Anak merupakan penyeri hidup bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Dari mereka ,kami belajar erti tanggungjawab ,pengorbanan ,kesabaran , kebahagian dan nilai keharmonian dalam rumah tangga. Pasangan juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk keluarga yang bahagia. Dikurniakan seorang suami yang rajin membantu dalam melakukan kerja-kerja harian dirumah adalah salah satu kebahagiaan bagi setiap pasangan. Emosi pasangan terjaga dan urusan rumah tangga berjalan dengan lebih lancar.
Sebagai ibu bapa yang bekerja ,kami haruslah pandai dalam membahagi masa antara kerjaya dan anak-anak.Kerja adalah untuk kelangsungan hidup manakala anak-anak adalah harta kami yang paling berharga.Pelbagai cabaran yang kami lalui sepanjang proses pembesaran dan tumbesaran mereka.Dari situ ,kami belajar sesuatu yang baru seiring usia mereka.
Bagi kami ,setiap tindakan yang diambil akan mempengaruhi tingkahlaku mereka.Jadi, kami mengambil pendekatan dengan berbincang dan merangka aktiviti untuk mereka supaya lebih teratur. Antara aktiviti kegemaran mereka adalah berkelah di tepi sungai , bermain pasir dipantai, menaiki bot sambil memberi makan kepada ikan dan kura-kura, bermain di taman permainan dan banyak lagi.Hari cuti kami banyak diluangkan dengan melakukan aktiviti kegemaran mereka.Kegembiraan mereka adalah keutamaan kami dalam membentuk emosi yang stabil.
Selain itu,dengan memberi perhatian apabila mereka bercakap tentang sesuatu perkara serta menjawab setiap pertanyaan mereka dengan logic akal dapat merungkaikan persoalan diminda mereka sekaligus turut memberi kesan yang positif kepada kehidupan harian mereka selain menjadikan hubungan ibubapa dan anak-anak lebih baik dan semakin akrab.
Kesimpulannya,bukan mudah untuk menjadi seorang ibu dan bapa.Ia memerlukan beberapa proses yang mencabar sebelum mendapatkan hasil yang baik.Banyak lagi yang perlu kami belajar . Sokongan dan bantuan daripada pasangan banyak mempengaruhi emosi dalam sesebuah rumahtangga.Teraplah nilai- nilai murni Dalam kehidupan harian. Akhirkata, "Sayangilah keluarga anda", beri perhatian yang cukup kepada mereka agar dapat membentuk keluarga yang harmoni dan bahagia. Seperti kata pepatah "Anak adalah cerminan ibubapa ". Mana yang baik jadikan teladan,semoga memperoleh manfaat .
Sekian,Terima kasih.