Anak Bongsu Presiden Obama Seorang Pelayan

Keluarga tersayang Amerika Syarikat haruslah dicontohi kerana membesarkan anak mereka seperti remaja biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun beliau dikenali sebagai anak bongsu Presiden Amerika Syarikat, Natasha Obama atau lebih dikenali sebagai Sasha, baru 15 tahun telah menarik perhatian seluruh dunia apabila beliau bekerja sambilan di Martha’s Vineyard sebagai seorang pelayan restoran.

Walaupun beliau bekerja sambilan, beliau akan diiringi oleh 6 ejen khas yang ditempatkan berdekatan restoran tersebut. Walaupun beliau adalah anak bongsu kepada Presiden Amerika Syarikat, keluarga pertama ini memang telah menjadi contoh kepada keluarga yang lain. Suami-Isteri penyayang, anak sulung di Universiti dan anak bongsu bekerja mendapat pengalaman semasa musim cuti sekolah yang panjang.

Gambar dari: US Mag

Isteri kepada Presiden; Michelle Obama pernah berkata bahawa kedua anak perempuannya akan dibesarkan seperti remaja biasa. Kita haruslah mencontohi keluarga tercontoh ini dan mengambil contoh dalam membesarkan anak mereka.

Gambar dari: Today

Ajarlah anak anda untuk menabung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bak kata pepatah “sikit sikit, lama- lama, jadi bukit” Ajarlah anak untuk menabung dari kecil lagi. Duit raya, elaun atau duit harijadi haruslah disimpan dalam bank atau tabung.

Menabung adalah sifat yang baik dan haruslah digalakkan. Bukalah akaun simpanan untuk mereka dan ibu bapa juga haruslah menunjukan sifat menabung supaya anak senang belajar sifat menabung ini.

Ajarlah anak anak bahawa mereka harus bekerja untuk duit mereka sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarlah anak menolong membersihkan rumah dan “bekerja” untuk duit poket mereka. Anak akan lebih menghargai duit yang mereka telah bekerja untuk dapat.

Mereka juga boleh menolong anda mengemaskan rumah, membersihkan bilik mereka, menyapu, mencuci pinggan dan lain lain. Ia akan memupuk tabiat yang baik dan juga bermanfaat kepada ibu dan bapa.

Ajarlah anak untuk menguruskan wang mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagilah anak anda elaun dan ajarlah mereka untuk menguruskan wang mereka. Anda boleh bagi mereka RM8 sehari dan ajar mereka untuk membayar makanan mereka, menabung dan juga memberi sedekah.

Jadi RM8 – RM 4 (Untuk makanan) – RM3 (menabung) dan RM1 (memberi sedekah) Jika mereka mahu permainan atau memerlukan lebih duit, bolehlah mengambil dari tabung mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh