Budak MAUT Selepas Makan Ubat Cirit Dari Farmasi, Rupanya Tak Sesuai Untuk Kanak-Kanak!

Hati-hati ibu ayah kalau nak membeli ubat kepada anak terutama jika anda membelinya dari farmasi. Sila beritahu maklumat tentang anak seperti umur, berat badan dan simptom yang dialami supaya memudahkan pihak farmasi memberi ubat yang sepatutnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dan ayah mana yang tidak risau bila melihat anak cirit birit dan sakit perut yang teruk hingga berulang alik membuang air besar.

Soalnya bukan disebabkan tersalah makan apa-apa tapi ibu ini mengaku tersalah membeli ubat cirit orang dewasa tapi diberikan kepada anaknya.

Kemungkinan ibu berkenaan tidak menerangkan ubat tersebut yang ingin dibeli adalah untuk anaknya di rumah dan bukan untuk dirinya.

Sekiranya ibu memberitahu lebih awal kepada pihak farmasi mungkin perkara buruk sedemikian tidak akan berlaku.

Ini kerana, setiap ahli farmasi tentunya mempunyai kelayakan untuk menerangkan butiran ubat kepada pesakit. Jika mereka tahu ubat itu untuk siapa tentu ibu tersebut akan diterangkan bahaya ubat lomotil kepada kanak-kanak.

Anak cirit birit disebabkan tersalah makan ubat orang dewasa

Kemungkinan semasa diberikan kepada anaknya, ubat itu dilarutkan dalam air lalu anak tersebut menelan ubat itu yang disangkakan penawar akhirnya membawa maut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhirnya, kanak-kanak dua tahun tadi meninggal dunia disebabkan Hypoxia atau Respiratory Distress di mana berlakunya kesesakan nafas yang menyebabkan kecederaan kepada sel otak. Ia berlaku angkara keracunan Lomotil.

Apa itu ubat lomotil?

Lomotil ini adalah sejenis ubat cirit birit yang biasanya digunakan untuk orang dewasa dan bukannya kanak-kanak.

Ubat lomotil ini mengandungi diphenoxylate hydrochloride 2.5 mg dan atropine sulfate 0.025 mg

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlu diingatkan, ubat ini TIDAK SESUAI untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Sebab itu, ibu bapa disarankan untuk tidak sesuka hati membeli sebarang jenis ubat di farmasi untuk merawat penyakit anak.

Lebih mengejutkan, ramai ibu bapa pada hari ini lebih suka “Google” ubat untuk anak dan merawat sendiri di rumah tanpa terus berjumpa doktor.

Menurut Dr Yazeed Hair Johari, jika merasakan ibu bapa kesempitan wang untuk membawa anak ke klinik swasta, anda boleh memilih untuk ke klinik kerajaan kerana bayarannya lebih murah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, anak berumur dua tahun tidak boleh diberikan AntiDiarrhoel ini dan tidak dibenarkan sama sekali untuk ambil ubat cirit birit semasa berumur bawah 12 tahun.

Beliau menambah, sekiranya anak cirit birit yang teruk, tidak mahu minum air, muntah, badan lemah dan tidak aktif seperti selalu. Ibu bapa disarankan untuk terus membawa mereka ke hospital kerana ada cara lain yang boleh dilakukan oleh pihak doktor.

“Jika anak cirit birit sedikit, masih aktif, masih boleh minum air dengan banyak dan tidak demam. Ibu bapa boleh monitor dahulu di rumah dan pastikan kerap memberi air. Tapi sebaik-baiknya dapatkan pemeriksaan awal di hospital,” katanya mengulas panjang lebar di laman Facebook miliknya.

Apatah lagi, anak tersebut boleh terkena keracunan makanan, jangkitan usus, rotavirus, dysentry dan macam-macam lagi yang berkemungkinan boleh membawa maut tanpa disangka.

Jika mahu probiotik, ibu bapa boleh juga beri kepada anak seperti ORS yang berfungsi untuk penyerapan semula dan rehidrasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain, Smecta yang ditambah dengan ORS.

Ini kerana, badan kita memerlukan masa untuk menghakis segala kotoran, jangkitan dan sebagainya. Sebab itu, yang paling penting adalah hidrasi.

Cara doktor merawat di hospital

– Doktor akan memastikan tahap hidrasi anak sebelum memasukkan air melalui drip. Sekiranya anak didapati demam, ujian darah dan sampel najis akan dilakukan serta merta.

Sekiranya pergi farmasi, mereka memang akan menjual ubat kerana ada sesetengah ubat yang dijual tanpa preskripsi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti ubat lomotil ini diklasifikasikan sebagai kelas C dan ia boleh dibeli tanpa preskripsi. Ia selamat untuk orang dewasa melainkan alahan atau alergi pada ubat tersebut.

Tapi sekiranya berlaku sebarang kemungkinan pembeli kena menangung sendiri jika muncul simptom seperti sakit perut, pedih ulu hati dan lain-lain.

Kesimpulannya, tidak kira simptom apa sekalipun, kalau boleh pergi cek dengan doktor terlebih dahulu terutama jika ia membabitkan anak-anak.

Pesanan daripada doktor ini adalah ibu bapa kena berkorban sedikit untuk kesihatan anak-anak dan jangan sambil lewa sahaja kerana kelak menyesal tidak lagi berguna.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Yazeed Hair Johari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comanak-alergi-ubat