Baru-baru ini, kaki seorang bayi bengkak dikatakan selepas ambil darah di hospital Sibu, Sarawak. Bapa bayi yang tak dapat menerima keadaan anaknya ini telah meluahkan rasa kecewa dan marahnya di Facebook.
Bapa kepada bayi ini, Safuan, berkongsi keadaan anaknya di Facebook selepas kaki anaknya tak menunjukkan tanda-tanda pulih dan pihak hospital dikatakan tidak mahu bertanggungjawab.
Bapa luah perasaan di Facebook apabila kaki anaknya bengkak selepas ambil darah di hospital
Pada 2 Oktober yang lepas, sebuah akaun Facebook bernama Safuan Comell telah berkongsi gambar anaknya dengan keadaan kaki bengkak dan hitam selepas darah anaknya diambil di hospital di Sibu.
Kata bapa ini:
Ya Allah, apa salah anak saya hingga jadi begini? Semasa lahir semuanya sempurna, tapi bila sampai di hospital Sibu, ini akibatnya. Apa dosa anak saya hingga terjadi seperti ini? Saya tak puas hati. Anak saya lahir pada 15 September 2018, semuanya sempurna. Tapi apabila sampai di hospital Sibu dan mereka ambil darah di kaki anak saya, terus kakinya berubah menjadi biru hingga ke hari ini masih belum baik. Mula-mula (pihak hospital) cakap darah anak saya dijangkiti kuman dan perlu dihantar ke hospital Sibu, tapi lepas ke hospital Sibu, sebegini teruk jadinya.
Safuan ini telah dikongsi oleh pengguna media sosial dan mendapat perhatian rakyat Malaysia dan Menteri Kesihatan.
Kaki bengkak selepas ambil darah dapat perhatian
Menteri Kesihatan akan menyiasat perkara yang dikatakan berpunca dari kecuaian pihak hospital Sibu ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim mengatakan yang jabatannya akan menyiasat aduan yang dibuat oleh bapa bayi ini.
“Kami akan menyiasat prosedur yang diambil oleh doktor dan jururawat semasa membuat rawatan bayi ini. Menteri prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pesakit dan akan memastikan siasatan akan dibuat dengantelus dan mengikut prosedur.”
Semoga bayi malang ini mendapat rawatan dengan segera.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Fitriyani dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Indonesia
Baca juga:
Bayi Ini Dijangkiti Virus RSV di Hospital, Dan Inilah Amaran Ibunya Untuk Semua Ibu Bapa!