Anak Skip Merangkak & Terus Berjalan, Ibu Sila Ambil Tahu Tanda 'Midline Crossing' Ini

Anak berjalan tanpa merangkak terlebih dahulu boleh menjadi petanda kepada masalah 'Midline Crossing'. Ia boleh menganggu aktiviti si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu bapa beranggapan anak berjalan tanpa merangkak terlebih dahulu merupakan satu perkembangan yang normal, positif dan satu kelebihan. Benarkah tanggapan itu atau sebaliknya?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak berjalan dan tidak merangkak, adakah normal?
  • Selain tanda anak berjalan dahulu, terdapat juga tanda-tanda ‘Midline Crossing’ yang lain, antaranya :
  • Langkah-langkah untuk menangani ‘Midline Crossing’

Setiap ibu bapa harus sentiasa peka dan ambil tahu tentang tumbesaran dan perkembangan anak-anak sejak mereka dilahirkan lagi dan adakah dengan skip proses perkembangan yang sepatutnya bagi seorang bayi itu boleh dianggap satu perkara yang normal untuk mereka?

Anak berjalan dan tidak merangkak, adakah normal?

Perhatikan perkembangan anak sejak awal lagi, adakah mereka mengikuti proses perkembangan yang sepatutnya bagi seorang bayi merangkumi meniarap, menyulur, merangkak seterusnya berdiri dan berjalan atau berlaku hal sebaliknya?

Jika ibu mendapati si manja ada skip proses tertentu seperti  berjalan dahulu dan tidak merangkak, ia sebenarnya petanda si manja sedang menghadapi masalah ‘Midline Crossing’.

Midline Crossing boleh memberi kesan terhadap aktiviti si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

‘Midline Crossing’ atau juga dikenali sebagai ‘Crossing the Midline’ adalah kemampuan seseorang bergerak  secara spontan dan ketika melakukan sesuatu perkara yang memerlukannya merentasi bahagian tengah anggota badan.

Ia sangat penting untuk pengurusan diri dan juga pembelajaran si manja. Jika ibu ayah terlepas pandang atau tidak menitikberatkan masalah ini, ia boleh mempengaruhi kehidupan anak kelak dalam pelbagai aspek.

Misalnya kesukaran melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain bola, menggunting, mewarna, mengikat tali kasut dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain tanda anak berjalan dahulu, terdapat juga tanda-tanda ‘Midline Crossing’ yang lain, antaranya :

Terdapat beberapa lagi tanda yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa, iaitu :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sukar memegang sesuatu objek atau hanya khaskan kegunaan tangan kanan hanya untuk sisi di sebelah kanan sahaja, begitu juga sebaliknya.
  • Tidak memusingkan kepala dari arah kanan ke kiri atau sebaliknya apabila dipanggil. Hanya bergerak setakat di titik tengah badan sahaja.
  • Duduk dalam keadaan huruf (W), tidak menyilangkan kaki kanan dan kiri.
  • Pendek kata, apa sahaja aktiviti, berlaku kesukaran untuk mereka lakukannya.

Cara untuk menangani masalah ‘Midline Crossing’

Ibu bapa yang sedang menghadapi masalah ini tidak perlu risau kerana terdapat cara untuk menanganinya. Anda boleh lakukan beberapa aktiviti di bawah bagi merangsang otot badan si manja:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Menari ikut rentak muzik, latih anak anda menggunakan kaki dan tangan mereka.
  • Gunting dan menampal kertas.
  • Merangkak dengan meniru gaya dan bunyi haiwan.
  • Melontar bola dari kiri ke kanan dan sebaliknya untuk latih pergerakan kepala.
  • Melontar bola menggunakan kedua-dua tangan.
  • Menyusun pinggan atau objek lain secara zig zag.
  • Membuka penutup botol dan menutupnya semula.

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu ibu bapa supaya lebih peka dengan perkembangan anak-anak. Jika si manja sedang mengalami masalah ‘Midline Crossing’, segeralah berjumpa pakar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Terkilan Suami Berubah 100% Akibat Ketagihan Ketum, Jadi Panas Baran & Selalu Naik Tangan

Baca juga: Kes HFMD Makin Meningkat, Ibu Ayah Dinasihat Amalkan 8 Perkara Ini Untuk Elak Jangkitan!

Baca juga: Bayi Kuat Menangis Bukan Kerana Terlalu Manja, Ini Sebab Sebenarnya Ibu!

Penulis

Nur Syazwani