Apabila anak “menghias” atau menconteng kereta bapa
Lelaki dan kereta memang sinonim. Malah ada yang menyamakan kereta kesayangan mereka sebagai ‘isteri‘ atau ‘teman wanita’ hingga memberi nama timangan.
Tentang perbelanjaan, jangan cakaplah, beribu-ribu pun sanggup dihabiskan! Apa sahaja demi kereta kesayangan.
Biar poket kosong, asal kereta tampak cantik bergaya. Sedikit calar atau kotor, pasti runsing.
Tetapi…tidak bapa ini. Beliau telah menjadikan kereta kesayangannya sebagai tempat anaknya menunjukkan kreativiti.
Kereta beliau dijadikan tempat untuk anak perempuannya melukis, ya, melukis!
Melalui facebooknya, Encik Yang telah memuat naik siri gambar kereta kesayangannya.
Penuh dengan hasil lukisan anaknya, pelbagai warna! Semasa beliau memuat naik gambar tersebut, statusnya berbunyi
‘Saya melihatnya melukis, saya memintanya berlatih melukis lagi!”
Jika ibu bapa lain, mungkin ini akan jadi isu yang besar apabila kereta kesayangan diconteng anak.
Namun, bagi Encik Yang, ini bukanlah isu yang besar. Malah, inilah kenangan manis dari anaknya.
Kesan contengan anak di kereta adalah satu kenangan manis
Encik Yang menyatakan yang dia tidak akan memadam lukisan-lukisan tersebut kerana mahu ia kekal sebagai kenangan manis apabila anaknya besar nanti. Anaknya telah melukis gambar mereka sekeluarga. Malah gambar atuknya yang telah meninggal dunia juga ada!
Anaknya mula melukis setelah berjaya dengan lukisan sebelumnya. Kemudian anaknya telah melukis watak-watak dari sini animasi Dragonball. Teknik lukisannya semakin maju membuatkan Encik Yang semakin gembira.
Encik Yang juga telah bertekad untuk menjaga hasil kreativiti anaknya itu. Beliau tidak mahu memadam lukisan-lukisan anak itu langsung!
Perbuatan ini bijak dan boleh meningkatkan keyakinan anak
Dari sudut psikologi, apa yang dilakukan oleh Encik Yang ini meningkatkan keyakinan anaknya untuk terus mengasah bakat melukisnya.
Dengan tidak memarahi anaknya, kanak-kanak terbabit tidak akan terus putus asa dan terus berusaha melukis dengan lebih baik. Ini kerana, mereka rasa usaha mereka dihargai dan ingin memberikan yang lebih baik.
Sedikit tips bagaimana hendak menghilangkan kesan contengan pada kereta tanpa merosakkan cat:
- Menggunakan pemadam pengilat kuku. Ada yang mengatakan pemadam pengilat kuku sangat berkesan untuk menghilangkan kesan contengan pada kereta.
- Menggunakan alkohol (rubbing alcohol).
- Gunakan susu dan tuala kapas. Rendamkan tuala kapas dengan susu sehingga lencun. Biarkan tuala kapas yang basah itu di atas lukisan tersebut selama sekurang-kurangnya empat jam, kemudian basuh kawasan contengan dengan air suam dicampur sedikit sabun basuh pinggan. Bilas dan lap menggunakan air sejuk. Cara ini akan mengurangkan risiko cat kereta rosak.
- Ada juga yang mencadangkan penyembur rambut tetapi hati-hati ada penyembur rambut meninggalkan kesan lain.
Selain itu, tip untuk mengelakkan kereta anda diconteng ialah:
- Tidak meletakan pen marker di tempat anak anda boleh capai.
- Gunakan pen yang dakwatnya boleh dibasuh dengan air.
- Galakkan anak anda melukis di atas kertas dan bukan kereta
- Sediakan ruangkan melukis untuk anak anda supaya mereka tidak melukis pada kereta.
Tapi, sekali-sekala kalau anak anda nak menconteng atau “menghias” kereta, apa salahnya kan? Kalau ia terbukti bagus untuk psikologi dan tumbesaran anak-anak!
Sumber: Erabaru, itstillruns
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Anda juga mungkin berminat dengan Anak Lebih Pandai Berbahasa Jika Bapa Yang Membacakan Buku Cerita Sebelum Tidur
Baca juga:
https://my.theasianparent.combapa-lebih-rapat-dengan-anak-perempuan/