga kali ganda berbanding mesin pensterilan elektrik.

Jadi, kesimpulannya, mesin pensterilan elektrik adalah ringkas dan mudah untuk digunakan, dan boleh jadi lebih pilihan parents yang mengawal bajet mereka.

Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai lebih bajet, mempunyai mesin pensterilan UV boleh jadi satu pelaburan yang bagus untuk seisi keluarga anda.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. 

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Kesilapan Ibu Bapa Ketika Basuh Botol Anak & Ini Sebab Pentingnya Steril Botol

Baca juga:  Botol Susu Bayi: Ini 7 Kesilapan Ibu Dalam Mencucinya

Baca juga:  Bottle Warmer Terbaik: 5 Jenama Pemanas Susu Yang Sangat Versatil

Penulis

Farhana Fuad