Aliff Aziz; Pelakon dan Penyanyi terkenal dari Singapura ini, berasa menyesal kerana sia-siakan peluang yang ada pada usia muda. Di sebalik mendapat populariti atas bakat yang dimiliki pada usia muda, dia sering dilanda gosip dan kontroversi yang mencemarkan namanya.
Dia menyatakan bahawa dia menyesal tidak mendengar nasihat orang yang masih menyayangi dirinya, akibat kesilapan diri sendiri, dia sukar mendapat tawaran daripada pihak lain. Lantas, dia masih belum terlambat untuk bangkit daripada masa lalu.
Syarikat rakamannya masih berharapan bakatnya dapat pergi lebih jauh lantas merakam dan menerbitkan album baru iaitu “Rebirth”
Judul album juga selari dengan perubahan dirinya sekarang. Selain itu, beliau digandingkan dengan Mir Filzah dalam drama terbaru iaitu ” Meh Sandarkan Padaku” yang akan ditayangkan pada bulan Februari 2016.
Kisah diatas cukup meyakinkan kita bahawa kejayaan akan datang kepada orang yang bangkit atas masa lalu dan cuba perbetulkan kesilapan lepas. Selain itu, peluang yang ada harus dimanfaatkan sepenuhnya kerana peluang takkan datang bergolek lagi.
Untuk membersihkan namanya yang tercemar, seseorang harus mampu memaafkan diri sendiri dan membuat perubahan terbesar dalam dirinya, untuk buktikan kepada orang lain bahawa kita boleh berjaya. Jangan terus hanyut dengan penyesalan dan rasa kecewa kerana ia akan memakan diri. Percaya dan yakin pada diri bahawa kita boleh melakukannya.
Kisah Aliff Aziz di atas adalah salah satu contoh kepada anak muda yang juga pernah gagal pada masa lalu dan ingin bangkit pada masa hadapan. Ambil yang keruh buang yang jernih. Jadikan pengalaman Aliff Aziz sebagai satu contoh untuk menempuhi hidup yang penuh mencabar.