Alergi makanan meragut nyawa budak berusia 11 tahun
Sebut sahaja perkataan alergi tentu sahaja ramai yang biasa mendengarnya.
Tapi tahukah anda alergi sebenarnya boleh membawa maut? Dan itulah yang terjadi kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ini, meninggal dunia akibat alergi.
Oakley Debbs meninggal dunia akibat komplikasi alergi yang teruk terhadap kacang, ya kacang.
Dan kematian Oakley telah menjadi pengajaran kepada ibu bapa untuk lebih peka dengan tanda-tanda alergi serta ilmu tentang alergi.
Di dalam kes ini, kesan alerginya tidak muncul serta-merta namun apabila alergi telah merebak, ia terus mengakibatkan kesan yang paling teruk – kematian.
Kek yang mengandungi kacang jadi punca alergi makanan
Semuanya bermula apabila Oakley telah makan kek yang mengandungi kacang walnut di dalamnya semasa Hari Kesyukuran.
Setelah Oakley perasan terdapat kacang di dalam kek tersebut, dia terus memberitahu ibunya.
Selalunya, kesan alergi yang dihadapi Oakley ialah kesan biji air di bibirnya yang akan hilang selepas memakan ubat Benadryl.
Pada hari itu, selepas mengambil Benadryl, Oakley rasa lebih lega dan terus pergi bermain dengan kembar dan sepupunya.
Tetapi lewat petang itu, dia mulai rasa tidak sihat dan muntah-muntah. Beberapa minit kemudian dia mengalami kesukaran untuk bernafas.
Mukanya menjadi biru dan Oakley tidak sedarkan diri! Empat hari kemudian, Oakley meninggal dunia di hospital.
Pelan untuk mengatasi insiden alergi makanan
Menurut ibu bapa Oakley, mereka menyangka keadaan asma Oakley lebih penting. Jadi mereka ada pelan kecemasan untuk asma tapi tidak untuk alerginya!
Dan selepas Oakley meninggal dunia akibat alergi, mereka rasa perlu untuk meningkatkan kesedaran tentang alergi makanan.
Jadi mereka menubuhkan Pertubuhan Red Sneakers yang diberi nama sempena nama kasut kegemaran Oakley.
Motif utama pertubuhan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang alergi makanan.
Mereka juga mahu label makanan jelas menunjukkan kandungan bahan yang boleh menjadi punca alergi.
Ia supaya orang yang membaca tahu kandungan bahan tersebut boleh mengakibatkan kesan alergi yang teruk seperti kematian.
Apakah yang anda boleh lakukan jika anak tiba-tiba mengalami alergi makanan?
Reaksi alergi ada pelbagai dan ia boleh jadi antara kes minor hinggalah kes membahayakan seperti kes Oakley.
Sebab itu, sebagai ibu bapa, amat penting untuk tahu jika anak anda mempunyai alergi terhadap sesuatu. Dan penting untuk tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kesan reaksi alergi.
Dan penting untuk tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kesan reaksi alergi.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh lakukan:
- Ambil ujian alergi. Ini adalah langkah terbaik untuk mengetahui jika anda atau anak anda mempunyai alergi terhadap sesuatu.
- Tahu tanda-tanda kesan alergi. Ia mungkin berbeza, ada gejala seperti kulit gatal-gatal, ada yang mengalami sakit perut, muntah-muntah atau bersin. Malah ada yang hingga pening kepala hingga pengsan.
- Baca label makanan. Ketahui apa kandungan makanan yang anda bakal makan. Jika termakan sesuatu yang anda alergi, terus makan ubat antihistamine yang boleh mengurangkan kesan alergi.
- Bincang dengan doktor anda. Ambil tahu cara terbaik untuk menangani kesan alergi melalui doktor anda. Ini kerana kesan alergi mungkin mempunyai cara atasi yang berbeza.
Sumber: theAsianParent Singapore, Scarymommy.com, Today.com, dan Kidshealth.org
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.commasalah-alahan-makanan-pada-kanak-kanak-dan-bayi/