Seorang ibu mahu memberi amaran kepada ibu bapa yang lain mengenai bahaya satu permainan yang popular selepas anaknya “hampir kehilangan matanya” ketika menunjukkan rakan-rakannya beberapa helah.
Fidget spinners (alat berputar untuk membantu anda untuk bertenang) adalah permainan baru kegilaan ramai di seluruh negara dan telah menjadi permainan ‘mesti-ada’ untuk kanak-kanak.
Malang tidak berbau!
Tetapi seorang ibu dari Australia yang hanya dikenali sebagai Molly, terkejut apabila anak lelakinya yang berusia 11 tahun, Isaac, mengalami kecederaan yang serius selepas membaling permainan itu di udara.
“Dia melemparkan pemutar itu agak tinggi,” Molly memberitahu Kidspot, “dan dia tidak berjaya untuk menangkap pemutar tetapi ia jatuh dan tergesel sudut matanya.
“Dia sangat bernasib baik kerana tidak kehilangan penglihatannya apatah lagi biji matanya.”
Apakah itu fidget spinners?
Fidget spinners adalah alat kecil yang berbentuk seperti kipas dengan galas bola yang membolehkan ia untuk berputar.
Kanak-kanak suka bersaing untuk melihat siapa yang boleh menunjukkan helah yang paling bagus atau bertarung sesama sendiri.
Mereka mahu lihat mainan siapa yang boleh berputar paling lama!
Mainan ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan warna dan pada asalnya direka sebagai alat untuk melegakan tekanan.
Mainan ini telah pun diharamkan di sesetengah sekolah oleh guru-guru yang berpendapat bahawa mainan ini menganggu tumpuan murid-murid – kami merasakan yang ia adalah alasan yang sangat baik.
Akibat leka bermain fidget spinners
Isaac mempunyai parut pada matanya yang “menghalang dia daripada tengok melalui sudut matanya” dan terpaksa menoleh kepalanya untuk melihat, menurut Kidspot.
Walaupun Molly telah mengharamkan anaknya daripada bermain dengan mainan tersebut, dia masih mempunyai akses kepada mainan itu di taman permainan sekolahnya.
Guru-guru di UK telah mengharamkan mainan tersebut, dan sekolah menengah Salford telah mengeluarkan mesej teks kepada ibu bapa minggu lalu untuk memaklumkan bahawa permainan tersebut adalah dilarang di sekolah tersebut mulai 26 April 2017.
“Mainan itu adalah gangguan kepada pembelajaran dan boleh membahayakan. Semua jenis mainan berputar yang dilihat dalam kawasan sekolah akan dirampas. Terima kasih atas sokongan anda dalam perkara ini.”
Ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan kanak-kanak dengan keperluan khas dan masalah pembelajaran.
Sudut positif fidget spinners
Seorang bapa, Bernie Egan, berkata: “Hanya kerana mainan itu tiba-tiba menjadi kegilaan ramai, ia tidak bermakna ia harus kehilangan nilai terapeutiknya. Mainan berputar itu direka untuk membantu pelajar yang mengalami gangguan perhatian seperti ADD (Attention Deficit Disorder).”
Para pakar ada berkata mainan tersebut boleh membantu meningkatkan tumpuan dan mainan tersebut sebenarnya mempunyai sejarah yang benar-benar menarik sebagai alat pendidikan.”
Rencana diterjemahkan daripada Mirror UK.