Bagi anda yang mempunyai anak berkeperluan khas, 10 barangan ini jika anda di rumah anda ia sangat membantu untuk mengendalikan anak istimewa anda.
Menurut pakar terapi cara kerja, Mahfuzah Zainol, barangan ini bukanlah wajib ada di rumah atau di pusat di kelas pendidikan khas, tetapi jika ada ia sebenarnya lebih baik.
10 barang ini sangat membantu anak berkeperluan khas
Kanak-kanak bekeperluan khas lazimnya perlu lebih perhatian berbanding kanak-kanak lain. Jadi antara perkara yang boleh digunakan untuk mengendalikan mereka adalah barangan teraputik yang amat membantu.
Mungkin selama ini anda tidak pernah terfikir pun akan kepentingan barangan ini, tetapi ia sebenarnya amat membantu kehidupan seharian anda dengan anak-anak istimewa ini.
Menurut Mahfuzah, ini adalah ebrdasarkan pendapat peribadinya sebagai seorang terapi scara kerja yang terlibat dengan murid pendidikan khas.
#1. Terapi ball/gymball
Selain boleh buat core strength training, gym ball boleh dijadikan alat untuk melempiaskan sensori proprioseptif dan vestibular. Boleh membuatkan murid yang hiperaktif kurang berjalan ke sana ke mari tanpa arah tuju. Ia sangat perlu ada.
#2. Tanah liat, plastisin, playdough
Untuk latihan finger strength. Bagi menguatkan jari-jemari khas untuk murid yang mempunyai masalah kemahiran motor halus yang lemah dan belum boleh memegang pensel dengan pegang tripod (contoh: fisted or palmar grasp)
Ia juga boleh menjadi fidget toys untuk memberi input menenangkan selain meningkatkan tumpuan murid sambil menguatkan jari-jemari.
#3. Gunting
Usah pandang aktiviti menggunting adalah berbahaya kerana ia boleh menjadi aktiviti untuk motor planning skills. Kemahiran menggunting ini sangat membantu untuk problem solving skills selain fine motor skills.
#4. Sensory box
Dalam sensory box boleh adakan bahan-bahan seperti (boleh ubah suai mengikut kesesuaian):
- pasir
- Beras berwarna
- Pasta kering
- Gel / slime
- Bottle filled with water and beads
- Relaxing aroma such as lavender etc
- Energising aroma such as peppermint, coffee, lemon
- Cermin
- Kertas pasir
- Fluffy cloth / kapas
Ibu boleh guna sensory box ini pada bila-bila masa. Boleh letak miniature buah-buah atau kenderaan atau apa-apa mengikut thematic learning.
Raba-raba dalam sensory box jumpa kereta. Buat bunyi kereta dan ajar warna kereta.
#5. Plastik pocket
Jika tiada mesin laminate, boleh guna plastik pocket untuk memasukkan printable sheet untuk diconteng.
#6. Printer berwarna
Sangat penting untuk print out bahan-bahan printable berwarna daripada internet. Warna sangat penting untuk mempengaruhi mood anak untuk turut sama dalam aktiviti bersama anda.
#7. Kon, gelung dan tunnel
Ini untuk sensory circuit. Sensory circuit meraikan deria sensori proprioseptif, tactile, vestibular dan visual. Sensory circuit boleh dijadikan sensory break untuk anak yang hiperaktif atau mempunyai sense of movement yang tinggi.
Mereka sangat suka ini!!
Selain itu, boleh juga boleh buat sensory circuit sendiri yang ada unsur lompat, merangkak, membaling, menyeimbang badan, berjalan, berlari dan memanjat. Boleh guna alam sekeliling sebagai bahan.
#8. Marker pen berwarna (whiteboard dan permanent)
Sangat bagus untuk dijadikan bahan penulisan atas plastik laminate. Boleh ajar genggaman pensel juga dengan menggunakan marker. Memegang pensel adalah salah satu aspek perkembangan kanak-kanak.
#9. Velcro
Velcro ni macam zap on yang biasa dilihat pada kasut sekolah. Ia tanpa menggunakan pensel dan kertas. Ibu hanya biarkan murid padan-padan dengan zap on sahaja. Tak perlu tulis. Tak perlu kata apa-apa kecuali memberikan arahan dan memberi respons .
#10. Bola tenis
Aktiviti menggunakan bola sangat berguna untuk latihan koordinasi mata dan tangan serta dexterity of the hands. Boleh main sambut-sambut. Bagi gerak sikit otot-otot sabagai body awakening activities.
Kenapa bola tenis? Sebab bola tenis sifatnya melantun-lantun dan ini amat baik untuk focus training dan eye tracking skills.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Boleh Tertekan Bila Dapat Tahu Anak Autisme, Minta Pertolongan & Carilah Allah Dahulu
Baca juga: Masih Belum Daftar Insurans Anak? Semak 5 Pelan Insurans Ini, Ada Juga Pelan Khas Buat Anak Istimewa