"Mak, saya nak ini! Ayah, beli itu!" Adakah Anak Saya Bersikap Tamak?

Apabila anak kecil meminta sesuatu, adakah kita perlu memenuhi setiap permintaannya itu? Jom baca tip dalam artikel ini tentang cara kendali permintaan anak yang tidak henti-henti itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu bapa, hati kita tergerak oleh naluri untuk menyayangi, menjaga, dan menyediakan apa sahaja yang anak kita perlukan.

Pokoknya, kita ingin melihat senyuman manis pada wajah mereka dan sudah tentunya kita juga ingin disayangi oleh mereka.

Tetapi sejauh mana permintaan mereka patut dibalas? Patutkah kita layan apabila anak memaksa dan merengek meminta sesuatu?

Bagaimana pula apabila anak terus merengek dan mencari akal sehingga memalukan kita sebagai ibu bapa?

Sebenarnya, kita seringkali mendengar kanak-kanak kecil meminta ini itu dari ibu bapa mereka:

“Mak, saya nak yang ini!”

“Ayah, belikan yang itu!”

Semua pun mereka nak!

Tetapi jangan bimbang, tingkah laku “nak!” ni adalah perkara biasa untuk kanak-kanak berusia antara 3 -5 tahun dan ianya bukan kerana mereka bersikap tamak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak prasekolah cuma belum pandai lagi untuk mengawal keinginan mereka dan mahu segalanya serta merta. Sekali nampak, terus nak, terus minta ibu bapa belikan.

Jadi, bagaimanakah kita boleh mengendalikan sikap anak jika mereka selalu merengek meminta sesuatu? Berikut adalah petua disiplin yang mungkin boleh membantu:

1. Bertegas dan katakan “Tidak!”

Bersikap tegas tidak selalunya mudah –  terutama kalau anak pandai menarik hati ibu bapanya.

Lagipun, ia adalah lebih senang untuk mengalah dan mengikut kehendak anak, dari cabaran untuk mengawal anak yang sudah naik perangai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi jika ibu bapa selalu mengalah, ini boleh menyebabkan anak kita bersikap tamak dan tidak pandai menghargai semua barang-barang yang dia miliki. 

Sumber gambar: Pinterest

2. Bagi dia warning dulu

Jika anda tidak merancang untuk membelikan apa-apa untuk anak di kedai, baik beri warning dulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya, beritahu anak apabila masih di dalam kereta, “Hari ni kita pergi beli pakaian sahaja okay, bukan beli mainan” atau “Nanti cuma beli susu dan telur kat kedai runcit – tak beli yang lain”.

Kemudian, ingatkan mereka semula sebelum masuk kedai.

Ibu bapa perlu menetapkan had pada permintaan anak dan rajin mengikut had yang telah ditetapkan, untuk memupuk sikap berdisiplin pada usia ini.

Baca juga: 

5 Hadiah Yang Akan Membuat Anak Anda Lebih Bijak, Kaya Dan Sihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
3. Batalkan rancangan

Jika anak masih merengek dan sudah mula naik perangai, kuatkan hati untuk membatalkan rancangan dan balik ke rumah.

Saya tahu ianya tidak masuk akal untuk balik ke rumah dengan tangan kosong sekiranya anda belum selesai membeli barang keperluan.

“Kan mama dah bagi amaran tadi? Kamu masih tak ikut cakap mama, jadi kita akan balik sekarang.”

Pastikan anda ikut had dan amaran yang telah ditetapkan.

Tunjukkan anak bahawa anda orang yang berprinsip dan berpegang pada janji, walaupun terpaksa keluar semula kemudian untuk membeli barang yang tidak sempat dibeli tadi.

4. Catatkan permintaan anak

Jangan lupa, kanak-kanak memang hanya pandai mementingkan diri sendiri pada usia ini dan belum tahu lagi beza antara murah dan mahal – ia bukan bermaksud yang mereka itu bersikap tamak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain daripada mengatakan “tidak” apabila anak ingin membeli mainan yang sangat mahal, cuba cara ini pula.

Catatkan permintaan anak anda itu atas kertas dan beritahu anak yang anda telah masukkan mainan itu ke dalam wish list untuk hadiah-hadiah yang akan datang.

Atau beritahu yang anda akan mempertimbangkan permintaannya jika dia masih mahu mainan itu selepas seminggu.

Ada kemungkinan besar dia sudah lupa tentang mainan itu atau sudah beralih minat ke permainan yang lain.

Dengan cara ini, anak sekurang-kurangnya boleh merasakan bahawa anda, sebagai ibu atau bapa, telah menerima permintaannya tanpa mengalah dan mengikut kehendak anak dengan serta merta.

Sumber gambar: Pinterest

5. Shopping sorang-sorang

Kalau anak naik perangai tahap kronik, mungkin anda boleh elak dari membawa mereka keluar bersama-sama apabila membeli hadiah.

Tetapi pengelakkan bukan cara yang baik, dan ibu bapa tidak seharusnya sentiasa menghindari masalah ini.

Anak perlu sedar bahawa kita tidak akan mengikut kehendak mereka setiap masa.

Lagipun, kadang-kadang kita membeli hadiah untuk orang lain dan bukan untuk diri kita sendiri.

Ini akan mengajar anak sikap bertimbang rasa, supaya mereka tidak tamak dan tidak hanya mementingkan diri.

Baca juga: 

8 Hadiah Untuk Bayi Yang Baru Lahir

6. Berikan ganjaran berbentuk aktiviti

Ganjaran boleh datang dalam apa jua bentuk dan bukan sahaja dalam bentuk hadiah.

Cuba berikan ganjaran berbentuk aktiviti – seperti membaca buku cerita tambahan sebelum waktu tidur, atau ganjaran pergi melawat ke tempat-tempat yang menarik.

Bahkan, meluangkan lebih banyak masa untuk bermain bersama-sama adalah contoh yang baik.

Dengan mengamalkan ini, hubungan antara ibu bapa dan anak lebih akrab dan anak tidak akan selalu menyamakan ganjaran dengan alasan untuk meminta hadiah baru.

Sumber gambar: Gen X FInance

Sumber: What to Expect

Penulis

Rosanna Chio