Anak Derhaka Halau Bapa Tua Dari Rumah

Anak-anak perlu percaya bahawa Tuhan akan turunkan balasan yang setimpal di dunia lagi kepada mereka jika mereka mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga orang tua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ulasan dari FB Syed Ahmad Fathi.

Lelaki ini terjumpa dengan seorang pakcik tua di restoran, minum air kosong sambil termenung.

Beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan pakcik itu kerana termenung dan meminta sedikit roti canai kosong yang dimakan olehnya.

Lalu Ahmad Fathi memesan makanan yang lebih sedikit untuk pakcik tua itu sebelum pakcik tua itu bercerita.

Pakcik tua ini sudah dihalau oleh anaknya. Dia tidak dibenarkan tinggal di rumah itu dengan alasan tidak bekerja.

Lalu dia pun mengemis mencari kerja di mana-mana sahaja dan tidur di mana-mana sahaja.

Sebenarnya, ini adalah satu cara untuk menghalau pakcik ini dari rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pakcik tua berusia 70 tahun ini menyatakan yang dia telah memohon bantuan Br1m dan resit bantuan ADUN, tetapi belum menerimanya lagi.

Lalu pemilik FB ini memberi nombor telefon supaya pakcik tua ini dapat menghubunginya sekiranya dia memerlukan apa-apa bantuan.

Pakcik ini selalu kelihatan di sekitar restoran Pelita di Penang.

Kisah anak derhaka

Ini adalah secebis daripada kisah sadis anak yang derhaka kepada kedua-dua orang tuanya, malahan mungkin ada lagi kisah yang lebih teruk yang kita tidak pernah tahu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlu diingatkan di sini bahawa anak-anak haruslah bertanggungjawab untuk menjaga kedua-dua orang tuanya jika mereka sudah tua dan uzur.

Anak-anak perlu ingat bahawa syurga mereka adalah bergantung kepada redha orang tuanya.

Ingatlah jasa dan pengorbanan orang tua walaupun kedua-dua orang tua kita bukanlah seorang yang baik.

Anak-anak perlu percaya bahawa Tuhan akan menurunkan balasan yang setimpal di dunia lagi kepada mereka, jika mereka mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga orang tua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di antara cara ini ialah cara berlaku ihsan kepada ibu bapa, antaranya:

Meluangkan masa dengan ibu bapa

Luangkan masa kepada ibu bapa seperti mana mereka mengasihi kita sewaktu kecil. Luangkan masa dengan mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Bagi anak yang jauh di perantauan, telefonlah ibu bapa sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika boleh, luangkan masa lapang dengan mereka sahaja tanpa ditemani pasangan atau anak-anak, kerana jika membawa anak-anak atau pasangan, mereka pasti sibuk melayan cucu dan menantu mereka.

Memberikan wang saku kepada ibu bapa

Percayalah, ada antara ibu bapa tidak kisah sama ada anda memberikan mereka wang saku atau tidak.

Mereka faham, anda lebih memerlukan wang dari mereka kerana mereka mempunyai wang simpanan atau pencen bulanan.

Tetapi, sebagai anak, tidak salah untuk mengirimkan wang kerana itu adalah tanggungjawab anada kepada ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Percayalah, ibu bapa pasti lebih menyayangi anda kerana sikap pemurah anda.

Memberikan hadiah kepada ibu bapa

Selain wang saku, hadiah kepada ibu bapa adalah sesuatu yang bermakna kepada ibu bapa.

Hadiahkanlah ibu bapa apa sahaja mereka suka, seperti beg tangan, baju atau bawalah mereka makan angin.

Percayalah, hati ibu bapa mana yang tidak gembira jika anak mereka sentiasa menghargai mereka?

Mendoakan kedua ibu bapa

Kirimkan doa kepada ibu bapa; minta Tuhan memelihara kesihatan dan keselamatan mereka.

Jika kedua ibu bapa telah meninggal dunia, doa adalah perkara penting untuk mengubat rindu kita.

Percayalah, segala dosa mereka akan diampunkan jika mendapat anak yang baik, yang selalu mendoakan roh mereka agar sentiasa aman.

Masa mereka didunia ini tidak lama, hargailah mereka, kerana, walau apapun, merekalah yang telah melahirkan, membesarkan anda. Tanpa mereka, anda tidak akan wujud.

Sumber artikel: Syed Ahmad Fathi

Penulis

Michelle Goh