Tanpa Sedar, Ini 5 Perkara Yang Ibu Ayah Buat Jadi PUNCA Anak Belajar Dalam Terpaksa

Anak-anak belajar dalam keadaan terpaksa apabila ibu ayah terlalu menekan dan meletakkan expectation yang terlalu tinggi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah lihat situasi anak-anak belajar dalam keadaan terpaksa? Disuruh dan dijerit baru nak belajar. Mungkin ibu ayah secara tidak sedar pernah lakukan perkara-perkara ini.

Menurut Pengasas Uthman Academy MY, Mohd Fhais Salim, adalah bahaya jika paksa anak belajar kerana ia hanya akan menanam belief system buruk mengenai ‘belajar’.

Apa maklumat lanjut yang anda akan baca dalam artikel ini?

  • Anak-anak belajar perlu dalam keadaan gembira
  • Punca-punca anak tidak suka belajar sampai perlu dipaksa

Pastikan anak-anak belajar dalam keadaan gembira

Menurutnya, tiada salahnya jika anak berusia tujuh tahun tidak pandai membaca. Malah tidak gagal pun anak enam tahun tidak boleh tulis huruf cantik-cantik.

Katanya, membaca tidak membuatkan anak kita pandai, malah tulisan cantik pun belum tentu dia suka belajar.

Punca-punca anak tidak suka belajar sampai perlu dipaksa

Katanya, ada lima punca yang ibu ayah ada lakukan dan besar kemungkinan menjadi punca kenapa anak tidak suka belajar hingga perlu dipaska-paksa. Antaranya termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Terlalu menekan

Anak boleh jadi fobia jika kita sebagai ibu ayah ini terlalu obses mahu anak belajar. Jika anda sebut saja belajar, dia akan stres kerana ia ingat bagaimana tertekannya dia perlu dipaksa belajar semasa kecil.

#2. Letak expectation yang tidak realistik 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Expectation kena ada tapi bila tidak realistik, itu sudah melampau. Expectation mesti ikut kemampuan anak, bukan ikut kemampuan anak orang lain.

#3. Terlalu perfectionist

Tulisan buruk sikit tidak boleh. Buat salah sikit kena denda. Katanya, belajar tidak perlu sempurna malah sebab kita tidak sempurnalah kita perlu sentiasa belajar tanpa henti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Tidak enjoy belajar

Jika pada fikiran anda proses belajar itu perlu stres, perlu paksa dan ugut-ugut. Ia sangat pelik. 

#5. Belajar kena pandai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini antara fahaman yang buat segelintir anak benci belajar. Belajar kena diukur, yang pandai dijulang-julang, yang tidak pandai disisih. 

Justeru, katanya sudah sampai masanya kita didik anak kita belajar sungguh-sungguh, belajar dengan hati bukan otak semata-mata.
Mahu buat anak suka, minat dan cinta pada belajar itulah pada hati tempatnya kerana otak tiada perasaan.

Facebook Mohd Fhais Salim

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mahu Anak Belajar Bahasa Kedua? Ini Waktu Terbaik Untuk Anak Belajar!

Baca juga: Cara Anak Belajar Sebenarnya Berbeza-Beza, Bergantung Pada Karakter & Personaliti Mereka

Baca juga: 10 perkara anak-anak belajar daripada perkahwinan anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar