Anak 7 tahun ini dipukul dalam bas sekolah kerana dia seorang Muslim

Tak pernah terbayangkan oleh Abdul Aziz, murid darjah 1, bahawa menjadi seorang Muslim akan membuatnya mengalami perkara menyakitkan seperti ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Selamat datang ke Amerika Syarikat milik Donal Trump. Memperkenalkan anak saya, Abdul Aziz. Dia duduk di bangku darjah 1, dibuli dan dipukul oleh rakan-rakan sekelasnya dalam bas sekolah kerana dia seorang muslim.”

Tulis seorang ayah bernama Zaeshan-ul-hassan Usmani dalam status Facebook-nya.

Menurut pengakuan Abdul Aziz, anaknya, peristiwa bullying atau ugutan tersebut bermula di kantin sekolah, ketika dia mencuba menjelaskan bahawa sebagai seorang Muslim, dia hanya makan makanan halal.

Sejak itu beliau diejek, hingga berlanjut pada serangan fizikal di bas sekolah. “Mereka memukul wajahku, dadaku. Mereka buang beg sekolahku,” kata Abdul Aziz dalam video yang dirilis AJ+.

Bahkan, beberapa anak memaksa Aziz memakan sesuatu. Kerana tidak mahu, Aziz lalu dipukul.

“Kepercayaan dirinya hancur, termasuk kepercayaannya terhadap banyak perkara; Kepercayaannya terhadap Amerika, bahkan kepercayaannya dalam kemanusiaan secara umum,” kata Zeeshan, ayah Aziz.

Pihak sekolah menerima laporan dan menginvestigasi kejadian pemukulan tersebut. Namun mengatakan bahawa mereka tidak mendapat bukti yang cukup.

Mendapatkan perlakuan pihak sekolah yang seperti itu, Zeeshan akhirnya memutuskan untuk membawa keluarganya meninggalkan Amerika. “Cukup. Kami selesai dengan Amerika.”

Mereka sekeluarga akhirnya pindah ke Pakistan. Meski begitu, sebagai ilmuwan komputer, Zeeshan tetap bekerja di Amerika.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Zeeshan, diskriminasi terhadap kaum Muslimin menguat sejak kempen-kempen Donald Trump yang menyebarkan kebencian terhadap Islam.

“Setiap kali beliau (Donald Trump) membuat ucapannya, kita akan takut untuk meninggalkan rumah. Ketika kami keluar ke jalanan, selalu ada orang yang berteriak kata-kata penghinaan kaum Muslim terhadap kami.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, dalam survey terbaru, sebanyak 55% anak sekolah di California, Amerika, dilaporkan mengalami ugutan di sekolah kerana agama mereka.

Semoga masalah seperti ini tidak terjadi di Malaysia ya. Kita harus selalu mengajari anak untuk menghormati agama dan kepercayaan orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Putri Fitria