Kes jenayah melibatkan anak bunuh ibu atau sesama ahli keluarga kandung bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi dalam kalangan masyarakat hari ini. Mana tidaknya, tekanan hidup seharian mendorong manusia untuk bertindak di luar kawalan sehingga melakukan pembunuhan.
Rata-ratanya sanggup melakukan perbuatan ini hanya kerana keinginan sesuatu tidak dipenuhi. Seorang ibu sanggup membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang, tapi apabila sudah dewasa hal yang lain pula berlaku!
Anak bunuh ibu kerana terlalu lapar
Seorang anak telah didakwa atas kesalahan membunuh ibu kandungnya sendiri yang sudah lanjut usia kerana dia lambat menyediakan hidangan makanan.
Menurut laporan oleh media tempatan, Gulf News, kejadian ini telah mengejutkan seluruh penduduk kampung tersebut berlaku pada hari Sabtu yang lalu di sebuah daerah Samastipur berdekatan timur Patna.
Dalam kenyataan Polis Daerah Samastipur, suspek berkenaan adalah seorang lelaki telah meminta ibunya yang sudah tua menyediakan makanan dengan kadar segera memandangkan dirinya sangat lapar.
Namun disebabkan oleh ketidakupayaan warga emas terbabit, mangsa memerlukan lebih masa untuk menyediakan hidangan kepada anak lelakinya. Secara tiba-tiba, suspek telah naik angin dan bersikap tidak waras sehinggakan berlaku perbalahan antara anak dan wanita berusia 75 tahun berkenaan.
Lalu pemuda berkenaan bertindak mengambil penggiling dan terus memukul kepala ibunya, kata pegawai polis tersebut. Setelah disedari oleh jiran tetangga, mangsa segera dibawa ke hospital yang berdekatan sebelum dia telah disahkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan teruk.
Cara melatih anak dengan sikap sabar
Anak-anak perlu diajar dengan nilai murni sejak mereka kecil agar menjadi seorang yang penyabar dan boleh bertolak ansur dengan sesiapa sahaja. Cara untuk melatih mereka dengan sikap sabar ialah:
#1. Sengaja meminta anak-anak bersabar
Kesabaran perlu dipraktikkan, ia tidak datang secara tiba-tiba. Justeru, jika anda berdepan dengan anak meminta untuk membelikan sesuatu barangan walaupun tidak mendesak, ibu ayah perlu mengajar mereka menunggu. Anda boleh membelinya pada hari-hari istimewa seperti ulang tahun atau lulus ujian.
Dengan ini, si manja akan belajar bahawa tidak mengapa perlu menunggu dan bersabar waktu tertentu bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan.
#2. Main permainan dan lakukan aktiviti
Pelbagai jenis permainan dan aktiviti boleh dirancang untuk melatih kesabaran anak-anak. Oleh itu, kenalkan mereka dengan teka-teki, lego atau catur. Mainan ini dapat menjadikan si manja lebih tenang, berhati-hati dan sabar.
Ibu juga boleh mengajak mereka bercucuk tanam. Menjaga tumbuh-tumbuhan supaya hidup subur adalah kaedah berkesan untuk mengajar anak-anak pentingnya bersabar.
#3. Didik anak mengawal diri
Anak kecil yang hilang sabar sering marah-marah, menangis atau merajuk. Namun, jangan segera mengalah dan mengabulkan permintaan mereka dengan mudah. Sebaliknya, ibu ayah perlu mendidik si manja anda dengan kemampuan untuk mengawal diri sendiri.
Ingatkan dia bahawa anda tahu dia bosan dan tidak sabar, tetapi ada cara lain untuk melepaskan emosinya. Tegaskan juga bahawa rengekan atau amarahnya tidak mungkin mengubah keadaan.
#4. Dengarkan keluhan anak
Si manja anda mungkin tidak sabar kerana merasakan bahawa mereka diabaikan atau ditinggalkan. Jadi, selalu tanyakan perasaan mereka dan luangkan sedikit masa untuk mendengar setiap keluhannya.
Misalnya ketika perlu menemani anda untuk beratur di bank. Si manja mungkin tidak sabar kerana takut kehilangan episod rancangan televisyen kegemarannya. Dia juga berpendapat bahawa anda lebih mementingkan masalah sendiri berbanding dirinya.
Jelaskan bahawa anggapan ini tidak benar. Kemudian, terangkan mengapa perlu beratur dan menunggu mengikut nombor giliran ketika ingin mendapatkan sesuatu perkara.
#5. Cadangkan aktiviti lain semasa anda menunggu
Kebosanan adalah musuh kesabaran. Oleh itu, jika anak menjadi stres ketika kenderaan tersekat dalam kesesakan lalu lintas, cadangkan aktiviti lain yang boleh mengalihkan fikirannya. Ajak anak-anak bermain ABC atau kongsi cerita yang menarik dan terjadi ketika anda masih kecil dahulu.
Sumber: Harian Metro, Parenting Orami
Kredit foto: Google. Gambar sekadar hiasan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comibu-jahat