Walau Sesibuk Mana Pun, Ibu Ayah Perlu Luangkan Masa 15 Minit Sehari Dengan Anak!

Anak bermain 15 minit sehari dikatakan dapat memilih permainan yang disukai dan mereka menjadi lebih fokus. Ia juga bagus untuk merangsang perkembangan otak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi ibu ayah pada zaman moden ini diakui sememangnya agak mencabar terutamanya dalam aspek pengurusan masa. Mana tidaknya, waktu siang dikorbankan mencari rezeki buat keluarga sehingga kadang-kadang tidak sempat duduk bersama melayan anak bermain.

Walau bagaimanapun, jangan sesekali anda mengabaikan golden age atau masa emas anak-anak bermula 0 hingga 5 tahun ini kerana ia sangat penting bagi perkembangan diri mereka.

Luangkan masa bersama anak bermain 15 minit sehari

credit to owner

Menurut perkongsian seorang profesor dan ayah kepada dua orang anak, Dr. Noah Charney, dia mempunyai strategi tersendiri bagi menjadikan waktu bermain si manja lebih bermakna.

Ia adalah peraturan bermain hanya untuk 15 minit sahaja sehari. Dalam hal ini, ibu ayah perlu bijak meluangkan masa bermain dengan anak-anak kerana ia berkesan memberikan manfaat terhadap perkembangan mereka.

Antara hasilnya ialah anak dapat memilih apa sahaja yang ingin dimainkan sama ada permainan Lego, masak-masak atau sembunyi dan cari. Dalam tidak sedar, perkara inilah menjadikan mereka dapat terlibat 100 peratus tanpa sebarang gangguan.

Anda juga dinasihatkan untuk membiarkan anak memilih. Jangan lupa untuk menjauhkan telefon pintar sebentar ketika bersama si manja kerana 15 minit ini hendaklah dipastikan ia benar-benar waktu berkualiti!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan tugasan harian membuatkan anda cukup penat dan tertekan, tidak ada salahnya hilangkan perasaan ini dengan melihat gelagat anak yang sungguh mencuit hati. Sedikit sebanyak ia membantu membuatkan anda rasa lebih bersemangat bagi mengharungi hari-hari seterusnya.

Perlukah ibu ayah turut bermain bersama dengan anak?

Jawapannya adalah Ya. Otak anak kecil sebenarnya tidak memerlukan anda menentukan apa yang harus mereka bermain. Pakar menegaskan bahawa waktu bermain anak dan ibu ayah perlulah mempunyai nilai kebebasan dan TIDAK hanya berfokus elemen pendidikan.

Sekiranya sedang bermain, jangan terlalu kerap menanyakan anak “Ini nombor berapa” atau ”Apakah nama haiwan ini?” Anda sebenarnya telah memaksa otak si manja untuk bekerja lebih keras dan menganggu fokus mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: fine art america

Bukan itu sahaja, luangkan masa 15 minit dan anak-anak akan memilih bagaimana cara untuk digunakan sebaiknya bersama ibu ayah melalui:

  • Si manja yang memilih dan menetapkan perkara yang ingin dimainkan.
  • Ibu ayah benar-benar terlibat sama.
  • Jauhkan telefon dari tangan anda.
  • Elakkan bertanya soalan tentang pendidikan.

Sekiranya ia memakan masa lebih 15 minit, anda perlulah mencapai keseimbangan dalam melakukan satu aktiviti yang dipilih oleh anak-anak dan diselitkan bersama aktiviti orang dewasa.

  • Selepas 15 minit pertama, aktiviti yang dipilih oleh anda perlulah ke arah mendidik. Namun jangan terlalu tanya banyak soalan, ya!
  • Ikuti dengan memberikan ganjaran kepada anak kecil.

Sebab 15 minit berkesan untuk family bonding 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Lebih berkualiti

Tidak dinafikan, tempoh masa 15 minit ini sangat terbatas dan mudah untuk menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap sesuatu perkara.

Sesiapa sahaja akan mengakui bawa ia waktu terbaik untuk bersama dengan orang tersayang. Jangka masa lebih lama pula akan mendedahkan sesiapa sahaja dengan pelbagai gangguan serta komitmen.

#2. Meningkatkan tumpuan

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ahli sains saraf mengesyorkan 15 minit sebagai masa yang munasabah untuk si manja menumpukan pada sesuatu tugas atau mempelajari kemahiran baru.

15 minit adalah satu-satunya yang anda perlukan untuk membuat hujah yang menarik dan menyampaikan satu idea kuat.

”Sebagai seorang profesor yang biasa menyediakan kuliah selama 45 minit atau (slot melarang) 90 minit, saya tahu bahawa perbincangan panjang tidak semestinya membuatkan proses pembelajaran menjadi lebih baik. Justeru, saya akan mengisi waktu dengan selingan seperti perkongsian pengalaman, lawak jenaka atau teori.” ujar Dr. Noah.

#3. Menguatkan ingatan

Setiap manusia akan belajar dan mengingati apa yang diperolehi dalam jangka masa yang pendek. Pendekatan sebegini amat berkesan bagi memupuk sikap ingin tahu si manja. Memandangkan si manja anda masih kecil, daya pemikiran mereka tertumpu kepada banyak perkara yang hadir di sekelilingnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru, luangkanlah masa untuk 15 minit sehari duduk bersama anak-anak dan cipta pelbagai kenangan indah bersama sebagai ingatan apabila mereka dewasa kelak.

Sumber: Liesaboutparenting

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comminat-membaca