Anak demam? Mitos dan fakta anda harus tahu

Ketika demam, suhu yang diukur pada bahagian mulut akan menunjukkan bacaan melebihi 37.8ºC (100ºF) dan suhu dubur pula melebihi 38.3ºC (101ºF) atau 37ºC (98.6ºF) apabila disukat di celah ketiak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) , demam terjadi kerana kenaikan takat suhu tetap di dalam badan yang ditunjukkan dengan kenaikan suhu badan melebihi daripada suhu biasa badan. Ianya ditentukan melalui pengukuran suhu badan pada tapak ukuran yang disyorkan.

Pengesahan kenaikan suhu badan ini boleh ditentukan dengan mengunakan jangkasuhu. Ketika demam, suhu yang diukur pada bahagian mulut akan menunjukkan bacaan melebihi 37.8ºC (100ºF) dan suhu dubur pula melebihi 38.3ºC (101ºF) atau 37ºC (98.6ºF) apabila disukat di celah ketiak.

Dari laman sosial peribadi milik DrRich DrRahim, beliau telah berkongsi tentang kesalahan ibu bapa menangani suhu badan anak yang tinggi dengan memandikan mereka dengan air sejuk. Ini kerana air sejuk akan menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut hingga menyebabkan panas yang dibawa darah ke kulit terhalang, lalu menyebabkan suhu badan semakin meningkat.

Imej sihatselalu

Apakah lagi mitos dan fakta mengenai demam anak? Ikuti perkongsian daripada Barton D. Schmitt, M.D., FAAP, Seattle Children (Hak cipta 1994-2015 Barton D. Schmitt, M.D. Hak cipta terpelihara) mitos dan fakta demam anak:

Mitos: Badan anak saya panas, dia demam.

Fakta: Terdapat banyak sebab mengapa badan kanak-kanak boleh menjadi panas. Contohnya, bermain terlalu aktif, menangis, baru bangun dari katil yang panas atau cuaca panas. Mereka sedang mengeluarkan haba dari badan mereka. Suhu kulit akan kembali normal selepas 10 hingga 20 minit.

Lebih kurang 80% kanak-kanak yang kelihatan sakit dan suhu badan yang panas, betul-betul mempunyai demam. Jadi, untuk kepastian, ambil suhu anak anda. Berikut ada tahap suhu badan untuk demam menggunakan termometer yang berlainan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Suhu punggung, telinga atau dahi : 38.3 darjah celsius atau lebih
  • Suhu mulut : 37.8 darjah celsius atau lebih
  • Suhu ketiak : 37.2 darjah celsius atau lebih.

Imej ibu dan balita

Mitos: Semua demam adalah buruk untuk kanak-kanak

Fakta: Demam akan mengaktifkan sistem imunisasi. Ia membantu badan melawan infeksi. Demam biasa adalah di antara 37.8 hingga 40 darjah celsius adalah bagus untuk kanak-kanak yang tidak sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mitos: Demam melebihi 40 darjah celsius adalah bahaya. Ia boleh menyebabkan kerosakkan otak.

Fakta: Demam akibat infeksi tidak menyebabkan kerosakkan otak. Hanya suhu melebihi 42 darjah celsius mampu menyebabkan kerosakkan otak. Ianya jarang untuk badan mencapai suhu ini namun tidak mustahil. Ia boleh terjadi jika suhu udara terlampau panas. Contohnya, anak di biarkan didalam kereta tertutup ketika cuaca panas.

Mitos: Sesiapa boleh mendapat sawan ketika demam

Fakta: Hanya 4% kanak-kanak mendapat sawan akibat demam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mitos: Sawan beserta demam adalah merbahaya

Fakta: Sawan sememangnya menakutkan jika dilihat, namun akan terhenti dalam masa 5 minit. Selalunya, ia tidak menyebabkan risiko yang berkekalan. Ia juga tidak meningkatkan risiko lewat bertutur, masalah belajar atau sawan ketika tidak demam.

Mitos: Semua demam mesti dirawat dengan ubat demam

Fakta: Demam hanya perlu dirawat jika ia menyebabkan ketidakselesaan. Kebanyakkan demam tidak menyebabkan ketidakselesaan kecuali suhu mencecah lebih 39 atau 39.5.

Mitos: Tanpa rawatan, demam akan menjadi lebih teruk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fakta: Tidak sama sekali, kerana otak mempunyai termostat. Kebanyakan demam berpunca dari infekti tidak akan melebihi suhu 39.5 hingga 40 darjah celsius jarang sekali melebihi ini.

Mitos: Dengan rawatan, demam sepatunya sudah turun dan sihat seperti biasa.

Fakta: Dengan rawatan, kebanyakkan demam akan turun unrtuk 1 atau 1.5 darjah celsius.

Mitos: Jika demam tidak kebah, puncanya adalah sesuatu yang serius

Fakta: Demam yang tidak kebah mungkin boleh jadi disebabkan virus atau bakteria.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mitos: Jika demam sudah kebah, ia akan terus kebah

Fakta: Adalah normal untuk demam terutamanya demam jangkitan virus untuk bertahan selama 2 atau 3 hari. Apabila kesan ubat hilang, demam datang lagi.

Mitos: Jika demam terlampau tinggi, puncanya sesuatu yang serius.

Fakta: Demam terlampau tinggi mungkin berpunca dari sesuatu yang serius atau tidak. Tetapi jika anak anda kelihatan sangat sakit dan lemah, ia mungkin sesuatu yang serius. Dapatkan nasihat doktor.

Mitos: Angka pada suhu demam sangat penting

Fakta: Bagaimana anak anda kelihatan adalah sangat penting. Bukan angka.

Mitos: Jika demam tidak kebah, puncanya adalah sesuatu yang serius

Kesimpulannya : Sentiasa beringat yang demam adalah reaksi badan anak anda sedang berlawan dengan infeksi. Demam ialah tanda yang baik.

 

Penulis

Aqma