Anak Kecil 2 Tahun Tidak Peduli Perasaan Orang Lain - Jangan Paksa Mereka Minta Maaf

Bagi ibu bapa yang memaksa anak kecil bawah dua tahun untuk sering minta maaf bila buat silap, artikel ini mungkin akan mengubah pendapat dan cara keibubapaan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami mendapat soalan daripada seorang pembaca tentang cara untuk mengajar anaknya yang berusia 2 tahun untuk memohon maaf. 

Soalannya berbunyi begini:

Soalan: Apa pendapat anda tentang ibu bapa yang membuatkan anak mereka memohon maaf? Secara teori, ia adalah baik untuk mengajar anak kecil untuk memohon maaf jika dia telah melakukan kesilapan. Tetapi anak saya baru berusia 2 tahun, dan saya 100% pasti yang dia tidak menyesal pun memukul kucing ataupun adiknya. Saya tidak pasti apa reaksi yang sesuai pada usia ini atau sama ada dia patut diajar untuk memohon maaf di atas kelakuannya. Apa yang patut saya buat?

Ini pula jawapannya:

Jawapan: Saya telah lama bekerjasama dengan ibu bapa lain selama bertahun-tahun dan juga membesarkan anak-anak saya sendiri.

Pengalaman ini telah membuatkan saya mula memahami persoalan ini dari sudut berbeza.

Sebelum ini, saya juga banyak berfikir sama ada untuk membuat anak-anak saya memohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya dan perasaan yang telah disakitinya.

Saya telah berusaha dengan kata-kata dan tindakan saya, dan saya telah belajar dari kesilapan saya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali kita memulakan soalan dengan “Apa yang anda fikirkan tentang membuatkan anak-anak. . . , ” saya rasa kita akan mengalami masalah.

Manusia tidak berfungsi dengan baik jika mereka dipaksa untuk membuat sesuatu.

Dari lahir hingga kita menghembus nafas kita yang terakhir, manusia alah kepada paksaan!

Kanak-kanak tidak suka sikap kita yang sentiasa memberi arahan kepada mereka, dan ia sebenarnya adalah salah satu cara terpantas untuk membuatnya berkelakuan tidak elok lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Berhenti melompat di atas sofa!”

Anak anda tidak akan berhenti melompat di atas sofa.

“Cepatlah letakkan kasut anda!”

Ia hanya akan membuatnya memberontak dan mula bergerak lebih perlahan dan kasutnya diletakkan begitu sahaja.

Emosi juga berfungsi dengan cara yang sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila kanak-kanak dipaksa untuk mempunyai emosi, dia akan mewujudkan emosi yang bertentangan dalam dirinya.

Untuk meningkatkan rasa faham pada anak-anak tentang perasaan orang lain, anak anda mesti mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam terlebih dahulu.

Apabila dia mula faham dan menjadi matang, dia akan mengambil perspektif yang baru.

Barulah pada ketika ini, dia dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan menyakiti orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, kita perlu ingat juga yang kita tidak boleh mengajar kanak-kanak untuk rasa menyesal.

Sekiranya anak anda mempunyai hubungan yang akrab dan kasih sayang yang mendalam dengan orang lain, dia, secara semula jadinya, akan mempunyai empati untuk orang lain.

Walaupun kita tahu yang anak kecil kita tiada empati buat masa ini, adalah tugas kita sebagai ibu bapa untuk terus mendidik dan menangani salah laku anak-anak kita yang kecil-kecil.

Sama ada dia mencederakan adiknya atau menarik ekor kucing, anda masih perlu untuk mendisiplinkan anak anda (dengan cara yang betul).

Sekiranya anda tidak berbuat demikian, anda bukan lagi seorang ibu yang baik, dan anak anda dengan cepatnya akan mudah membuat perangai kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi apa yang anda perlu lakukan apabila anak anda melakukan kesalahan dan perlu meminta maaf?

 

Ia bergantung kepada umur!

Kanak-kanak yang tidak matang (biasanya umur 6 tahun ke bawah) tidak mendapat apa-apa manfaat jika kita paksa mereka memohon maaf.

Mereka tidak faham tentang emosi yang anda ingin ajarkan kepada mereka.

Tetapi, sekiranya dia berasa menyesal atas tindakan yang salah itu, anda akan dapat melihat pada raut wajahnya.

Kanak-kanak kecil (kira-kira 2 tahun) mahu apa yang mereka mahu, dan tidak akan fikir tentang perasaan orang lain – dan itu normal.

Memaksa mereka berasa menyesal atau rasa bersalah hanya akan membingungkan mereka.

Jadi apa nak buat? Anda sebagai ibu bapa yang perlu memohon maaf bagi pihaknya!

Katakan pada adik yang dipukulnya, “Oops, maaf, Aiman pukul kamu.”

Dan kemudian teruskan dengan aktiviti anda.

Apabila usia anak anda mula berada pada tahap yang sesuai dan mula boleh faham, anda boleh mula mengajarnya untuk memberi perhatian kepada perasaan orang lain:

Katakan:

“Oh, adik menangis. Adakah lengannya sakit? Jom Aiman, kita ambil pek ais. Kesian adik, dia sakit Aiman pukul dia.”

Saya panggil tindakan ini sebagai pembetulan kesalahan.

Ia adalah berkesan kerana kita perlahan-lahan membuatnya menyedari tentang kesakitan orang lain, kita menamakan perasaan itu, dan kita cuba membuat perkara yang betul dengan mengambil tindakan positif.

Nota memohon maaf

Apabila anak anda telah menunjukkan tingkah laku yang kasar dan mementingkan diri sendiri (biasanya kepada rakan sekelas, guru atau rakan sepermainan), dan anda terkejut dan malu, saya sarankan anda menulis nota memohon maaf sekali-sekala.

Cari masa yang tenang dan, bersama-sama dengan anak itu, tulis nota kepada kanak-kanak yang telah disakitinya:

“Kepada Dina, saya telah memanggil awak dengan nama yang tidak elok dan telah menyakiti perasaan awak. Saya minta maaf. Yang ikhlas, Aiman.

Minta anak anda untuk menandatangani namanya, melukis gambar ‘love‘, dan lain-lain.

Namun begitu, jika anak anda melarikan diri dan menjerit “Tidak!”, tak perlulah untuk anda mengejarnya satu rumah dan memaksa dia untuk meminta maaf.

Lambat laun, jika diajak selalu, dia pasti mahu menulis surat itu!

Perbincangan matang dengan anak

Semakin usia anak anda meningkat, anda boleh membuat lebih banyak perbincangan mengenai tindakannya yang telah melukai perasaan orang lain.

Semua orang tidak lari dari membuat kesilapan; anak kecil pun begitu jua.

Ia adalah naluri manusia. Tidak ada seorang pun yang tidak pernah, sengaja atau tidak sengaja, menyakiti kawan atau ahli keluarganya.

Anda hanya perlu tanya kepada anak anda bagaimana perasaannya jika dia diperlakukan sebegitu.

Perbualan ini akan menunjukkan kepada anda tentang tahap perhubungan anda dengan anak anda, serta tahap kematangannya.

Ingat, jika anda masih mahu memaksa anak anda yang berusia 2 tahun untuk memohon maaf atas kesilapannya, silakan.

Tetapi, ketahuilah yang ia tidak akan membantu dia menjadi lebih berempati; si kecil itu belum boleh faham.

Membesarkan anak-anak yang lebih berempati adalah satu usaha jangka masa panjang.

Rencana diterjemah daripada Washington Post.

Baca juga:

Mengajar Emosi Kepada Kanak-Kanak Dengan Cara Yang Menyeronokkan

Penulis

Michelle Goh