5 tanda anak anda mahu adik satu lagi, hmm... macam mana ayah ibu?

Jika anda mahu tahu anak bersedia mahukan adik dan mahu tahu apa persiapan yang perlu anda lakukan untuk mempunyai seorang lagi anak. Baca untuk ketahui.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda, sebelum anda dan pasangan tambah satu lagi anak, sebenarnya anak kita selalu menunjukkan tanda anak bersedia mahukan adik?

Jadi macam mana ibu bapa semua? Adakah anda merancang untuk mempunyai anak lagi? Jika ya, mari semak dulu apa tanda anak bersedia mahukan adik ini! ;)

5 tanda anak bersedia mahukan adik

1. Anak kerap menyentuh perut dan bertanya tentang adik

Jika anak anda tiba-tiba kerap menyentuh dan mengusap perut seperti ada bayi dalam perut anda, hmm... faham-fahamlah tu!

2. Anak anda mengeluh kerana tak ada kawan

Anak anda sering mengeluh kerana mereka tak ada kawan bermain? Sebenarnya, mereka rasa bosan dan kerap merasa "lonely".

Itulah tanda anak mahukan adik yang anda patut sudah boleh agak! 

3. Anak pandai berdikari

Antara tanda anak mahukan adik yang lain ialah anak anda boleh melakukan sesuatu perkara dengan sendiri sesuai dengan tahap pembesaran mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya seperti tahu menguruskan diri sendiri di dalam tandas walaupun belum sempurna, tahu mengemas mainan selepas bermain dan sudah tahu makan sendiri.

4. Anak boleh biasakan diri dengan perubahan

Mereka tidak akan menangis atau marah sekiranya anda sudah biasa menghantar mereka ke sekolah/tadika dan tiba-tiba orang lain perlu mengganti tugas anda kerana anda sibuk.

5. Anak anda boleh bermain sendiri

Mereka menunjukkan tanda-tanda tidak perlu sentiasa berkepit dengan ibu bapa dan boleh bermain sendiri tanpa perlu ditemani.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anak anda mempunyai tanda-tanda ini, mungkin mereka sudah bersedia untuk mendapat adik.

Tapi, walaupun mereka menunjukkan tanda-tanda yang mereka sudah bersedia, anda juga perlu melakukan beberapa perkara untuk menyiapkan mereka apabila ada adik nanti.

Anak bersedia mahukan adik: Persiapan anak sebelum dapat adik

1. Tahu menguruskan diri sendiri

Ajar anak anda untuk menguruskan diri sendiri seperti bersiap sendiri, makan sendiri dsb. Ini kerana, apabila anda mempunyai anak lagi seorang, anda perlu menumpukan perhatian yang lebih kepada bayi yang baru lahir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, jika anak anda pandai menguruskan diri sendiri, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan anda.

2. Banyak cerita perihal "adik"

Anda perlu selalu menceritakan tentang anak anda yang bakal lahir kepada anak kerana ini akan membiasakan diri mereka dan membuatkan dia tahu yang dia bakal mempunyai adik.

Anda juga boleh melibatkan anak anda seperti mengajak anak anda semasa pemeriksaan rutin atau biar mereka membantu anda memilih baju untuk adiknya dan menyiapkan barang-barang adik yang bakal lahir.

3. Beritahu tentang perubahan yang bakal berlaku

Biar anak tahu perubahan rutin yang akan berlaku apabila adiknya lahir. Seperti anda perlu menjaga adik dan dia perlu dihantar ke sekolah oleh orang lain.

Anda tidak boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kerana adiknya juga memerlukan perhatian. Jika anda terus melakukan perubahan tanpa persediaan, ini akan membuatkan anak anda rasa tersisih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Jelaskan pada anak anda yang adiknya masih lemah dan memerlukan bantuan

Beritahu anak yang adiknya masih lemah dan perlu bantuan sepert menyusu, mandi, tidur dan beritahu anak yang bantuannya juga diperlukan untuk menjaga adiknya.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Today's Parent

Baca juga:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penulis

Nadia Ghafar