Siapa yang tak kenal dengan Dato Aliff Syukri terlajak laris yang cukup dikenali sebagai jutawan kosmetik dengan tagline ‘abang terlajak laris’ ini?
Apatah lagi apabila beliau sememangnya tidak pernah lokek berkongsi cerita peribadinya di laman socmed seperti Instagram dan Facebook.
Ada saja cerita dan kisah menarik yang media dapat korek dari Dato Aliff Syukri terlajak laris ini dek perbuatannya yang gemar berkongsi pelbagai cerita peribadi di laman sosial.
Seperti yang tular baru-baru ini, apabila dia berkongsi video bersalin isterinya yang telah melahirkan bayi keempat mereka di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Malah Dato Aliff Syukri terlajak laris juga berkongsi dengan pengikut setianya di Instagram beberapa keping gambar bayi lelakinya itu yang diberi nama Yusoff Al Qardawi.
Bayi lelaki itu sangat comel dan putih bersih kulitnya!
Netizen mula kurang senang di atas perkongsian video dari Dato Aliff Syukri terlajar laris
Namun begitu, video yang dimuat naik tersebut mungkin telah disalah erti oleh netizen dan mereka merasakan ia tak patut dikongsi untuk tontonan khalayak ramai.
Menurut mereka, ia patut disimpan dan hanya boleh dilihat ahli keluarga bersama isteri tercinta untuk mengingatkan kembali detik dan saat bersalin itu.
Begitu juga dengan padangan seorang rakan artis yang merupakan juruhebah popular Faizal Ismail, FBI. Beliau tidak menyokong tindakan Dato Aliff Syukri terlajak laris itu apabila beliau memuatnaik video tersebut.
Menurut The Reporter, FBI tak menyokong tindakan itu kerana saat isteri bersalin adalah suatu keadaan yang tak patut dikongsi terutama apabila isteri sedang bertarung nyawa.
“Alasan untuk beri pengajaran sekadar untuk menghalalkan cara. Jika tak tengok video sekalipun, ramai yang masih menghormati ibu dan isteri. “Mungkin kita perlu pakar agama dalam memberikan pandangan berkaitan isu ini supaya tak berulang lagi,” FBI menulis komen tersebut di laman Instagram milikya.
Dato Aliff Syukri terlajak laris mohon maaf
Disebabkan ramai yang kurang senang di atas perkongsian video tersebut, akhirnya Dato Aliff Syukri tampil memuat naik status memohon maaf di laman sosial yang sama itu…
Itulah apa yang sempat diluahkan oleh Dato Aliff Syukri terlajak laris. Katanya, video tersebut merupakan salah satu kandungan untuk dokumentari kehidupan dirinya.
Ia dirakam untuk disiarkan dalam Youtube Channel beliau iaitu tvterlajaklaris. Apapun, permohonan maaf telah dibuat dan berikut bagaimana video bersalin isteri Dato Aliff Syukri yang tertular itu.