Ibu ini cerita kisah anaknya dirogol di sekolah oleh kanak-kanak 4 tahun!

Ingatkan sekolah tempat belajar yang selamat. Tapi lepas anda baca kisah anak dirogol di sekolah ini, pasti anda fikir 2 kali tentang keselamatan anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak dirogol di sekolah dalam kelas dan dalam tandas 

Setiap ibu bapa berusaha memilih sekolah yang terbaik buat anak mereka. Kita sanggup bayar yuran tanpa berkira, dengan harapan sekolah itu dapat memberi pendidikan sempurna pada anak dalam keadaan selamat dan sihat. Tiada mana-mana ibu bapa mahu atau membayangkan anak dirogol di sekolah.

Namun itulah yang terjadi pada anak perempuan ibu ini, anaknya telah dirogol oleh kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun!

Lebih menggeramkan, kejadian ini terjadi dalam kawasan sekolah, dalam kelas! Dan ia berlaku sebanyak 2 kali.

Sekali lagi di dalam tandas! Bayangkan trauma yang dialami oleh kanak-kanak perempuan terbabit…

Sekolah sepatutnya tempat yang selamat untuk belajar. Gambar hiasan dari NDTV

Anak dirogol di sekolah kerana kecuaian cikgu

Melalui surat yang dihantar ibu ini kepada NDTV, sebuah media di New Delhi, kejadian tersebut berlaku atas kelalaian guru anaknya.

Yang lebih menyedihkan, semasa dia ingin buat laporan tentang kes anak dirogol di sekolah itu, pihak sekolah telah mengambil hal itu acuh tak acuh!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedangkan anaknya itu kerap kali memberitahunya bagaimana setiap perincian kanak-kanak lelaki tersebut mencederakan kemaluannya.

Jelas sekali ini menunjukkan betapa anaknya trauma dengan kejadian itu. Kanak-kanak lelaki itu telah memasukkan jari dan pensil ke dalam kemaluan anak yang tak bersalah itu!

Kredit: hss.edu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada ibu bapa yang akan memilih untuk mendiamkan diri jika kejadian seumpama ini terjadi kepada anak mereka.

Dan itu jugalah yang dilakukan oleh ibu kanak-kanak ini. Walaupun akhirnya pihak sekolah bersetuju membayar ganti rugi, namun dia terkilan kerana trauma yang dilalui anaknya itu seperti dipandang remeh.

Dia mengharap hal ini lebih dipandang berat. Sekolah harus mengambil pengajaran dari kejadian ini untuk lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kebajikan setiap pelajar di sekolah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar hiasan. Trauma dari kejadian ini pastinya menghantui kanak-kanak tersebut,

Bagaimana mahu elak kes anak dirogol di sekolah?

Pastinya berita seumpama ini menakutkan lagi ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Namun kita tidak dapat mengawal orang di sekeliling kita. Apa yang kita boleh lakukan ialah melindungi anak-anak kita dengan mengajar mereka cara menjaga diri sendiri dan teknik ‘survival‘.

Contohnya seperti apa yang diajar dalam artikel ini : Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!

Dan sekiranya kita mempunyai anak lelaki, selain mengajar mereka perkara asas seperti menghormati orang yang lebih dewasa, kita juga harus menekankan kepada mereka untuk menghormati wanita.

Ini bermula dari rumah. Ia daripada bagaimana seorang suami melayan isterinya. Semua ini akan diperhatikan anak-anak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi orang dewasa yang dipertanggungjawabkan menjaga anak-anak, mereka wajib dilindungi. Sama ada dari segi fizikal, mental mahupun rohaninya.

Mereka adalah amanah kepada kita meskipun mereka bukanlah anak kandung kita.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sumber: NDTV, storypick

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-mendidik-anak-lelaki-elak-rogol/

 

Penulis

Aqma