Amalan Sihat Dari Ibu-Ibu Di Rusia
Setiap ibu mempunyai cara dan amalan mereka tersendiri untuk anak-anak. Dan semua itu adalah untuk kebaikan anak-anak dan keluarga.
Jadi, tidak salah kan untuk kita belajar tentang amalan sihat dari negara lain bagi menambah baik apa yang kita amalkan untuk anak-anak? Hehe.
Perkongsian kali ini adalah tentang amalan sihat ibu-ibu di Rusia yang boleh kita contohi.
Apakah amalan tersebut? Mari kita lihat di bawah:
1. Makanan Tak Lengkap Tanpa Sup
Sup memainkan peranan yang sangat penting apabila ibu-ibu di Rusia memberi anak mereka makan.
Mengapa kita harus mencontohi ini? Jawapannya kerana sup adalah jalan paling mudah untuk anda memastikan anak anda mendapat nutrisi dari makanan yang mereka tidak suka.
Contohnya sayur-sayuran. Ramai anak-anak tidak suka dengan sayur kerana warna dan rasanya yang kurang sedap.
Tapi, jika anda buat sup sayuran untuk mereka, nutrisi dari sayur boleh diperoleh dari sup dan anak-anak tak akan menolak sup lagi!
2. Bayi Perlu Duduk Di Luar
Anda mesti tahu negara Rusia adalah salah satu negara yang sangat sejuk.
Namun, ibu-ibu di Rusia tak teragak-agak untuk membiarkan anak mereka tidur di luar rumah. Bukan kejam, tapi mereka percaya bayi memerlukan udara segar yang banyak.
Bagi mereka, berbanding bayi hanya dibesarkan di dalam rumah, dengan cara ini, sistem imun bayi mereka dapat ditingkatkan.
Tapi, jangan pula kita melakukan perkara yang sama di kala jerebu atau apabila cuaca terlalu panas! Hanya pastikan si manja anda mendapat udara segar yang secukupnya.
3. Atuk Dan Nenek Sentiasa Ada
Sama ada tinggal serumah atau ibu bapa akan membawa anak-anak berjumpa atuk dan nenek sekerap mungkin.
Ibu-ibu di Rusia tidak mahu mengetepikan peranan orang tua yang dalam proses anak-anak membesar.
Sama macam adat di Malaysia, kan?
Kaitan:
Risiko Menghidap Alzheimer Rendah Jika Atuk Nenek Menjaga Cucu
4. Pelajaran Saja Tak Mencukupi
Mereka sangat mementingkan pelajaran. Lebih dari hanya di sekolah.
Orang Rusia percaya untuk menjadikan anak mereka berjaya, mereka harus melengkapkan anak-anak dengan aktiviti lain juga seperti sukan, muzik dan tarian.
Malah, bagi orang Rusia, jika anak mereka sudah pandai membaca, mereka harus menghafal sajak atau karya yang panjang pula!
Hasilnya, walau hanya dalam perbualan harian, orang Rusia akan menyelitkan kata-kata dari novel atau sajak. Menarik bukan?
5. Kasut Di Luar Rumah
Sebenarnya bukan sahaja untuk anak-anak, tapi ia untuk sesiapa saja yang ingin masuk ke dalam rumah.
Tapi, lepas anda menanggalkan kasut di luar, anda mesti memakai selipar di dalam rumah. Kerana menurut orang Rusia, tapak kaki yang sejuk tidak bagus untuk peranakan.
Ia hampir sama dengan amalan ibu-ibu di Malaysia. Tapi, amalan itu untuk kebersihan rumah di sini. Hehe
6. Cikgu Sentiasa Betul
Ya, ibu bapa di Rusia sangat menghormati guru. Pada mereka, pekerjaan menjadi guru adalah sangat mulia, malah ia setaraf dengan doktor dan penguat kuasa undang-undang.
Hasilnya, mereka akan menyuruh anak-anak mereka untuk menurut apa saja kata guru.
Sebenarnya, memang bagus pun membenarkan guru melakukan tugas mereka tanpa sekatan.
Kecualilah jika mereka mula melakukan perkara yang tidak baik.
Tapi di Rusia, ibu bapa akan memilih untuk hanya percaya kepada guru walau apa pun yang si anak mengadu.
7. Anak Makan Apa Yang Ibu Bapa Makan
Orang Rusia tak mengasingkan makan orang dewasa dan kanak-kanak. Anak-anak makan apa yang ibu bapa mereka makan. Mereka mahu anak mereka bersyukur dengan makanan yang ada.
Anak-anak akan makan apa saja yang ibu bapa mereka makan. Mereka mahu anak mereka bersyukur dengan makanan yang ada.
8. Anak Mesti Tolong Buat Kerja Rumah
Di Rusia, jika anda sudah mampu berjalan sendiri dan memegang penyapu, anda harus membuat kerja rumah sendiri!
Anak yang lebih tua akan membantu ibu bapa menjaga anak yang lebih kecil. Secara amnya, semua orang di rumah mempunyai tugasan sendiri.
Kanak-kanak di bawah usia 10 tahun akan membasuh baju mereka sendiri.
Sebenarnya, ini sangat bagus! Mereka akan membesar menjadi orang yang ringan tulang dan biasa membuat kerja rumah sendiri.
Menarik bukan? Walaupun ada yang sama seperti yang kita sudah amalkan di sini. Tetapi, bagi amalan yang lain, mungkin kita boleh cuba amalkan.
Yang baik kita ikut dan sebarkan. Yang buruk, kita perbaiki 🙂
Sumber: Healthy Way
Baca juga: