Princess Charlotte belajar bahasa ke-2 – Ibu ayah, anda patut ajar si kecil anda seperti ini juga!

Dengan menggalakkan anak belajar bahasa kedua, kita membantu merangsang kepintaran si kecil. Seperti Princess Charlotte yang bijak berbahasa Sepanyol!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahap kecomelan Princess Charlotte, cik puteri yang sangat comel dan pintar, kini telah berganda apabila dia mula mahir bercakap dwibahasa – Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol! Ibu ayah tahu tak kelebihan atau manfaat apabila anak belajar bahasa kedua?

Kalau anda nak tahu, ada kajian yang menerangkan bagaimana kanak-kanak yang menguasai 2 bahasa lebih pintar daripada kanak-kanak biasa.

Rasanya, kita boleh tiru langkah Prince William dan Kate Middleton dalam cara mengasuh anak ini.

Princess Charlotte belajar bahasa kedua semasa masih kecil lagi!

Kredit: Pinterest

Sebelum bermulanya sesi persekolahan Princess Charlotte pada Januari 2018, si kecil ini sudah pun mula belajar Bahasa Sepanyol dengan penjaga, atau nanny, Maria Turrion Borralo.

Menurut The Duchess of Cambridge, kedua-dua anaknya berminat untuk belajar dwibahasa. Princess Charlotte sudah mula pandai bercakap dalam Bahasa Sepanyol.

Malah, abangnya, Prince George, juga sudah pandai mengira dari 1 hingga 10 dalam bahasa tersebut sejak berusia 4 tahun lagi.

Manfaat anak belajar bahasa kedua – Mereka lebih pintar dan cerdas!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Instagram

Kadang-kadang, dalam hati memang terasa nak anak belajar bahasa kedua, tapi kita juga bimbang yang ini akan membebankan minda si kecil. Kan?

Tapi, tak perlu risau. Sebenarnya, otak manusia memang sudah direka untuk mampu menguasai banyak bahasa. Terutama sekali otak kanak-kanak yang boleh menyerap maklumat atau info baru umpama span!

Ada seorang neurosaintis dan profesor psikologi, Laura-Ann Pettito yang mengkaji tentang kesan dwibahasa pada minda anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut beliau, tisu dalam otak kanak-kanak memang sudah mampu untuk belajar bahasa baru.

Cara bagaimana anak belajar bahasa kedua boleh jadi lebih pintar

Kredit: Instagram

Ada beberapa penerangan tentang bagaimana anak belajar bahasa kedua boleh menjadi lebih bijak daripada kanak-kanak yang hanya menguasai satu bahasa.

  • Belajar bahasa kedua boleh memperbaiki fungsi otak anak anda. Ia melatihnya menukar pemikiran daripada satu tugasan ke tugasan lain. Ia juga melatih “multi-tasking‘.
  • Ada juga kajian yang menunjukkan kanak-kanak dwibahasa lebih lincah dan cepat berfikir. Mereka boleh memahami perkara yang kurang jelas dan pandai menyelesaikan masalah.
  • Untuk jangka masa panjang, ia mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s dan dementia.
  • Kanak-kanak dwibahasa juga cepat menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan. Dengan belajar banyak bahasa, kemahiran kognitif dan sensori mereka lebih baik. 
  • Mereka juga kuat daya ingatan dan lebih kreatif dalam pemikiran.
  • Belajar bahasa kedua membantu sebutan dan kemahiran bercakap anak-anak. 

Kisah inspirasi puteri cilik, Princess Charlotte, boleh kita jadikan sebagai penggalak untuk didik anak belajar bahasa kedua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia bukan sahaja membuatnya lebih pintar tapi lebih tinggi keyakinan diri apabila dapat berbicara dalam banyak bahasa. Jom daftarkan mereka masuk kelas bahasa dan pupuk minat untuk belajar ya!

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sumber: theAsianparent Singapore, Linguistic Society

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

11 Tanda Anak Anda Lebih Bijak Dari Kanak-Kanak Lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor