Ibu merayu anak diculik bekas suami lebih setahun ini dipulangkan semula

Ibu ini merayu supaya anak diculik oleh bekas suami ini segera dipulangkan kerana sudah setahun ibu ini tak dapat menatap wajah anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak dapat nak dibayangkan perasaan kita kalau anak diculik atau hilang. Tapi, inilah apa yang dilalui oleh seorang ibu apabila anaknya dibawa lari oleh bekas suami lebih setahun yang lalu.

Rayuan dan rintihan ibu ini telah mendapat perhatian orang ramai apabila perkongsian menyayat hati dari Facebook “Return Hayyan Ariqin” tular dikongsi netizen.

Anak diculik bapa: Kisah sedih ibu yang merindui

Ibu yang bernama Siti Da Arafah itu telah kehilangan anaknya Hayyan Ariqin sejak 29 Julai 2017. 

Hayyan telah diserahkan kepada bekas suaminya, iaitu Mohd Hatta untuk lawatan sementara. Dia telah dibawa bapanya untuk bersama dengan saudara-mara di Batu Pahat, Johor dan tak pernah menerima khabar anaknya sejak hari tersebut.

Hayyan yang berusia 9 bulan ketika hilang dan masih menyusu badan diserahkan pada bapanya yang tinggal di Bangi dan sepatutnya dipulangkan pada hari yang sama. Tapi sehingga ke hari ini, sekeping gambar pun tak dapat dilihat oleh Siti Da Arafah.

Menurut ibu ini, lima hari selepas kehilangan anaknya, dia dan beberapa anggota polis telah pergi ke rumah keluarga bekas suaminya itu di Batu Pahat untuk mengambil semula anaknya tapi dihalang oleh keluarga bekas suaminya dan menyuruh ibu ini datang semula bersama peguam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keesokkan harinya selepas Siti Da Arafah datang semula bersama peguam dan polis, bekas suami dan keluarganya tiada di rumah tersebut.

Kali terakhir bekas suaminya dikesan adalah di Senawang pada Ogos tahun lepas, tapi kehadirannya tetap dihalang walaupun barang anaknya kelihatan di dalam kereta Hatta dan tangisan Hayyan juga boleh didengari.

Walaupun Siti Da Arafah merayu untuk menyusukan anaknya, permintaannya tak diendahkan. 16 laporan polis telah dibuat oleh Siti Da Arafah di Batu Pahat, Kempas, Bangi dan Senawang.

Anak diculik, ibu tetap beli baju raya dan kek hari jadi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun Hayyan telah hilang tanpa jejak selama setahun lebih, Siti Da Arafah masih tak berputus asa untuk mencari anaknya dan berharap dengan bantuan orang ramai dia akan bertemu semula dengan anaknya.

“Setiap hari saya menangis mengenangkan Hayyan Ariqin apatah lagi jika terpandang kanak-kanak sebayanya, hati sebak dan pilu kerana terlalu merinduinya. Lebih lagi Hayyan Ariqin hanya menyusu badan sejak lahir dan menolak susu formula, saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya sekarang. Saya merayu bekas suami dan keluarganya kasihanilah saya dan jangan zalimi Hayyan Ariqin yang memerlukan kasih sayang ibu. Hancur hati saya kerana kami tidak pernah berpisah sebelum ini, namun kini dia tiada lagi di sisi,” katanya.

Lebih menyedihkan lagi, Siti Da Arafah tetap menyediakan baju raya untuk anaknya yang hilang ini dan membeli kek hari jadi untuk hari lahir pertamanya.

Berat sungguh dugaan yang dilalui oleh ibu ini. Kami di theAsianparent berharap Siti Da Arafah terus kuat dan berdoa agar ibu dan anak ini akan disatukan semula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: MyMetro, Facebook Return Hayyan Ariqin

Kredit Gambar: Facebook Return Hayyan Ariqin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-hampir-diculik-surau/

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar