Baru-baru ini, viral di internet, adalah video Erra Fazira bersama anaknya bertutur bahasa melayu. Tetapi dalam video tersebut, anak Erra Fazira (Alesya) tidak fasih berbahasa Malaysia.
Anak Erra Fazira
Daripada video tersebut, ada penonton yang memberikan respons positif dan ada yang sebaliknya. Antara respon positif yang diberikan ialah, jika anak Erra Fazira dibiasakan dengan berutur bahasa Malaysia di rumah, dia mampu menguasai bahasa tersebut. Malah, Alesya mampu menguasai dua bahasa dengan baik.
Takpe lama-lama akan pandai berbahasa Melayu…
Ada juga respon positif penonton mengatakan Erra agak yakin dengan kebolehan anaknya bertutur bahasa Melayu dengan merakam perbualan mereka di kereta dan memuatnaik video tersebut. Selain itu, ada juga penonton yang tidak kisah, malahan berkata anaknya akan menjadi seorang peramah kelak.
Respon yang kurang memberangsangkan ialah ada penonton yang menyuarakan rasa kecewa kerana orang Melayu tidak mementingkan bahasa ibunda, dan juga mereka dikatan lupa asal usul. Ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan mereka berlagak. Tapi, komen negatif itu dibidas dengan komen positif lagi sekali iaitu janganlah terlalu sempit pemikiran. Tidak akan menjadi satu masalah sekiranya kanak kanak fasih bertutur lebih dari satu bahasa.
Selain itu, ada juga penonton yang memuji anaknya kerana petah berbahasa Melayu dan ada juga rasa ingin mencuba teknik didikan Erra.
Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada Erra Fazira kerana cuba mendidik anaknya untuk menguasai 2 bahasa dengan baik. Di sini, beliau tidak pernah melupakan bahasa ibunda kerana masih melatih anaknya bertutur bahasa Melayu, tetapi dalam masa yang sama melatih anaknya supaya boleh fasih bertutur bahasa Inggeris.
Ibarat kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Sumber artikel: Oh Bulan
Baca juga:
8 Kesilapan Biasa Ibu Bapa Membuat Apabila Membesarkan Anak Dwibahasa