Amitabh Bachchan akhirnya berkongsi apa yang dia rasakan tentang adegan panas menantu Aishwarya

Dilaporkan bahawa beliau juga tidak menghadirkan diri pada dua tayangan khas filem Bahu Aishwarya, Ae Dil Hai Mushkil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hanya beberapa hari yang lalu, spekulasi mengatakan bahawa keluarga Bachchan kecewa dengan Bahu (menantu) Aishwarya Rai kerana adegan panas beliau dalam filem barunya.

Malah, seluruh keluarga menyokong penuh supaya penampilan anak perempuan mereka yang mampu menghentikan pertunjukan fesyen baru-baru ini, tetapi penampilan Bahu mereka tidak kelihatan.

Malah, pada majlis yang sama Abhishek ditanya jika dia telah melihat filem tersebut dan dia berkata, “Malangnya, saya belum menonton filem itu lagi kerana saya telah mengembara bersama pasukan bola sepak saya. Saya akan melihatnya pada minggu akan datang. Saya telah melihat sedutan filem dan selalu dapat menonton semasa ia di dalam produksi. Saya rasa dia (Aishwarya) kelihatan sangat menakjubkan. “


Bagaimanapun, beliau tetap menunjukkan sokongan penuh kepada adiknya, Shweta Nanda Bachchan malah telah berposing khas untuk bergambar dengan Shweta Nanda Bachchan. Sementara dia menjawab soalan mengenai sokongan kepada isterinya, tiada ahli keluarga Bachchan yang lain  bercakap mengenai filem menantu Aishwarya, sampai sekarang.

Setelah beberapa lama daripada khabar angin dan ‘fitnah’ ketua keluarga Bachchan akhirnya melontarkan buah fikirannya tentang adegan ‘panas’ Bahu dalam filem barunya Ae Dil Hai Mushkil. Beliau dilaporkan marah dengan aksi intim menantunya dengan rakan bintangnya Ranbir Kapoor.

Dan walaupun menyangka beliau membidas filem tersebut dan konsepnya, beliau telah bertindak  sebaliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amitabh Bachchan berkongsi pandangan beliau

Ketua keluarga Bachchan yang selama ini telah mendiamkan diri mengenai  perkara tersebut, akhirnya berkongsi pandangan beliau. Dilaporkan juga bahawa beliau tidak menghadiri dua tayangan filem yang telah diatur di rumahnya sendiri di Jalsa.

Tetapi kini seolah-olah bahawa beliau mungkin telah menonton filem tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berucap pada perasmian Festival Filem Kolkata, di mana beliau telah dijemput sebagai ketua tetamu, Bachchan dilaporkan menyatakan watak Aishwarya dalam filem itu telah menutup peranan lelaki.

Kenyataan beliau adalah bukti bahawa beliau menyokong Bahu, walaupun di khalayak ramai dan hal ini mengesahkan galakan beliau. Walau bagaimanapun, gosip-gosip yang telah dimainkan oleh keluarga Bachchan dengan media dan mengelak daripada menjawab mengenai peranan Bahu membawa kepada banyak ‘perbualan’ mengenai ‘masalah peribadi’ antara satu sama lain.

Perkara ini juga menekankan bahawa wanita adakalanya perlu mendapatkan pengesahan keluarga mereka.

Mengapa hidup dengan mertua adalah idea yang baik

Walaupun kebanyakan wanita moden akan mengatakan bahawa tidak kira berapa banyak anda cuba untuk memenangi hati mereka, amat sukar untuk mertua berpihak kepada mereka; ia juga adalah benar bahawa mempunyai mereka di pihak anda mempunyai kelebihan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sokongan fizikal keluarga: Sekiranya tinggal dengan keluarga mertua anda, walaupun ia mungkin tidak berjalan lancar, namun boleh memudahkan untuk anda menguruskan kerja dan anak-anak dengan adanya mereka. Sebagai datuk dan nenek, mertua anda akan gembira untuk menjaga anak-anak anda. 
  • Sokongan kewangan: Hidup dengan mentua juga boleh meringankan beban poket anda. Ya, sebahagian daripada anda mungkin memberikan wang untuk penyelenggaraan dan perbelanjaan lain, tetapi secara keseluruhan dengan lebih ramai ahli yang berpendapatan dalam keluarga bebanan kewangan secara keseluruhan akan menjadi berkurang, berbanding jika anda tinggal bersendirian. 
  • Cara hidup yang sihat: Mertua anda adalah seperti ibu bapa anda sendiri yang akan menjaga kesihatan anda dan suami anda. Anda boleh berkongsi tips kesihatan dengan mereka dan mereka juga boleh berkongsi dengan anda serta kedua-dua pihak boleh mempraktikan semua perkongsian ini.

Penulis

Aqma