Igauan Buruk Semua Ibu Bapa
Igauan buruk mana-mana ibu bapa ialah jika sesuatu terjadi pada anak mereka. Apatah lagi jika anak diambil orang yang tidak dikenali.
Dan igauan buruk ini hampir terjadi kepada ibu ini semasa beliau solat di sebuah surau!
Berikut adalah perkongsian ibu tersebut tentang kejadian itu. Kejadian berlaku di Econsave Kampung Jawa, Klang.
Beliau sedang menukar lampin anaknya, sebelum seorang wanita dengan ramah datang berbual dengannya sambil mengagah-agah anaknya, Imam.
Wanita asing tersebut bercerita tentang dirinya yang hari itu adalah hari terakhirnya dan dia terpaksa bekerja di tempat jauh mulai esok. Ketika hendak solat, wanita tersebut dengan baik hatinya melayan Imam.
Namun, dek kerana tidak sedap hati, ibu ini tidak dapat khusyuk bersolat dan sering mengerling anaknya yang bersama wanita itu.
Mana tidaknya, wanita itu tiba-tiba mendukung Imam! Kemudian bertanya kepada kawannya jika jam sudah jam lima sambil menuju ke arah pintu!
Tidak lama kemudian ketika bersujud, ibu tersebut terlihat kelibat wanita itu memakai selipar dan keluar. Apa lagi, beliau cepat-cepat memberi salam dan menanggalkan telekung lalu mencapai selendangnya.
Bergegas keluar, ibu ini mencari wanita itu. Nasib baik beliau sempat terjumpa dia di hadapan medan makanan. Ketika itu, Imam sudah mamai hampir tertidur.
Ketika ingin mengambil anaknya, wanita asing itu seakan tidak mahu melepaskan Imam! Malah alasan ingin menidurkan anaknya juga tidak diendahkan wanita tersebut.
Ibu itu memberitahu yang suaminya sudah menunggu mereka. Wanita itu membalas pula di mana suaminya? Amboi!
Namun setelah memberitahu yang suaminya sudah menelefon dan sedang menunggu di kereta, barulah wanita tersebut melepaskan anaknya.
Ketika menceritakan kejadian ini kepada suaminya, dia ditegur untuk tidak mudah percayakan orang lain selepas ini. Perkongsian ibu ini sungguh mendebarkan.
Mana tidaknya, apa akan terjadi jika ibu tersebut tidak perasan dengan perbuatan wanita tersebut? Nauzubillah!
Sungguh menakutkan? Memang zaman sekarang adalah amat mencabar buat kita semua. Lebih-lebih lagi dalam usaha memastikan keselamatan anak-anak.
Berikutkan kejadian yang menakutkan ini, kami di pihak theAsianParent ingin berkongsi tip yang boleh dipraktikan oleh para ibu bapa bagi mengelak kejadian ini terutamanya ketika ingin menunaikan solat.
Tip Untuk Menjaga Anak Ketika Solat
-
Solat bergilir
Solat di awal waktu supaya anda dan pasangan boleh solat secara bergilir. Sementara ayah bersolat, ibu menunggu bersama anak di luar dan sebaliknya. Bukan sahaja anak anda berada di dalam jagaan yang selamat, malah anda akan lebih selesa menunggu di ruang yang lebih sesuai.
- Menggendong
Loading...You got lucky! We have no ad to show to you!
Rujuk dengan pakar jika anda was-was akan cara solat dengan menggunakan alat gendongan bayi. Namun, ketahuilah sesuatu, Islam itu mudah dan memudahkan.
- Tali harness
Pandang cadangan ini dari sudut keselamatan. Penggunaan harness akan menyukarkan orang yang berniat jahat untuk membawa lari anak anda.
Anda juga mungkin mempunyai cadangan bagaimana kita sama-sama boleh memastikan keselamatan anak-anak ketika di surau. Kongsikan dengan kami.
Sumber: the reporter
Baca juga:
Ibu Mengendong Berjaya Menghalang Dua Wanita Dari Menculik Anaknya
Anak Kecil Hampir Diculik Dekat Klinik Kesihatan Sungai Chua