Petua Tambat Hati Anak, Pasangan: Baca Surah al-Imran Ayat 200, Selawat Setiap Kali Masak

Banyak orang kata, amalan baik yang dilakukan semasa menyediakan makanan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada si pemakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak orang kata, amalan baik yang dilakukan semasa menyediakan makanan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada si pemakan.

Tidak hairanlah jika ramai yang berkongsi amalan baik yang digalakkan dilakukan ketika memasak atau menyediakan makanan untuk keluarga.

Terutama jika yang menyediakan makanan itu adalah si ibu, tentu saja doa seorang ibu itu adalah doa paling makbul yang diucapkan, jika doa baik yang dikeluarkan, baiklah untuk anak, suami dan keluarganya.

Amalan baik ketika memasak, tak rugi jika dipraktik

Menurut portal majalahpam, yang memetik Dr Amalina Mohd Daud, ada beberapa rahsia yang dikongsikan doktor itu yang mungkin berguna untuk ibu-ibu di luar sana praktikkan ketika memasak.

Untung betul jika dapat memasak untuk anak dan suami ya. Manakan tidak, sebagai suami dan anak-anak mereka semestinya gembiran dapat makan air tangan ibu dan isteri.

Seperti kita juga, masakan ibu kadangkala amat didamba dan sangat dirindui. Begitu juga anak kita, jadi bagi ibu-ibu yang dapat memasak untuk suami dan anak-anak, berbahagialah dengan kelebihan anda itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia kerana ada antara ibu yang tidak mampu melakukannya mungkin kerana kekangan masa atau kekangan kesihatan. Jadi sesiapa yang ada peluang melakukannya nikmatilah.

Petua yang dikongsikan itu termasuklah:

  1. Setiap kali mula memasak, mulakanlah dengan Bismillah. Nak masukkan bahan dalam kuali atau periuk pun, mulakanlah dengan Bismillah.
  2. Tiap kali mengacau makanan dalam kuali atau periuk, kacaulah berlawanan arah jam dari kanan ke kiri kerana ia juga adalah sunnah.
  3. Sepanjang proses memasak, banyakkan istighfar dan selawat.
  4. Selain itu, untuk melembutkan hati suami dan anak-anak sentiasalah baca ayat dari surah al-Imran ayat 200

4 perkara kecil yang pasangan suami isteri lakukan setiap hari buat mereka lagi gembira 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan suami isteri haruslah sentiasa melengkapi antara satu sama jadi pastilah saling membuatkan masing-masing gembira juga menjadi satu kemestian.

Sukar untuk kebahagiaan dikecapi jika hanya sebelah pihak saja yang sentiasa berusaha, jadi haruslah kedua-dua pihak mengambil bahagian ya!

Jadi apakah yang dilakukan pasangan suami isteri setiap hari yang membuatkan mereka lebih gembira?

#1. Mereka berkomunikasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berkomunikasi adalah cara penguat ikatan kasih sayang. Berkomunikasi dengan tulus sekurang-kurangnya sekali sehari sudah cukup untuk menghapuskan segala salah faham. Sekiranya anda terganggu tentang perkara-perkara tertentu atau tidak bersetuju dengan tindak tanduk pasangan, berkomunikasilah.

Berkata-katalah dengan perkataan yang baik, jangan berleter atau mencari kesalahan pasangan. Hargai sifat positif pasangan dan selalulah memuji beliau. Kongsikan dengan pasangan apa aktiviti anda seharian ketika beliau di tempat kerja, dan dengarlah cerita beliau. Dengan cara ini, anda berdua sentiasa tahu perkembangan semasa sesama sendiri.

#2. Mengembangkan minat bersama

Berkongsi minat terhadap sesetengah perkara (bukan semua) adalah tanda perhubungan yang sihat. Pasangan bahagia berasa seronok apabila ditemani pasangannnya, tidak kira apa yang mereka lakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contoh paling mudah adalah cinta dan minat bermain-main dengan anak. Memang comel apabila ayah, ibu dan anak-anak bermain dan bergurau bersama. Anak tergelak-gelak apabila digeletek ayah, sambil ibu di tepi tergelak-gelak memerhatikan ragam ayah dan anak.

Mereka juga mencari dan mengembangkan minat bersama. Sebagai contoh, anda suami isteri mungkin minat memasak – luangkan masa untuk masak sesuatu yang istimewa dari semasa ke semasa. Atau anda berdua minat berlari – daftarkan diri anda dan pasangan ke dalam pertandingan marathon bersama-sama.

#3. Mereka pemurah dengan ciuman

Sebelum pergi ke tempat kerja atau ketika baru pulang ke rumah beri ciuman di pipi beserta pelukan manja kepada pasangan setiap hari. Ia mampu mengukir senyuman di bibir pasangan, wajarlah mereka berasa gembira setiap hari.

#4. Mereka suka bergurau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu tanda pasangan itu gembira ialah mereka suka bergurau dan berkongsi tawa. Membuat lawak dari semasa ke semasa dapat menjadikan hari yang biasa menjadi lebih bersinar. Memerhatikan pasangan ketawa juga memberi impak yang positif buat diri kita sendiri. Jadi, berguraulah selalu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: majalapama, thevocket

Baca juga:

Penulis

Lala Annuar