''Not Alisa, Saya Chef Lah!''- Gelagat Comel Alisa Aisyah Jadi Chef & Main Masak-Masak

Alisa Aisyah yang semakin membesar mempunyai gelagat tersendiri sehingga ramai peminat terhibur melihatnya bermain masak-masak di rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alisa Aisyah ni comel betul! Begitulah komen warganet setiap kali ibunya, Hanis Zalikha selebriti juga pengusaha tudung popular memuat naik gambar atau video Alisa Aisyah di Instagram. Baru-baru ini, Alisa Aisyah telah mencuri perhatian warganet dengan telatahnya yang comel menerusi hantaran video di Instagram dan Tiktok.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Gelagat Alisa jadi chef buat ramai teruja dan geram
  • Alisa Aisyah dan Yusuf Iskandar gembira buka sampul duit raya

Gelagat Alisa Aisyah jadi chef buat ramai teruja dan geram

Dengan kapsyen, “Pakai topi dan apron auto chef,” Alisa sampaikan tidak mahu ibunya memanggilnya dengan nama Alisa, tetapi mahu ibunya membahasakan dirinya sebagai “chef”.

Alahai comelnya. Sampaikan warganet membanjiri ruangan komen dan memuji kecomelan Alisa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Halahhhhh.. kecik besar, kecik besar je nengok budak Comel ni.. mintak di gigit je pipi tuhhhhh

Not alisa…say chef laaa!!! Hahah marah sampai bergoyang dapur tu

Video ini telah pun mendapat likes lebih 88 ribu oleh dari peminat setakat ini.

Alisa dan Yusuf Iskandar gembira buka sampul duit raya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kanak-kanak yang menerima duit raya pasti akan berasa gembira. Begitu juga Alisa Aisyah dan abangnya, Yusuf Iskandar yang kelihatan begitu teruja apabila membuka sampul duit raya menerusi hantaran video di akaun Hanis Zalikha.

Yusuf dan Alisa begitu gembira membuka sampul hasil pemberian dari keluarga dan kenalan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun hanya RM1, dua beradik ini terutamanya Alisa begitu gembira apabila membuka sampul tersebut. Malah abangnya, Yusuf turut menadah tangan mendoakan untuk mereka yang telah memberikan duit raya. 

Terima kasih untuk segalanya. Ya Allah tolong beri ganjaran kepada semua orang yang buat saya gembira.

Rata-rata warganet memuji dan suka dengan didikan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen dalam mendidik anak mereka untuk sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian yang diterima.

Untuk makluman, pasangan ini yang berkahwin pada tahun 2015 telah dikurniakan sepasang cahaya mata. Semoga keluarga ini sentiasa dilimpahkan dengan kebahagiaan. Amin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Inspirasi Nama-Nama Bayi Perempuan Dari Selebriti Malaysia Yang Ibu Ayah Boleh Pilih

Baca juga: Walaupun Masih Kecil, 9 Anak Selebriti Ini Terima Hadiah Mewah Dari Ibu Ayah Mereka

Baca juga: 10 Wajah Anak Selebriti Sebijik Ikut Muka Ibu Bapa Mereka!

Penulis

Nina Osman