Anak Digelar dengan Panggilan yang Keterlaluan?

Pernahkah anak anda mengadu yang dia diejek dengan gelaran yang keterlaluan di sekolah oleh guru atau rakan-rakan? Apa tindakan anda? Teruskan membaca artikel kali ini bagi mengetahui bagaimana mengendalikan situasi seperti jika terjadi pada anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Eh,tengoklah si pondan tu! Tiap-tiap hari datang sekolah bawa payung warna pink. Corak bunga-bunga pulak tu!”

“Hahahaha!”

Sekumpulan budak lelaki yang sedang berkumpul di perhentian bas di depan sekolah Amir mengejek dan mentertawakan Amir.

“Amir, tiap-tiap hari saya nampak awak datang sekolah bawa payung warna pink bunga-bunga tu. Dah macam bapuk pulak…” Seorang guru lelaki menegur Amir setibanya dia di perkarangan sekolah.

Amir hanya diam membisu kerana sememangnya dia selalu disindir dan diejek.

BERKAIT: Teach your child to deal with teachers!

Tiada sesiapa di dalam dunia ini yang suka diejek dan digelar dengan panggilan yang biadab, apatah lagi di khalayak ramai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun realitinya, keadaan sebegitu berlaku di mana-mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.

Yang lebih menyedihkan, kata-kata kesat dan gelaran biadab itu datang dari orang yang sepatutnya menunjukkan sikap mulia dan dihormati.

Di Melaka, seorang guru disiplin di sebuah sekolah telah menggelar seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun sebagai ‘pelacur’ kerana dianggap terlibat di dalam sekumpulan budak lelaki sekelasnya yang telah membuat kecoh di sekolah. Pelajar perempuan terbabit cuba menerangkan hal yang sebenarnya tetapi tidak diendahkan oleh guru terbabit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, jika anak anda mengadu mengalami kejadian seperti di dalam senario ‘Amir’ di atas, apa yang boleh anda lakukan?

BERKAIT: Local teacher calls student hopeless on Facebook!

Diejek kawan-kawan

Sekiranya anak anda diejek oleh kawan-kawannya dengan panggilan yang kurang sopan, anda perlu bersemuka dengan mereka bagi mengelakkan mereka terus mengejak anak anda.

Jangan sekali-kali tidak mengendahkan aduan anak anda jika dia memang diejek dengan gelaran-gelaran yang tidak sepatutnya kerana itu akan memberi kesan kepada psikologinya dan mungkin menghilangkan minatnya untuk ke sekolah, dan seterusnya boleh menjejaskan prestasi akademiknya.

Namun, bukan bermakna anda perlu memarahi dan tunjuk garang di depan budak-budak yang sering mengejek anak anda itu. Tanya mereka dengan elok dan dapatkan kepastian akan hal sebenar yang berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai orang dewasa, anda perlu menunjukkan kematangan dengan menegur dan menasihati perbuatan mereka itu dengan cara yang berhikmah.

Klik page 2 untuk mengenali penglibatan ibubapa 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penglibatan ibubapa

Ada baiknya jika anda berjumpa dengan ibubapa mereka yang telah menggelar anak anda dengan gelaran yang tidak senonoh itu. Bukan untuk memalukan ibubapa mereka tetapi sebagai langkah pencegahan agar anak mereka dan anak anda tidak terlibat dalam masalah yang lebih besar. Maklum sajalah, bak kata orang, kerana mulut badan binasa…

Jika ibubapa mereka tidak dapat menerima apa yang anda katakan tentang anak mereka, bertenang. Percayalah, di belakang anda mereka pasti akan menyiasat perkara tersebut dan sekiranya terbukti benar, mereka pasti bertindak terhadap anak mereka.

Guru menggelar anak murid

Jika rakan-rakan sebaya anak kita yang menggelar anak kita dengan gelaran yang tidak sepatutnya, mungkin boleh dikatakan yang mereka belum matang dan memang resmi budak ada yang nakal.

Tetapi bagaimana pula jika yang mengejek dan menggelar anak kita itu adalah seorang guru sekolahnya?

Sekiranya kejadian sebegitu berlaku terhadap anak anda, pergilah bersemuka dengan guru terbabit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin lebih senang jika berbicara sesama orang dewasa, namun keadaan tidak selalunya begitu. Jika guru terbabit enggan mengaku dan meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya itu, anda boleh membawa perkara ini ke tengah.

BERKAIT: Iklan penderaan tersembunyi mesej rahsia untuk mangsa!

Laporkan ke Guru Besar atau Pengetua sekolah akan kejadian tersebut. Guru Besar atau Pengetua sepatutnya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap guru terbabit.

Namun jika pihak sekolah enggan bertindak, anda boleh kemukakan aduan ke Pegawai Pelajaran Daerah secara bertulis dan dibuatkan salinan kepada (SK) Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan JPN akan melakukan siasatan terhadap aduan anda dan tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas guru terbabit sekiranya terbukti benar.

Oleh itu, jika anak anda mengadu digelar dengan gelaran-gelaran yang tidak sepatutnya, jangan pandang enteng dan jangan takut untuk bertindak. Perlu diingat bahawa gelaran negatif ke atas seseorang merupakan satu bentuk penderaan psikologi dan perlu ditangani sewajarnya.

Rujukan :

Teacher calls me a prostitute