Tak Sempat Nak Salam Raya, Anak Fazura Cemburu Fazura Cium Tangan Fattah

Anak Fazura dan Fattah Amin, Fatima yang sangat rapat dengan bapanya menunjukkan aksi cemburu dalam sebuah video yang dimuatnaik Fazura.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seringkali kita lihat situasi anak perempuan lebih rapat dengan bapanya kerana ayah dilihat sebagai hero di matanya, bersifat pelindung dan pandai menawan hati dengan cara yang lebih lembut. Tidak terkecuali anak Fazura dan Fattah Amin, Fatima yang sangat rapat dengan daddynya sehingga mommy nak salam raya dengan suami pun merajuk dibuatnya!

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin telah memuat naik video di akaun Tiktok miliknya yang memaparkan telatah anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang cemburu akan kemesraan dia dan suaminya.

@fazuraofficial
Salam pun salah.. adoiiii! ♬ original sound – Fazura

 

Dengan caption, “tak sempat nak minta maaf polis datang kacau!” menunjukkan aksi si kecil itu yang tidak membenarkan Fazura mencium tangan Fattah.

Lebih mencuit hati, Fatima kemudian mencium tangan bapanya itu sambil mengucapkan selamat hari raya sambil memeluk erat Fattah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keakraban Fatima bersama bapanya itu tidak dapat disangkal lagi kerana seringkali dilihat video-video yang dikongsi di media sosial menunjukkan si kecil itu sangat rapat dengan Fattah Amin.

Netizen juga meninggalkan komen-komen positif terhadap keluarga tersebut yang dilihat sebagai contoh yang baik boleh diikuti oleh masyarakat dan ramai mengakui anak perempuan memang lebih rapat dengan bapa berbanding ibu.

Fazura rindu arwah Papa

Sementara itu, Aidilfitri yang diraikan terus menggamit rindu pelakon ini terhadap arwah bapanya, Allahyarham Sharifuddin Adnan yang meninggal dunia, lebih dua dekad lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua detik manis yang pernah diabadikan bersama arwah bapa, terus bermain dalam minda bagaikan wayang gambar berputar.

“Setiap kali raya, kenangan manis yang tidak mungkin Faz lupakan terutama ketika zaman kanak-kanak adalah saat meraikannya bersama arwah Papa.

“Hingga hari ini momen itulah yang sering Faz rindukan setiap kali raya menjelma. Jauh di dasar hati Faz mengharapkan arwah Papa dapat menyambut Aidilfitri bersama Faz ketika ini,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada Syawal tahun ini, Fazura, Fattah dan anak mereka, Nur Fatima Aisya meraikan Lebaran di kampung halaman Fazura di Pekan, Pahang.

Keluarga bahagia itu turut berkongsi hantaran di Instagram memaparkan foto mereka mengenakan persalinan sedondon warna hijau pucuk pisang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Akhirnya Dapat Menatap Wajah Nur Fatima Aisya, Bayi Comel Pasangan Romantis Fazura & Fattah

Baca juga : Isteri Wajib Bersalaman & Minta Maaf Di Pagi Raya, Ini Cara Yang Betul

Baca juga : Bagi Pasangan Baru Kahwin, Raya Pertama Sebaiknya Di Rumah Keluarga Isteri, Ini Sebabnya…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi