Kerap Menangis Kerana Sakit Perut & Sembelit, Kanak-Kanak 19 Bulan Hidap Kanser Ovari Tahap Tiga

Siapa sangka anak berusia 19 bulan telah disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga meskipun belum pandai bercakap dan tidak datang haid

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

KOTA KINABALU – Tangisan berpanjangan selain sukar membuang air besar yang dialami seorang kanak-kanak berusia 19 bulan akhirnya terjawab apabila Daneen Auni Riksi disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga pada Rabu lalu.

Daneen Auni yang ketika ini sedang dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di sini, akan menjalani rawatan kimoterapi dalam masa terdekat.

Fallarystia Sintom, 25, ibu kepada kanak-kanak tersebut mengakui agak terkejut dan sedih dengan ujian yang dihadapi sebaik mengetahui anak bongsunya itu yang belum pun berusia dua tahun disahkan menghidap kanser tersebut.

Ovari Sebelah Kanan Telah Dibuang

“Saya sangat tidak sangka sebab kanser ovari jarang kita dengar dihidap pada usia begini, biasanya kena pada usia 40 tahun ke atas atau sudah datang haid.

“Doktor ketika ini sedang meneliti kes anak saya sebab jarang ditemui. Sebaik saja dimaklumkan, saya sedih sebab anak saya masih kecil lagi sudah dibuang ovari sebelah kanan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Pengalaman Anak Hidap Kanser Ovari

Ditanya lanjut bagaimana mula dikesan mengenai kanser tersebut, Fallarystia mengatakan anaknya mengalami kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu.

“Anak saya tidak selesa dan memandangkan dia belum pandai bercakap, dia hanya menangis apabila mengalami sakit bahagian perut. Selain itu, perutnya juga kembung dan agak sukar untuk membuang air besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Malah dia juga sudah tidak aktif seperti sebelum ini dan tidak mahu berjalan sebaliknya hanya mahu didukung. Kami mulai membuat pemeriksaan di Hospital Kota Marudu namun belum dapat dikesan mengenai sakitnya.

“Kemudian, satu hari bacaan darah anak saya jatuh mendadak dan menyebabkan dia terus dirujuk ke HWKKS pada 28 September lalu dan disitu barulah dapat dikesan ada ketumbuhan serta mengalami pendarahan.

“Bagi mengeluarkan ketumbuhan sebesar 13.50 sentimeter tersebut, anak saya perlu dibedah segera. Pada Rabu lalu, selepas pembedahan dilakukan barulah doktor mengesahkan anak saya menghidap kanser ovari,” katanya.

Ibu Hanya Bergantung Pada Yang Esa

Ditanya mengenai harapan untuk sembuh, Fallarystia mengatakan dia bergantung harap kepada ALLAH dan juga usaha daripada pihak hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Buat masa ini, anak saya dalam tempoh penyembuhan selepas dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut. Jadi selepas itu barulah dia boleh memulakan rawatan kimoterapi.

“Doktor berpesan bahawa sakit anak saya ini ada ubat, maksudnya kimoterapi. Selagi ada ubat maksudnya ada harapan dan dalam masa sama saya juga berdoa supaya diberikan kesembuhan kepada anak saya,” katanya.

Fallarystia dalam pada itu memaklumkan, dia mengalami kesukaran untuk berulang alik ke hospital kerana tiada kenderaan sendiri selain suaminya pula bekerja di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat.

“Di Kota Marudu, saya tinggal di Kampung Mangin yang terletak sejauh 15 kilometer, suami pula bekerja di Kudat. Jadi setiap kali kami ke hospital saya akan berada di rumah mentua yang terletak di Pekan Goshen.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Jadi dekat perjalanan kami ke hospital. Tetapi sejak dimasukkan ke wad di HWKKS memang agak sukar untuk berulang alik dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu,” katanya.

Perlukan Bantuan Dan Sumbangan Ramai

Sementara itu, Riksi Tahir, 25, yang juga merupakan anggota bomba di BBP Kudat mengakui ketika ini dia buntu kerana terbeban dengan kos yang akan dihadapi mereka.

“Setakat ini pihak hospital belum dapat memberi anggaran kos termasuk pembedahan yang sudah dijalankan dan juga rawatan kimoterapi.

“Saya juga sedang bekerja di Kudat dan tidak dapat sentiasa melawat serta berada di sisi anak dan isteri yang kini berada di hospital di Kota Kinabalu,” katanya.

Sehubungan itu, Riksi berkata, untuk menampung kos perbelanjaan dan rawatan beliau memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi meringankan beban keluarganya itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sumbangan ikhlas ini adalah untuk membantu dalam kos perubatan anak saya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser ovari tahap tiga.

“Kami berharap sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung keluarga kecil saya,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaunnya di Bank Simpanan Nasional (BSN) 1200241000113103 atau boleh berhubung terus di talian 010-7644532 dan isterinya, Fallarystia di 010-2608905.

Semakin Ramai Kanak-Kanak Hidap Kanser

Setiap hari, kira-kira lima kanak-kanak di Malaysia didiagnos menghidap pelbagai penyakit barah. Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr M Murallitharan berkata, ia perkara yang membimbangkan kerana bilangan itu dijangka akan meningkat pada masa hadapan.

“Berdasarkan laporan Synopsis of Child Cancer Incidence in Malaysia pada 2007 hingga 2011 dalam sehari, purata kanak-kanak di Malaysia yang didiagnos menghidap barah ialah tiga orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Laporan ini sudah 10 tahun dan data terkini belum dikeluarkan. Namun, statistik (lima kanak-kanak) itu berdasarkan unjuran di peringkat global, seiring dengan pertambahan bilangan penduduk di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak yang menghidap barah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu berusia daripada sifar hingga 14 tahun dan 15 hingga 19 tahun.

Jenis Penyakit Kanser Kanak-Kanak

“Penyakit barah tertinggi dihidapi kanak berusia daripada sifar hingga 14 tahun ialah barah darah (leukemia) diikuti barah otak dan sistem saraf, limfoma, tulang, mata, tisu perantara dan tisu lembut, ovari, buah pinggang, testis serta hati.

“Manakala kategori kanak-kanak berusia 15 hingga 19 tahun pula, penyakit barah paling tinggi dihidapi mereka adalah barah darah (leukemia), diikuti limfoma, tulang, otak dan sistem saraf, ovari, nasofarinks, tiroid, tisu perantara dan tisu lembut, testis serta kulit,” katanya.

Dr Murallitharan berkata, peningkatan pesakit barah yang ketara adalah kumpulan berusia di antara 15 hingga 19 tahun.

Punca Kanser Kanak-Kanak

Katanya, ini kerana mereka sudah terdedah dengan faktor risiko pencetus barah bermula daripada awal usia iaitu sejak kecil.

“Satu daripadanya ialah masalah obesiti dan apabila menjangkau usia belasan tahun, mereka mula menunjukkan ciri-ciri menghidap penyakit barah.

“Faktor kedua ialah corak pemakanan tidak sihat yang lebih gemar mengambil makanan segera dan diproses. Seterusnya pendedahan kepada banyak unsur kimia sejak kecil terutama asap rokok daripada orang dewasa di sekeliling mereka.

“Apabila meningkat remaja, muka menampakkan ciri-ciri ketumbuhan tidak normal dan sebagainya,” katanya.

Sinar Harian, Harian Metro