Cara mendidik anak dengar arahan ibu bapa
Apabila seorang anak tidak mengikut arahan yang diberi pada mereka, ada ibu bapa yang menyalah tafsir perbuatan anak dengar arahan atau tidak itu sebagai anak nakal atau tidak mendengar cakap.
Tapi sebenarnya, terdapat banyak sebab mengapa anak tidak mendengar arahan. Dan salah satu sebabnya ialah terdapatnya kesalahan yang dibuat ibu bapa dalam memberi arahan kepada anak.
Artikel ini bukanlah untuk mengatakan yang anda bukan ibu bapa baik. Tapi, kami ingin berkongsi apa yang telah dikongsikan oleh laman Very Well tentang kesalahan yang biasa dilakukan oleh ibu bapa dalam memberi arahan.
Jom semak apakah kesalahan itu:
1. Arahan yang lemah
Arahan yang lemah bukan bermakna arahan itu tidak jelas. Tetapi arahan yang lemah adalah arahan yang tidak menunjukkan arahan.
Contohnya seperti: “Bila hendak mula membuat kerja sekolah?“. Dari ayat ini, anda seolah-olah memberi mereka arahan untuk tidak membuat kerja sekolah.
Tapi bukanlah anda harus memberi arahan tanpa memikirkan perasaan mereka. Cuma ia perlu berbunyi seperti arahan. Tidak perlu menjerit atau menggunakan bahasa kasar.
2. Tiada kasih sayang yang positif
Selepas anak anda berjaya membuat seperti apa yang diarahkan, berikannya pujian.
Biar mereka tahu yang mereka bagus dan anak yang baik kerana telah membuat seperti yang disuruh. Mereka akan lebih mudah mendengar kata anda di masa hadapan.
3. Terlalu banyak arahan
Arahan yang terlalu banyak atau berangkai-rangkai mungkin akan mengelirukan. Sebab itu anak tak mahu dengar arahan anda!
Ataupun ia membuatkan anak anda berasa rimas atau kecewa kerana tidak dapat memahami arahan anda. Berikan arahan yang ringkas dan biarkan mereka buat mengikut cara mereka.
4. Respon semula dari anda
Setiap arahan memerlukan respon semula dari anda. Sama ada ianya positif atau negatif.
Ini bermakna sekiranya anak anda mengikut arahan, apa respon dari anda dan jika mereka tidak mengikut arahan, apa pula respon anda?
Contohnya, jika anda memberi arahan seperti “Tidak boleh menonton televisyen jika tidak menyiapkan kerja sekolah.” pastikan mereka benar-benar dapat menonton televisyen sekiranya mereka buat mengikut arahan anda.
Begitu juga sebaliknya. Tunaikan apa yang anda mahu mereka faham.
5. Ulang arahan
Jika anak anda tidak mendengar arahan pada kali pertama anda memberinya, jangan hanya mengulang arahan yang sama.
Berikan amaran kepada mereka jika mereka tidak mendengar arahan anda. Jika tidak, mereka akan menganggap arahan anda tidak serius.
Bukanlah anda harus memberi amaran melampau hingga mereka trauma dan terus menjauhi anda. Cukup sekadar agar mereka tahu anda serius mahu mereka mengikut arahan anda.
Sumber: theAsianparent Philippines, Very Well
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcara-mendisiplinkan-anak-ayat-pakar/