Buat 6 Perkara 'Simple' Ini Kalau Nak Anak Kita Lebih Gembira!

Anak gembira adalah kunci kebahagiaan setiap ibu bapa. Siapa saja yang tidak senang hati melihat anak sentiasa gembira meniti hari-harinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak gembira adalah kunci kebahagiaan setiap ibu bapa. Siapa saja yang tidak senang hati melihat anak sentiasa gembira meniti hari-harinya.

Ibu bapa juga senang hati melihat anak kurang tantrum dan tidak banyak ragam. Pasti ada sebab kenapa anak-anak gembira.

Kanak-kanak lebih mudah menzahirkan perasaan dan ekspresinya, jadi jika mereka gembira itulah sebenarnya yang mereka rasa dan jika sedih, itulah juga yang mereka rasai.

Anak gembira, ibu bapa bahagia

 

Menurut artikel yang dikongsikan di portal zuriat.com, zaman kanak-kanak adalah waktu yang paling dirindui.

Waktu inilah mereka berpeluang untuk meneroka dunia baru dengan bermain dan mengenali perkara-perkara baru di sekeliling. Tahukah anda, ada cara mendidik anak yang terbukti dapat menjadikan mereka lebih gembira?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut ahli psikologi dan saintis, 9 perkara ini akan sebenarnya ‘simple’, tetapi memberi kesan luarbiasa kepada anak kita hingga mereka cenderung menjadi seorang dewasa yang gembira dan positif.

6 perkara yang buat anak kita lebih gembira

#1. Waktu bermain yang cukup

Selepas anak siapkan kerja rumah dan hadiri ko-kurikulumnya, berikan dia peluang untuk bermain sepuas-puasnya dengan kawan-kawannya. Suruh dia keluar bermain. Jangan asyik duduk terperap di rumah sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian mendapati bahawa apabila kanak-kanak bergaul sesama sendiri,tanpa disedari mereka dapat mempelajari dengan lebih lagi berbanding bergaul dengan dewasa.

Mereka dapat belajar berunding, berkongsi, menerima kekurangan yang lain, saling menolong dan menghargai nilai persahabatan. Beri mereka ruang untuk membina kemahiran bergaul dengan orang sekeliling.

#2. Hubungan ibu bapa yang mesra

Minda kanak-kanak sangat mudah menyerap apa yang dilihatnya sehingga memberi kesan kepada emosinya. Kita sebagai dewasa elakkan bertengkar di hadapan mereka. Si anak akan serta merta risaukan kita tanpa sebab.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, ada sebuah penelitian yang mendapati bahawa perkembangan otak bayi boleh terjejas apabila ibu bapa kerap bertengkar di hadapan mereka. Jika terpaksa juga bertengkar, pastikan anda bukan di hadapan anak-anak!

#3. Terima mereka seadanya

Tiada siapa yang sempurna. Semua orang mempunyai kebolehan dan kemahiran yang berbeza. Kecemerlangan seperti dari segi akademik atau sukan bukanlah ukuran untuk kejayaan.

Walaupun si anak tidak dapat mencapai keputusan yang cemerlang seperti yang kita harapkan, jangan tunjuk yang kita kecewa padanya.

Bila kita ungkapkan kekecewaan pada anak dan tetapkan sasaran pada anak, dia akan lebih fokus untuk menggembirakan kita dan apa yang dia pelajari selama ini bagaikan tiada nilai padanya. Bimbing mereka, jangan jadikan ia sebagai suatu paksaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Difahami sebelum dimarahi

Kita sebagai dewasa juga ada yang tidak arif dalam menangani kemarahan dan kekecewaan. Apatah lagi kanak-kanak. Mereka mudah marah, kecewa, dan cemburu sampai boleh mengamuk.

Rata-rata ibu bapa gunakan cara paling biasa iaitu dengan hukuman bila anak buat perangai. Seperti saranan Dr. John Gottman, tukar hukuman dengan cara yang lebih praktikal iaitu cuba fahami dan ajar anak tangani perasaan itu dengan bijak.

Bila anak marah, biarkan dia bertenang dahulu dan ajaknya untuk refleksi diri. Hormati perasaannya dan capai satu solusi untuk tangani emosi tersebut.

Dakap anak dengan erat dan katakan tidak mengapa untuk marah sekali sekala asalkan dia dapat belajar tindakan dan kesan perbuatannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Hargai usaha mereka

Anak akan dapati bahawa usaha adalah penting untuk membaiki kemahiran yang ada. Kita sebagai ibu bapa perlu mengenalpasti dan hargai anak atas kesungguhan yang ditunjukkan si anak. Jangan hanya ungkapkan pujian apabila anak sudah mencapai kecemerlangan semata-mata.

Katakan yang kita bangga dengannya walaupun dalam pencapaian kecil seperti sudah menolong kita di dapur atau berjaya melipat semua bajunya sendiri.

Kata-kata semangat ini dapat memberi harapan pada anak untuk cuba dengan lebih baik lagi di masa hadapan. Pertolongan yang kecil-kecil pun jika dihargai akan membuatkan anak sangat gembira!

#6. Adakan rutin aktiviti keluarga

Tradisi keluarga adalah teknik mudah untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Rancang satu aktiviti istimewa dalam seminggu atau sebulan seperti hari ‘spring cleaning’, ‘movie night’, ‘talent show’, atau hari membuat kek.

Apabila aktiviti ini dilakukan bersama anak, dia akan menjadi lebih gembira. Anak akan rasa kepentingannnya di rumah itu bila dia turut serta.

Buatkan mereka rasa aktiviti kekeluargaan itu suatu yang penting untuk mereka sertai.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: thezuriat

Baca juga:

Penulis

Lala Annuar