Musim Anak Tak Sihat Dah Datang, Cuba 5 Petua Popular Mandian Untuk Anak Demam, Selsema!

Musim panas hujan memang mudah buat anak demam dan selesema. Kali ini kami kongsikan petua mandian untuk kurangkan demam anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Musim sekejap panas, sekejap hujan ini buat kanak-kanak mudah jatuh sakit. Bila anak demam disertai selsema dan batuk pula ibu ayah mulalah tak keruan lebih-lebih lagi dalam musim pandemik ini.

Kali ini kami kongsikan petua mandian popular yang dikatakan boleh bantu kurangkan anak demam, selsema dan batuk. Paling best ia menggunakan bahan semulajadi yang mungkin ada saja di dapur atau dalam peti ais rumah anda!

Tidak salah pun kalau kita cuba buat remedi menggunakan bahan semulajadi seperti buah-buahan atau daun-daun yang sudah pasti segar dan tiada sebarang bahan membahayakan.

5 petua mandian popular untuk anak demam, selsema!

Namun, elok juga anda cuba sedikit demi sedikit jika bayi masih kecil atau anak masih kecil kerana ia dikhuatiri menyebabkan iritasi pada kulit mereka yang pertama kali mencuba. 

Petua ini sebenarnya bukan baru, ia sudah dipraktikkan oleh orang zaman dahulu lagi kerana mereka tidak mempunyai perubatan moden seperti kita sekarang ini. Jadi mereka perlu gunakan sepenuhnya barangan semulajadi yang ada. 

#1. Jerlum anak dengan air asam jawa

Tidak diketahui sejauh mana keberkesanan petua ini, tapi inilah yang selalu dibuat oleh ibu-ibu terutama yang sudah berusia seperti ibu bapa kita. Dengar saja demam, mereka akan ambil asam jawa, diramas dalam air dan disapu pada tubuh badan yang demam. 

Caranya:

Asam jawa akan diramas dalam air dan disapu ke tubuh badan.

#2. Daun pokok bunga raya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daun pokok bunga raya dikatakan boleh menyejukkan badan yang panas kerana daun itu akan berlendir apabila diramas dengan air. Biasanya orang di kampung-kampung biasa menggunakan petua ini untuk buat demam anak kebah.

Caranya :

Daunnya diramas sehingga keluar lendir dalam air sejuk.
Kemudian guna air lendir tersebut untuk dilap pada badan anak, celah ketiak dan celah peha untuk turunkan suhu badan anak.

#3. Lemon

Ini petua paling popular dari dulu sampai sekarang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Caranya:

L emon dihiris nipis- nipis dan diperah ke dalam air suam. Rendamkan anak dalam air suam tersebut. Vitamin C daripada buah lemon dipercayai dapat menurunkan suhu badan anak. Disamping itu apabila anak tersumbat hidung, lemon juga mampu mencairkan kahak dan melegakan hidung tersumbat.

#4. Air daun inai

Petua ini amat popular di negeri utara tanah air.

Caranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daun inai diambil sekali batangnya. Kemudian dibersihkan daripada semut atau kotoran. Rebus dalam periuk besar sampai air berubah menjadi perang pekat.

Biarkan air sehingga suam kemudian mandikan anak tanpa bilas dengan air lain.

#5. Epsom salt

Petua ini biasa dikongsi daripada emak era moden ini. Rendamkan anak dengan air garam atau magnesium sulphate. Jenama yang biasa guna ialah Epsom salt.

Caranya :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ambil 3 sudu epsom salt dan larutkan bersama air suam.
  • Rendam anak di dalam air tersebut selama 10 hingga 15 minit.
  • Keluarkan anak dari tempat mandi tanpa bilas
  • Selain dari berfungsi untuk menurunkan suhu anak, air garam ini dipercayai juga dapat merehatkan saraf anak yang menegang sebab kurang sihat tadi.

Bagaimana nak ambil suhu badan baby demam?

Anda boleh mengambil suhu badan pada bayi yang demam dengan beberapa cara seperti melalui rektum, mulut, ketiak dan dahi. Guna termometer digital berbanding termometer merkuri untuk memudahkan kerja.

Pertama sekali, pastikan termometer itu bersih dan telah dicuci dengan sabun dan air. Kemudian, letakkan jeli petroleum sekitar bulb termometer sebelum masukkan ia perlahan-lahan dalam mulut anak.

Ini antara bacaan suhu badan yang menandakan anak anda telah demam:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 38 °C pada rektum
  • 37.5 °C jika diukur melalui mulut
  • 37 °C jika diukur melalui ketiak

7 benda jangan buat bila anak demam

Jika tadi adalah benda yang ibu bapa patut buat, ini pula 7 benda yang kalian tidak patut buat jika bayi demam:

  • Jangan beri ubat demam pada bayi yang berusia bawah 2 bulan, melainkan dengan kebenaran doktor
  • Jangan rendam bayi yang demam dalam air sejuk. Cukuplah sekadar mengelap badan mereka.
  • Jangan terlebih beri mereka makan ubat demam
  • Jangan biar anak yang demam kelaparan. Mereka perlu tenaga untuk melawan jangkitan!
  • Jangan hantar anak ke sekolah atau daycare jika mereka demam.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Jangan Cepat Panik! Ini 9 Cara Turunkan Panas Bayi Demam Guna Bahan Semula Jadi

Baca juga: Fakta Penting Tentang Demam Bayi

Baca juga: Alamak, Bayi Demam Pula! Apa Yang Ibu Patut Buat & Apa Yang Perlu Elak?

Penulis

Lala Annuar